Ping Pada Masa Yang Tepat Untuk Nampak Smart
Blog Tutorial

Ping Pada Masa Yang Tepat Untuk Nampak Smart

Salam semua…selamat pagi Sabtu.

Hari ini nak berleter pendek saja- cara ping post entri yang ‘smart’

Sekarang ini kebanyakkan ping blog aggregator terus integrate dengan twitter, jadi sering saya nampak satu-satu entri tersebut keluar di timeline twitter terlalu kerap.

Contoh – mula² entri tersebut diping dari blog, berderet  timeline keluar lagi dari networkedblogs, kemudian  dari kelantanblogger diikuti selangorblogger , johoreblogger ,facebook ,ozblogger – semua keluar serentak.

Lepas tu tweet ping dari kakikomplen

Awak NAMPAK tak apa yang saya NAMPAK?

Ping tweet tersebut sia-sia walau dalam kuantiti yang banyak.  Tak berkesan untuk mendapatkan trafik – Ini tujuan utama kita tweet dan retweet, kan?  Sasaran yg diharap tidak mencapai keputusan yang maksimum.

Nasihat dari pemerhati, rancang untuk ping dalam tempoh masa berselang. Mula² mungkin tweet di blog.  2-3 jam nanti ping di selangorblogger pula. Selang 2-3 jam  lagi ping  kat kelantanblogger atau 4-5 jam kemudian di johoreblogger.  Entri akan ‘hidup’ untuk tempoh yang lama dan lebih luas penyebarannya.

Jadi target kita menyeluruh pada masa yang berbeza.  Kalau semua ping keluar serentak berderet² – siapa nak klik?

Orang yang sama, kan?

Kalau dalam masa berbeza – berselang² – kemungkinan kita akan mendapat trafik adalah lebih tinggi.  Kerana pengunjung yang akan klik  bukan orang yang sama sepanjang hari.

Si A mungkin nampak tweet kita pukul 9 pagi, si B mungkin belum online lagi dan petang baru nampak tweet tersebut.

Saya tak pandai menulis untuk menerangkan keadaan ini dengan bahasa lebih indah…harap² apa yang saya NAMPAK boleh diLIHAT oleh  semua.

Biarlah kita ping dengan cara yang ‘smart’ untuk dapatkan faedah yang maksimum.  Berfikirlah diluar kotak dengan deria ke-6

©kujie – memerhati adalah satu pembelajaran

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

59 thoughts on “Ping Pada Masa Yang Tepat Untuk Nampak Smart

  1. Tips yang menarik. Ada kebenarannya pada pendapat kak jie.. tapi kalau ia dibuat secara automatik lagi best. Ada idea ? tapi kalau manual mungkin ia agak berat kecuali bagi org2 yg betul2 nak buat smart ping…

  2. Yessss .. Kak Jee. Agree 100% with u. mmg kita patut ‘gap’ kan ping blog sana sini ni, agar network atau link dia tak putus, kan.

    Dpd ping sekali pastu senyap …

Comments are closed.