Saya sedang berwindow shopping Blackberry. Cari info sana sini – baca preview blogger dan akhirnya singgah ke laman web Celcom. Ramai blogger sedang menulis preview Blackberry Torch 9800 tawaran hebat dari celcom. Sebagai pelanggan postpaid celcom bertahun² mesti saya beri keutamaan kepada syarikat yang telah lama saya langgan.
Loginlah saya ke dalam laman web celcom.
Masuk- masuk saja dapat memo macam ni
Dia suruh bayar bill terkini. Terkejut ok sebab saya tiada bill tertunggak. Bil terbaru bertarikh 24/09/2010 telah saya jelaskan sebelum tarikh akhir 17/10/2010.
Bukti bayaran yang telah dijelaskan pada 10/10/2010. Lebih 10 hari lepas.
Dalam rekod Last Payment, celcom hanya menerima bayaran terakhir saya untuk bayaran bukan September. Walaupun bayaran untuk Oktober telah dibuat lebih 10hari masih tiada rekod dikemaskini. Tapi bila saya klik Payment History – ada pula dalam sistem dia orang bayaran saya.
Pelik sungguhlah sistem celcom. Login dalam masa yang sama dapat 2 keputusan berbeza untuk akaun yang sama. Mana satu kita nak ikut ni? Tengoklah susunan rekod bayaran tu – kejap bulan 8, bulan 6 lepas tu bulan 7, bulan 10 dan atas sekali bulan 9. Sistem akaun biasanya yang terkini duduk di atas atau disetting mengikut bulan yang terdahulu dibawah.
Lagi haru biru – dalam bil yang diterima amount dia lain, tapi amount dalam laman web lain untuk reference bil yang sama.
Walau beza hanya rm 1 sen tetapi inikan sistem akaun syarikat besar. Kenapa boleh ada perbezaan yang bercetak dan secara online.
Hal ini nampak remeh, kan tetapi sebagai syarikat besar yang mendahului syarikat lain konon²nya tentu benda² remeh ini tidak berlaku.
Tak best tau bila kita dah bayar sebelum due date lagi tetapi sistem online masih belum dikemaskini walau lebih 10 hari berlalu. Apa guna maklumat dalam talian kalau maklumat tersebut bukan yang terkini. Baik baca suratkhabar bulan lepas.
Lagi double tak best kalau dalam masa yang sama dalam sistem yang sama untuk akaun yang sama ada dua keadaan yang berbeza. Satu dah terima bayaran, satu lagi masih minta bayaran.
©kujie – tak jadi nak belek Blackberry Torch 9800
kadang-kadang sistem online dia pun pandai sakit gak.. well we cannot expect big companies didnt make small mistake because they neet to focus more on bigger problem. Yang penting, by end of the month, payment tu da clear, kan.
Ouh kakjie tak try digi-ALWAYS the smarter choice lagi. Smart la sangat, bayar lambat sikit potong padahal staff dia yang tak update payment pastu boleh boleh plak salah masuk account lain. Tiap bulan mesti nak kena call untuk reactivate.
saya tekan submit banyak kali tadi tapi kuar jugak yang ni…http://www.thechickenriceshop.com/highlights.html
4 5 kali tekan br suksess
ye la kalu dh sistem x ok..takut pulak nanti sampai bil yang x berupdate..ralat jugak la..harap sistem kat web je x ok..yang lain sume ok kan..
Kak Jie tak komplen pasal amount yang digunakan tetapi sistem yang didakwa terkini….
tapi database 12 hari lepas pun tak update lagi…area jin bertendang rumah kak jie tak dpt guna yang lain..celcom je ada..maklum dok dalam hutan
celcom memang maslah kak jie. hari tu pernah kene. mase check balance rm70. n time tu pkai 5+1 n da set limt xboleyh lebih rm100.
tup2 kua bill rm300. adeyhhh.
Kalau dah sampai RM 156 tu banyaknye..rasa cam ralat jugak..saya pown dah bersama maxis lebih 11 tahun xpernah ada masalah..pakai pakej family jugak, alhamdulillah setakat ni xda masalah..dan xmau ada masalah.hu..hu
Dulu saya pernah guna postpaid celcom ni kak jie..Guna pun sebab ada unlimited free call untuk main dengan sub..
