Hari ni sabtu – peluang Angah outing untuk ambil cermin mata dia yang baru ditempah hari Selasa lepas.
Untuk keluar dari asrama di Merbuk untuk ke pekan Sungai Petani bukan mudah – nasib baik saya ada adik² di sekitar Sungai Petani
Mula-mula sms adik ke 6 – dia tak dapat ambil Angah sebab kerja.
Kemudian telefon adik ipar yang ke 4 – ok , nanti dia pergi.
Jam 12 tengahari dapat message adik yang ke 3 akan ke asrama jumpa Angah.
Kalaulah orang lain, tak pasti nak uruskan macam mana. Syukur Angah dapat MRSM Merbuk tu – dekat dengan bapa² dan mak² saudara untuk minta tolong waktu kecemasan.
Pukul 3.30 saya telefon – mereka masih di kedai Focus Point. Ada masalah , kata Angah.
Kilang silap hantar lens!
Itu bukan kedai cap ayam lahhhhhhhhhhhh…Focus Point , ok!
Berapa hari lagi budak tu perlu terseksa kerana tak dapat berlajar. Bulan depan dah nak mula peperiksaan akhir tahun. Dia perlu study dan banyak kerja sekolah yang tertangguh. Dia pula bukan rabun powernya 200 tapi power rabunnya lebih 700+. Memang totally rabun.
Focus Point berjanji akan hantar cermin mata pada hari Isnin terus ke sekolah.
Rasa sedih tak dapat nak bantu masa anak² ada masalah macam ni.
terimakasih kerana tinggalkan komen
fokus point tak de kilang, itu bukan masalah
sebab jual beli berlaku antara pelanggan dan fokus point bukan dengan kilang.
pelanggan bayar kos cermin mata yang siap dan janji sekian2 hari siap.
masalah timbul bila hari yg dijanjikan – pergi sana salah lens
tak kisah lah salah kilang ke salah fokus point, pelanggan yang tanggung akibatnya
cermin mata tidak seperti yang sepatutnya mengikut spec yang telah dipersetujui
dan perjanjian baru dimeterai – mereka akan hantar ke sekolah hari isnin
sebab angah di asrama, tak boleh keluar tiap hari…
bayangkan dia tak ada ‘mata’ sepanjang minggu dan minggu peperiksaan.
masalah pun selesai.
boleh tak lupa nak tulis nama..anynamous tu saya lah.. 😆
Untuk pengetahuan,focus point tak ada kilang lens sendiri.Lens selalunya akan di tempah di kilang syarikat lain. Syarikat lens ni memang khusus buat lens sahaja. Antara contoh kilang lens yang ada kat Malaysia ialah Hoya dan Essilor.
Masalah yang berlaku pada lens angah:
1) kilang yang salah hantar lens,bukan salah Focus Point.
atau
2) Focus point yang salah hantar data dan menyebabkan kilang salah hantar lens.
Nak tau siapa yang salah kena tanya focus point sendiri la..
lagipun tengok pada power mata angah yang tinggi termasuk power silau,kilang terpaksa buat special order dan mengambil masa untuk buat lens..
kalau power kurang 400, InsyaAllah dah ada ready stock lens dan spec pun cepat disiapkan..
hanya berkongsi pengetahuan yang ada..
mesti angah rajin studi kan 😉
Tingginya power angah kak Jie !
