23/08/2014 – Entri ini dikitar semula lagi untuk tahun ke 3. Saya suka baca sebab entri ini ditulis oleh suami saya , dari pandangan kacamata seorang abah. Kisah begini biasa kita baca melalui pengalaman seorang ibu tetapi amat jarang diceritakan seorang lelaki.
Bacalah kisah ini… catatan yang di tulis oleh suami saya sewaktu beliau sedang bertugas di Algeria.
Hari ini genap usianya 14 tahun ( 23/08/2013)
Luluh Hati Seorang Abah
Hari ini 23 ogos 2011…
Hari ini genaplah usia intan Safura 12 tahun. 12 tahun lalu setelah kelahiran Intan, hidup kami berubah….semuanya menjadi mudah.
Dalam tahun 1999 kesempitan hidup zaman kegawatan ekonomi, kami sekeluarga berulang semula iaitu setelah kami berpindah kerja di Bentong, Pahang.
Akibat kegawatan ekonomi ketika itu menjadikan pemotongan gaji secara amat drastik. Kontrak sebagai free lance survey juga terlibat sama….malah lebih teruk lagi. Sudahlah gaji kecil perlu pula dikongsi dengan pembantu-pembantu lain.
Pembayaran untuk kerja juga sering tersangkut-sangkut malah kebiasaanya tidak mendapat bayaran penuh.
Kesusahan lalu menjadi pengajaran kepada saya…(saya juga pernah mengalami defisit kewangan kerana gaji yang tidak dibayar selama 5 bulan di Tanjung Malim pada tahun 1997).
Kehadiran Intan (walau pun masih dalam kandungan) tidak merisaukan saya kerana berpegang pada kata2 “setiap anak ada rezeki mereka sendiri”. Kami tetap dengan kehidupan seperti biasa(bukan boros),makan tetap gred A (demi kesihatan baby) dan seperti tiada apa2 masalah.
Tetapi kesempitan kewangan kami bertambah meruncing….hutang bertambah banyak samada dengan kawan, pembantu2 atau dengan kedai runcit tempat kami berbelanja (hutang) harian.
Saya terpaksa menjual kereta Iswara kesayangan untuk melupuskan hutang2 tersebut. Iswara ini juga mempunayi kenangan manis kerana saya mendapat kunci kereta pada hari yang sama kelahirna Along.
Tinggallah Isuzu Trooper buruk untuk kenderaan kerja dan kenderaan keluarga.
Kandungan isteri semakin membesar. Dan isteri saya juga telah disahkah perlu menjalani pembedahan “caesarean” untuk kali ketiga. Kami telah menetapkan untuk tidak melakukannya di hospital kerajaan kerana fobia dengan pengalaman silam. Baca kisah pengalaman sewaktu kelahiran Along di sini – Tidak akan ku lupa
Kesempitan kewangan dan kos pembedahan telah mula merisaukan isteri. Berkali2 dia menyatakan kerisauannya. Akhirnya dengan nada lembut tapi tegas saya bersuara :
“Ok…tugas menjaga kandungan adalah tugas sayang, dan tugas mencari wang adalah tugas Abang… mulai saat ini sayang jangan bangkitkan soal ini lagi”.
Dengan mata yang berkaca isteri saya menggangguk tanda tiada pilihan.
Bayi dijangka dilahirkan pada 09.09.1999,satu angka yang sangat cantik tetapi kerana ini adalah pembedahan ketiga, atas sebab kesihatan, pembedahan perlu dilakukan sebelum kandungan memasuki 40 minggu. Saya memilih tarikh 31.08.1999 (anak merdeka).
Kita hanya merancang, belum pun sampai tarikh yang telah dipersetujui, bayi dalam kandungan sudah tak sabar lagi untuk melihat dunia. Tanggal 23.08.1999 , sekitar jam 3 pagi , isteri mengadu kesaikitan untuk bersalin.
Dengan hanya berbekalkan wang berjumlah RM250.00 saya memacu Isuzu Trooper buruk kami bersama anak beranak bergerak dari Bentong, Pahang membelah sunyi malam Lebuhraya Karak menuju ke Hospital Bersalin Damai di Taman Melawati sejauh 60 km.
Sepanjang perjalanan, saya tahu isteri masih risau kerana dia tahu saya tidak mempunyai wang.
Akhirnya jam 8 pagi setelah semua proses selesai, saya mengqamatkan azan ditelinga seorang bayi perempuan. Satu kejutan yang AMAT menggembirakan saya kerana sebelum ini doktor menjangkakan bayi dalam kandungan seorang lelaki. Sesudah dua anak terdahulu adalah lelaki saya mungkin tidak mempunyai peluang untuk mempunyai anak perempuan lagi.