Memang dia lambat update payment kat online customer service tu..Kadang² bil tak sampai,so nak cek la secara online..Hampehh..
Tapi mungkin sekarang celcom dah jadi lebih baik kot =)
agaknya website diorang ni ada bug lagi la kakjie, takpun yang lebih 1 sen tu mungkin di bil dia genapkkan ke yang terdekat
tapi memang tak patut sistem tu tak update payment selama 12 hari…dah berapa hari bekerja dah tu, biasanya telco lain hanya maksimun 3 hari bekerja
sy tak guna celcom sebab sy tak suka customer service, memandangkan sy ni suka call customer service komplen….jadi pakai maxis customer servis dia mantap
kalau bayar bil hari ni lepas tu call suruh update payment, sejam lepas tu payment dah update…
setakat nih, masih takde masalah.
hehe takut-takut diorg mark up bil kita..
mana la tahu kan…
sama je macam tm…. oh baru teringat mereka ni adik beradik… pasti ada sedikit genetik….
tapi sekarang tm da ok… cuma bil kadang tak jejak umah… tak tahu la nak wat camne…
“laman web slow” – bende ni la yg paling menyakitkan hati.. rekemen je diorang pakai hosting mcm kak jie pakai.. 😛
sistem online diorang tak update kot..ramai layan facebook tu
saya tak pernah guna online banking. guna CDM kat celcom center aje…
dia ada database yang berbeza ke?
kalau tak masuk laman web celcom hari ni
tak de lah nk kecoh..aishhhh 😆
celcom online mmg macam tu kak jie, promote suh tengok bil online tapi tak update selalu..
sampai lupa nak tengok blackberry …jimat! 😆
tak bahaya pun aihhh…
tiap bulan dapat bil bercetak
cumanya…fungsi laman web untuk pengguna tu dah tak betul
“Payment History – dah terima bayaran
Last Payment – belum terima”
P1 wimax online Self Care pun sama gak.
tak pakai celcom… tapi rasanya kerenah syarikat telekomunikasi ni same je….
uiihhh!!
kena recheck balik dgn celcom….
bahaya bahaya bahaya..
satu lagi yang menambah haru biru sms alert penggunaan dari celcom tu. sms kata dah cecah 70-90% penggunaan. bila dah bayar pun masih terima sms yang sama. cek online pun tak reflect pembayaran 🙄 . last-last dapat bil bulanan tengok2 dah terlebih bayar. sekarang ni sy percaya bil bercetak tu je…
tak pasti aa plaks, tapi pasal tenet aritu memang saya komplen… sejam lebeh membebel ngan customer service, sebelum filekan report. tapi nampak mcm semalam jadi balik masalah yang sama. *_*
Pernah hantar email kat customer service setahun dulu, tak pernah dibalas ( kes lain )
yang ni tak nak
biarlah dia orang gembira dengan pencapaian yang sendiri iktiraf.
berapa ramai yang dah komplen….. ?
Dah lebih 10 tahun guna postpaid celcom baru hari ni gatal nak masuk laman web…konon² terjumpa info terkini ke… ada offer menarik ke
rupanya jumpa macam ni
dah le tiap hari dapat sms iklan dari celcom je
Jadi..laman web tu projek syok sendirilah
kalau tak boleh dipercayai oleh pengguna? 😆
betul gak tuh kan… pasal maklumat berbeza tuh memang tak patut aa… sebab sepatutnya system dia semua berpusat aa kat data yang sama.
dah hantar komplen ke kak jie? Sejak dua menjak ni, servis celcom macam asek problem jer, dorang kena perbaiki secepat mungkin sebelum ramai yang kecewa
selalu juga bayar lebih
bayar online tak ingat amount yg tepat
tapi ini kes lain – kekeliruan sistem
Tak update 3-5 hari berkerja boleh diterima
Ini dah 12 hari
Lagi satu – dua maklumat berbeza untuk akaun yang sama
Sewelnya tahap kronik
Payment History – dah terima bayaran
Last Payment – belum terima
maklumat terkini datang dari laman web yang sama
Kak Jie ni pertama kali nak jadi orang modenlah konon²nya
nak jadi orang bermaklumat dihujung jari
tak mahu ketinggalan teknologi
bila login – lor!
