Celcom Yang Haru Biru
Isu Semasa

Celcom Yang Haru Biru

Saya sedang berwindow shopping Blackberry. Cari info sana sini – baca preview blogger dan akhirnya singgah ke laman web Celcom. Ramai blogger sedang menulis preview Blackberry Torch 9800 tawaran hebat dari celcom. Sebagai pelanggan postpaid celcom bertahun² mesti saya beri keutamaan kepada syarikat yang telah lama saya langgan.

Loginlah saya ke dalam laman web celcom.

Masuk- masuk saja dapat memo macam ni

Dia suruh bayar bill terkini. Terkejut ok sebab saya tiada bill tertunggak. Bil terbaru bertarikh 24/09/2010 telah saya jelaskan sebelum tarikh akhir 17/10/2010.

Bukti bayaran yang telah dijelaskan pada 10/10/2010.  Lebih 10 hari lepas.



Dalam rekod Last Payment, celcom hanya menerima bayaran terakhir saya untuk bayaran bukan September.  Walaupun bayaran untuk Oktober telah dibuat lebih 10hari masih tiada rekod dikemaskini.   Tapi bila saya klik Payment History – ada pula dalam sistem dia orang bayaran saya.

Pelik sungguhlah sistem celcom.  Login dalam masa yang sama dapat 2 keputusan berbeza untuk akaun yang sama.  Mana satu kita nak ikut ni? Tengoklah susunan rekod bayaran tu – kejap bulan 8, bulan 6 lepas tu bulan 7, bulan 10 dan atas sekali bulan 9.  Sistem akaun biasanya yang terkini duduk di atas atau disetting mengikut bulan yang terdahulu dibawah.

Lagi haru biru – dalam bil yang diterima amount dia lain, tapi amount dalam laman web lain untuk reference bil yang sama.

Walau beza hanya rm 1 sen tetapi inikan sistem akaun syarikat besar.  Kenapa boleh ada perbezaan yang bercetak dan secara online.

Hal ini nampak remeh, kan tetapi sebagai syarikat besar yang mendahului syarikat lain konon²nya tentu benda² remeh ini tidak berlaku.

Tak best tau bila kita dah bayar sebelum due date lagi tetapi sistem online masih belum dikemaskini walau lebih 10 hari berlalu.  Apa guna maklumat dalam talian kalau maklumat tersebut bukan yang terkini.  Baik baca suratkhabar bulan lepas.

Lagi double tak best kalau dalam masa yang sama dalam sistem yang sama untuk akaun yang sama ada dua keadaan yang berbeza.  Satu dah terima bayaran, satu lagi masih minta bayaran.

©kujie – tak jadi nak belek  Blackberry Torch 9800:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Celcom Yang Haru Biru

  1. lor…ni salah faham ke ni

    ada 2 org ann di sini

    satu ann – saipul anwar ( suami Kak Jie )ann.kujie2.com

    satu ann – anastasiaann.com

  2. Sorry Saipul Anwar, mula2 aku ingat hang perempuan maklumlah gambar pun letak gambar pompuan,rupa-rupanya ada penyamaran juga ye.Eeeeeemmmmm tak pe lah.

  3. sama lah Kak Jie ,saya pun kena mcm tu gak.Eeeemmmmmmmmmm geram rasanya,kalau guna bil cetak kena tambah RM1 setiap bulan.Ni poloso baru Celcom yg nak cepat kaya……package RM68,jika guna bil cetak bil akan jadi RM70 setiap bulan..LOL

  4. celcom memang comfirm haru biru… kalau org outstanding rm47.15 sen…. siap anta surat lawyer.. 2 kali dalam masa 14 hari.. mintak jelaskan dgn cepat… kalau die yg outstanding (pengguna byr lebih) & dah terimate number.. syarat dlm masa 4bulan bru dpt cheque… syabas beta…syabas…. betul2 efisyen.. merembat duit… hurm…

    1. celcom utang saya RM25 hinggit…dia kata nak hantar cek. haram j tul la celcom ni
      Bil dah tutup lama dah. nak tutup bil dia suruh settlekan akaun dulu…tu yg bayau lebih tu. ingatkan dia refund balik.

  5. kome dah lama blah dari celcom nih.. sejak dia naikan kadar rington.. skang switch ke digi.. selesai masalah.. digi lagi bagus.. clcom ngan maxis 2×5 jer dia punya servis..terukkk…

  6. zana tunggu bil je kak jie. sebab kalau tgk online zana pening. nak marah pun iye gak. padehal dah byr before due.

    lagi satu… diorg nie takde sistem yg kalau kita dah byr before due atleast 5 days early, toksah la nak sms lagi suh byr. nyampah bena dibuatnyer.

Comments are closed.