1st time dgr focus point ni de masalah cmni.. heheee.. dah nak jadi kot.. tapi faham perasaan anak kak jie yg dah berhari2 tak de cermin mata.. sbb saya pun bercermin mata.. 2hari tak de penolong tu dah pening kpla, apatah lagi lau hampir seminggu
minta anak ddk kt meja depan first row buat sementara waktu. spek da smpai nnt boleh ddk kt meja sendiri
em mungkin malam ni je kot, tengok la esok macam mana, saya pun tak pasti dekat mana puncanya
tadi komen guna ID Intan memang dia loading semua
tak pasti kenapa sebab tak usik apa² pun kat blog
tapi kalau guna ID sendiri , tak jadi macam tu pula 🙄
ok kakjie, sajer je, sebab dah jadi pengunjung tetap setiap hari setiap masa, bila ada kelainan skit kat blog kakjie mesti sy perasan, hehe pastu tanya kakjie untuk kepastian
*ingatkan kakjie nak dapatkan pageview, tapi mungkin ada mslh lain la kot….maaf kan sy yer kak
faham…faham…nanti kak jie tgok
nak logout dulu
tak pa..terimakasih kerana bagitau
entah2 orang lain pun alami sama
komen ok, tapi sy ambil contoh komen dekat blog azmanishak tu, dia hanya load komen je then show comment, sama macam blog kakjie juga sebelum ni, tapi malam ni bila sy komen dia akan loading then load entri ni then baru keluar komen sy, kakjie faham kot apa yang sy nak cakapkan, huhu..mungkin sy sorang je kot alaminya
abaikan
tak guna wp thread comment..guna ajax je satu
kalau kakjie guna wp thread comment, kena enable ajax support, em sy dah try dekat blog azmanishak ok je komen
Kak Jie reply tak jadi mcm tu pula..jap nk tgok lagi sekali
kadang2 tak perasan pun 😉
Insyaallah…
775 silau 250
dia pakai spek dari Tahun 2
kak jie tatau kat mana sebab cikgu dia yang bawa hari selasa lepas
mrsm merbuk
Angah buar cermin mata tu hari Selasa
dah duduk asrama, mana boleh sesuka hati keluar
dgn bersemangat hari sabtu dia outing – alih2 mcm ni pula
dah le semalam dia telefon..mcm down je suara
dapat berita mcm ni…alahai…sedih je
bila dah komen dan klik Hantar! entri ni akan loading sehingga komen siap, selalunya hanya komen ni sahaja load dan dipaparkan
kena suruh Ku Ina yg geget…dia yg bawa Angah 😆
rasa larat sebab kedai yang top macam tu boleh buat kesilapan penting
kesian Angah…memang dia perlukan sangat2 cermin mata di hujung2 tahun ni – peperiksaan akhir tahun minggu depan saja 😐
ye ke? apa yang tak boleh 😥
kakjie, lagi satu kenapa ajax comment dah tak boleh? sebab apa ye?
macam mAna staf focus point boleh buat silap mcm tu, tak patut betul
focus point ni wajar diberi surat cinta nampaknyer…
kalau power dah tinggi maksudnya harga pun bukan murah..
kecewa jugak bagi pihak kak jie ….tapi kalau saya rasanyer
dah melenting tahap gaban ni…bila dlm keadaan mcm ni
saya baru tukar kacamata baru. power dah ++. tapi agak memeningkan bila pakai yg baru.
Boleh pulak tersilap. Padahal Focus Point sepatutnya lebih profesional kerana sudah ada nama tersendiri.
Tapi usaha mereka untuk hantar lens ke sekolah harus dipuji, sekurang2nya mereka cuba menjernihkan keadaaan
kesilapan begini, boleh minta discount lebih ni. haha
Kesiannya angah, terpaksalah bersabar sampai hari isnin ni. Nak buat camne kan.
teruknya focus point ni..tp saya dah 5 cermin mata kat focus point..cuma yang baru2 ni jer bertukar ke england optical..sebb focus point mcm dh x comey bg saya..
apa pown arap angah sabar ee..kesian dia, boleh bayangkan camana sakitnya kepala bila membaca dlm keadaan mcm tu
kesiannya angah..sabar yer kak jie..mesti kak jie rasa nak terbang je ke sana kalau boleh kan..
Adoii..betul kata kak jie,bukan kedai cap ayam Focus Point tu..
Anak kak jie mesti rajin baca buku kan =)
Ibu mana yang tak sayangkan anak kan
huhuu~ cian angah.. kuat sangat power mata dia tu.. suro dia rajin2 makan lobak.. baik untuk mata.. 😉
pergh tingginya power dia, kakak sy dulu pkai cermin mata, tinggi jgk powernya..lama2 bila ikut nasihat doktor, cermin mata x pyh pakai dah. dia pun dah jd optometri 😀
Ya Allah kuatnya power dia…
amalkan la pegaga dan mega-3 kapsul untuk kesihatan mata dan otak Insya Allah
fuh..700..mesti rajin study
sungai petani punya focus point tang mana?hehe..semoga dipermudahkan segala urusan kak kuji..
oh merbuk ke 😀 kat mane tuh
aiyoo…kesiannya…spek yg saya pakai sekarang ni buat kat focus point midvalley beberapa bulan lepas….masa nak pergi ambil dan try pakai tetiba kabur tak nampak tulisan…bila check memang ada kesilapan dekat kadar silauan lens tu…terpaksa menunggu lagi beberapa hari baru dapat pakai…isk2
kalau maza tu, dgn tokey2 cina tadi maza kasik gheghet bontotnya.. huhuhu
macam tu pun ada ke? dah boleh panggil cap ayam tu kak jie.. huhu..
teringat masa belajar dulu.. dapat dekat dengan family jer semua.. tapi adik beradik saya memang di dalam selangor jer.. KL pun pantai dalam je..