macam tu pula – ada 2 keputusan dalam akaun yang sama 🙁
memang ler celcom system ni ada sewelnyer
ingatkan masa PMS jer tapi setiap ujung bulan bila
check online nak bayarkan bil telefom mama memanjang
kata bill bulan lepas tak settle….nasib baik mama
tak IT litterate sangat …kalau tak mahu jadi pasal
mama tanya knapa tak bayar lagi…..
family package utk 2 nombor dalam 1 bil
bulan lepas bulan puasa dan raya – lebih banyak berhubung dengan orang2 tersayang 😆
Kak jie, kat UK pon 2×5 je..haha..kadang2 dah bayar tapi nnt datang surat suh bayar..grrrr..nak setelkan sumenya kene call pastu berbelit cakap..tp satu yg bagusnya, dia akan setelkan waktu tu jugak..x de yang delay..sebab sume swasta jadi kene jaga hati pelanggan =)
Stakat ni kalau saya bayar bill online pun, dia tak terus update, tapi akan dapat sms notification pasal bayaran yang telah dibuat.
mahal nyer bil rm150. uishhh byk biznes nie.
apapun kene keep our resit. kadang sytem lamabt update, kadang2 sewel jugak
kenapa mcm tu? tapi kan kalau bayar lebih nnt jadi negatif kan? den selalu bayar lebih, hehe, malas nk pk2 yg pebting guna x bnyk sgt
😉 Saya pun dah lama perasan macam ni. Banyak sangat tipunya.
Semalam call nombor maxis prepaid. RM5 burn talk bawah 2 minit. Block cuma 1 daerah sahaja. Ikut plan tak sampai 60 sen pun.. tapi tu lah, RM5 pulak. Rasanya prepaida celcom call telco lain RM 2.50 even block tu sebelah rumah jer kot haha..
Saya pun pernah kena gak dengan celcom macam ni . Selalu sangat . Sampai mama saya pun selalu marah-marah .
taktau apa jadi dengan celcom ni, sejak akhir-akhir ni banyak gila iklan masuk kat hphone, semua dari celcom, dulu-dulu takde la banyak. malas nak baca satu-satu.
Kak Kujie,
saya pun pernah terkena macam akak ni. Ingatkan saya lupa bayar, saya pun tak cek mayban2u ke.. cek payment history ke (cerdik tak? hehe), terus saya bayar untuk kali ke DUA. Bila bil bulan depan sampai balance kat bil tunjuk negatif. Masa tu la baru tersedar dah terbayar dua kali.. Kesimpulannya, mmg tak boleh pakai la current charges kat web tu buat masa ni. 😉
Mmg selalu mcm tu kak jie. Online pnye sistem ni kdg xleh caye sgt.. Lagi wat pening pn ade kdg2.. Huhu..
perkara yg sama terjadi pada saya pd minggu lalu…
check punya check memang betul kesilapan saya.. kerana terlupa nak tekan ‘confirm’ di laman dalam talian CIMB.. patut pun bila bil sampai masih ada baki tertunggak..
hahahahha
tahu tak , ini kali pertama kak jie login akaun celcom online
walau kak jie adalah pengguna aktif internet
sebab laman web dia slow………..nk buka satu2 page berejam 😆
alih2 dpt spot kisah kantoi ni 😆
ya kak jie…saya hilang visitor yang almost datangnya dari Celcom Broadband User…mahu atau tidak kena tukar hosting….tapi semua dah settle…
jangan percaye sgt dengan sistem.. call diorang terus.. hehe..
broadband celcom?
malangnya……….
memang pelik Kak Jie. Saya sampai kena tukar hosting bila semua Broadband User tak boleh access shaffik.com 2 bulan lepas….Arghhhh sakit jiwa di buatnya../.
saja login laman web sebab nak check akaunalah
saja nak xplorer apa maklumat terkini yg ada dalam akaun secara online
hahaha.. ingat hebat sangatlah apa yg ada dlm talian tu.
tak pernah ada masalah payment tak diterima. ini cuma sistem yang haru biru je kot 😆
ish…..anda kena,check ngn celcom..takot ader payment diorang xreceive…