Tajuk pun dah seram …hihi.
Sebenarnya itulah antara soalan paling kerap ditanya. Bila kes terpaksa memotong kaki kucing adalah setakat mana paras yang sesuai nak potong. Potong separuh atau keseluruhan sampai sendi.
Jawapan saya : Daripada pengalaman saya menjaga dan merawat kucing tiga kaki, lebih baik dipotong sampai sendiri. Samada sampai bahu atau sampai peha.
Bila tak buang habis, tulang kucing akan menekan bahagian hujung anggota yang tinggal hingga tegang menyebabkan lapisan kulit yang nipis mudah untuk cedera.
Saya agak menyesal kerana tak menyatakan secara detail dan specifik sewaktu pembedahan. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Saya tak ada pengalaman dan rupa² keputusan selepas pembedahan agak mengecewakan.
Bagaimana pun saya tetap bersyukur kerana kami telah dapat melepasi ujian ini walaupun agak rumit pada awalnya. Perkara² ini menjadi satu pengalaman berharga untuk dikongsi sebagai panduan.
Kes Alice.
Kaki terjuntai Alice dipotong antara siku dan bahu, maksudnya ada tulang yang tajam dihujung. Akibatnya luka lambat sembuh. Kawasan tersebut selalu tegang dan sampai sekarang kita boleh rasa tulang kerana kawasan tersebut mempunyai kulit yang nipis.
Syukur kawasan kaki Alice ditumbuhi bulu yang lebat.
Kes Beemo
Sama juga, dipotong separuh dan lukanya tak bercantum. Saya bawa dia ke 3 klinik sebelum jumpa klinik yang mahu membuat pembedahan semula, memotong keseluruhan kaki hingga peha.
Selepas itu barulah baik dengan sempurna.
Kaki Beemo yang dipotong – masih terjuntai² dan ada luka yang tak mudah sembuh.
Beemo sekarang selepas pembedahan potong kaki kali ke 2.
Kes Noor Jannah.
Kaki depan, dipotong sampai atas tapi masih ditinggalkan tulang selepas sendiri.
Walaupun dah sembuh, kawasan tersebut kulitnya nipis kerana kerap tersentuh lantai bila dia melompat. Saya risau je takut² terkoyak, susah nak baik sebab hujung tulang yang tajam.
Berharap sangat bulu² lebat tumbuh untuk cover sebagai span.
Hujung kaki yang dipotong ada tulang tajam.
Kes Ofinn
Pembedahan dia sempurna. Bahagian tangan dibuang semua sampai sendi bahu. Kawasan tu licin dan selesa untuk dia aktif. Nak pegang pun tak rasa takut².
4 ekor kucing kaki tiga dengan 4 prngalaman berbeza.
Moga bermanfaat untuk kesejahteraan kucing² kita. Bukan saja masa merawat tetapi kos pembedahan juga perlu difikirkan.
Wahhh…
Luar Biasa
ngeri gan..
Assalamualaikum Kak Jie.
Tiap kali baca tulisan kak jie pasal kucing, sentiasa kagum dan beri 1 rasa yang lain. Bila ada kucing macam lapar, mula2 rasa macam tak nak layan, terus teringat macam mana kak jie layan kucing2 ni…takkan saya xnak bagi apa2 kat kucing2 ni..
tq kak jie sentiasa kongsi cerita best2
kak jie..nama kucing noor jannah paling sweet..ada kak jie citer ke sebelum ni nape nama ni diberi?
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!
Tak pernah lagi berhadapan begini, tapi kira akak kuat..sayang kucing! Kucing akak cantik-cantik! 🙂
Jom terjah post menarik dari Ani Haryani ..Pentingnya Set Ibu Berpantang Shaklee
sharing terbaik dan bagus untuk saya
terima kasih
“Lanjutkan terus karyanya ya, sangat bermanfaat! Perkenankan saya menitipkan link berikut, semoga bermanfaat juga bagi yang lain:
Casino Online Terpercaya
Slot Game Android
Sabung Ayam Android
Lexus888″
Memang seram baca tajuk kak kujie ni
Tapi semoga Allah balas niat baik akak ni. Cantik cantik kucing kaki 3 ni
Nampak akak sangat sayang pada mereka
Jom terjah post menarik dari Shaklee Klang ..Pengedar Shaklee Klang Untuk COD Vitamin Shaklee Tanpa POS. Jimat Masa dan Tenaga!
Saya tak pernah lagi berdepan dengan kucing yang ada sakit sampai perlu potong kaki. Tapi dulu pernah ada seekor kucing, datang rumah. Kucing tu pun tiga kaki je. Rasa tanggungjawab nak bela dia dan bagi tempat berlindung 🙂
Jom terjah post menarik dari sabree hussin ..Homestay Fetih Ezzehra – Homestay di Kuala Terengganu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keselesaan pengunjung
ih jangan di potong geh bro kasihan
Habis tu? Sepanjang hidup dia seksa bawa kaki yang reput dan busuk ke?
Kucing Ibu kat rumah ni semua jenis datang. Ada lah dalam 4 ekor
Tapi kucing kak kujie memang sihat dan lawa
Jom terjah post menarik dari Ibu Zaid ..Sakit perut memulas ketika mengandung? Ini 13 Cara Mengelak Yang Bijak!
Semua ni kutip kat jalanan, jumpa dah cedera
Terima kasih puan sanggup menjaga kucing2 istimewa ni. Moga Allah merahmati dan murahkan rezeki puan
Mula² bukan sebab hobi atau saja² nak bela….tanggungjawap
Memang susah nak sayang kucing kalau tak ada empati. Syabas kak sebab ada empati yang tinggi
Jom terjah post menarik dari Mazni Azmi ..Khasiat vivix untuk kanser? Makanan antik barah FAKTA atau AUTA!
Tanggjngjawap sebenarnya….
Wah dahsyatnya pengalaman akak
Kak kujie, walaupun kucing ni kaki 3
Dia ada bergaduh juga dengan kucing lain tak?
Dan akak neuterkan kucing kucing ni?
Jom terjah post menarik dari Mama Hakim ..12 Tips bina rumah banglo dari Kontraktor supaya berkualiti: Site Visit Di Klang