Kucing

Kisah Beemo si Kucing Kaki Tiga

Ini kisah Beemo.

30/3/2015 Seorang rescuer post di group kucing mencari penjaga kucing cedera yang dia jumpa. Tanpa letakkan gambar, saya sedia ambil kucing tersebut.

Kawasan kami tak ada klinik yang boleh buat major operation. Klinik kerajaan cuma spray ubat biru dan bagi ubat tahan sakit, suruh cari klinik swasta. Rawatlah dia dengan apa yang ada tetapi pemotongan tak sempurna menyebabkan luka susah nak sembuh. Luka jahitan tak kering.

Saya bawa Beemo ke klinik lain, sekali lagi dia kena bius dan proses membetulkan jahitan dilakukan. Keadaan luka tetap tak sembuh… tulang kaki yang berbaki tu makin susahkan pergerakkan dia. Nak salahkan operation pertama pun tak boleh sebab kami di Hulu Selangor ni tak banyak pilihan yang ada. Klinik haiwan tak ada. Saya pun tak banyak pengalaman mencari klinik yang terbaik.

Rasa bersalah sangat dengan Beemo… Rasa saya tak buat yang terbaik untuk dia.

Sekali lagi saya bawa Beemo ke klinik. Klinik ke 4. Saya masih mencuba mencari doktor terbaik yang dapat merawat kaki dia. Klinik ni bagi ubat cream dan antibiotik sahaja.
Kaki dia masih tak sembuh, saya mencari info di Internet dan group kucing luar negara. Bertanya pendapat beberapa cat lover lain.

Sekali lagi saya bawa Beemo ke klinik, klinik ke 5 dan perlu memandu 1 jam dari rumah. Sepanjang perjalanan dia bising saja dan terpaksa bersabar. Dia stress kita pun stress.
Kos rawatan tak payah ceritalah… berhabis ratus- ratus.

Akhirnya ada doktor yang sanggup lakukan operation untuk potong kaki Beemo yang berbaki tu sampai atas, sampai peha. Pada 23/8/2016, Beemo jalani pembedahan sekali lagi. 6 hari di wad dan bil klinik, RM 620. Saya ni suri rumah tak bekerja. Terima kasih suami!

Jaga Beemo jadikan saya belajar banyak perkara. Belajar sabar jangan berputus asa. Belajar mencari klinik yang terbaik terutamanya kami yang tinggal jauh dari bandar.

Anugerah paling berharga, beginilah Beemo sekarang pada hari ini selepas 2 tahun.

Selain Beemo, saya ada 2 lagi kucing kaki 3 yang jumpa dan dirawat – Alice dan Noor Jannah ?

Noor Jannah

Alice Elisa

Follow kami di Instagram Kujiecats

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Kisah Beemo si Kucing Kaki Tiga

  1. Comel sgt beemo,jannah dan alice.. jrg ad indivdu y sggup mnjaga dan bkorban masa,wang n tenaga utk mmstikan kesembuhan kucing istimwa ni.. so proud of u πŸ™‚

    Boleh visit post menarik dri saya jga

  2. hai si comel beemo..teringat pulak kucing saya yg dah mati tu. nyesal pulak sebab lambat bawak p klinik. kucing kalau cirit birit mmg bahaya..

  3. alhamdulillah, cik timm baru sekali je rescue kucing, nasib baik mak xmrah,
    tpi kucen sehat, cuma baby yang xda mak jer..

  4. Saya pun ada membela kucing, tapi saya belum mampu sampai ke tahap Puan, yg sanggup bersusah payah segalanya demi mereka ini. Moga satu hari saya pun mampu menjadi sebaik Pn πŸ™‚

    1. Insyaallah, murah rezeki akak
      .
      Rm700 lebih koy semuanya untuk kucing ?
      Saya belum tentu sanggup

  5. Comel kucing puan..Salute!!! semangat puan menjaga dan merawat beemo.. Semoga lebih ramai orang macam puan di dunia ini yang menyayangi haiwan..

  6. Saya doakan puan dimurahkan rezeki asbab bantuan tersebut. Kucing juga adalah makhluk Tuhan =)

  7. Comelnyee.. Rasa macam nak jaga kucing pula.. Boleh bagi hilang stress kat rumah πŸ˜€

Comments are closed.