Kegembiraan saya dikongsi bersama oleh adik saya, Azni serta Along dan Angah. Jam 9 pagi,kami bersarapan pagi sambil saya cuba menggingati beberapa rakan-rakan baik yang berjanji akan menolong dikala saya ditimpa kesusahan.
Saya mencari pondok telefon untuk menghubungi mereka yang saya rasa mampu menolong.
mula2 saya call Hj Said….ok katanya.
kemudian call Mr Chan….mari datang office katanya.
lepas tu call Mr Har Soon Onn….ok ok ok…ambil wang dengan Miss Har katanya.
kemudian call Imam Jurjani Mohammad … mari datang ambil di Sungai Buluh ujarnya.
Kos yang diperlukan berjumlah RM4500.00 tetapi wang yang diperolehi dari 4 orang kenalan yang saya hubungi berjumlah RM 8000.00. Rezeki bayi bisik saya dalam hati. Syukur alhamdulillah. Ini bukan duit untuk dipinjamkan tetapi hadiah untuk kelahiran Intan.
Kami belum merancang nama bayi terlebih dahulu. Dengan dipersetujui isteri, saya namakan bayi kami Intan Safura.
INTAN -sesuatu yang berharga yang perlu dijaga
SAFURA -Nama nenek saya iaitu moyang bayi kami
Sempurnalah perjalanan INTAN SAFURA ke dunia ini dan pada petang itu kami kembali ke Bentong dengan perasaan yang sangat “GEMBIRA DAN TERHARU”
Rupanya rezeki bayi tidak berakhir di situ , ia berlanjutan seperti air yang mengalir tanpa putus. Limpahan rezekinya sama ada dalam bentuk mudah mendapat kerja , mudah mendapat bayaran malah juga mudah juga membuat rundingan dan temu janji dengan rakan niaga.
Saya percaya, ini bukan tuah dan rezeki Intan seorang. tetapi untuk Along , Angah dan Isteri (ku zie).aminnn. Belum pun umur Intan mencecah setahun, kewangan kami bertambah stabil dan berpelung membeli rumah kedua di Ampang.
Selamat hari jadi INTAN SAFURA anakku sayang.
Nota : Ini mungkin menjadi nota catatan dari seorang ayah kepad anak perempuan yang akan dikenang seumur hidup.
sebak baca entri ni..benar2 menusuk kalbu
Jom terjah post menarik dari nur razali ..Destinasi Percutian Idaman Saya
Kisah yang menusuk ke kalbu. Teringat kisah suka duka alam perkahwinan saya yang telah menjangkau usia 7 tahun. Alhamdulillah anak dah nak masuk 4.
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Alpha Lipid Bee Venom
As salam..
Baru baca dari mata pandangan lelaki..
Hehehe..
Best akak..
Salam perkenalan..
Jom terjah post menarik dari Azeni Ahmad ..Kolagen Shaklee Boleh Menghalang Faktor Penuaan?
Baru baca. Terkedu seketika
Jom terjah post menarik dari ummi maryam ..Tambah “Social Media Share Button”
Sebak baca entri ni. 🙂
Selamat hari lahir Intan. 🙂
Jom terjah post menarik dari Amyz ..Pengalaman Berpantang dengan Shaklee
Mesti menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan 🙂
Sanah Helwah Intan..
sebaknye dada baca coretan seorang ayah ni..begitu besar pengorbanan ibu dan ayah..semoga intan menjadi anak solehah, penyejuk hati kepada ibu dan ayah..amin
Jom terjah post menarik dari Mummy Dina ..Cerita Tentang Mengandung, Stretch Marks Dan ESP Shaklee
Bila Allah memberi rezeki, lebih2 lagi ketika kita sangat memerlukan, nikmat rezeki tu sangatlah tak terhitung banyaknya..:)
Jom terjah post menarik dari Aimi Shaklee ..Kebaikan GLA Shaklee Untuk Membantu Kesuburan
dah besar dah intan ye. 🙂
Jom terjah post menarik dari hikaru matsushima ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
Hehe..selamat hari lahir..dan semoga kekal bahagia sampai bila2..
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Kecewa Dengan Kejayaan Orang Lain
pengorbanan seorang ayah sangat besar nilainya.
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Cara Tingkatkan Imunisasi Badan
Menusup ke kalbu sungguh
Selamat hari jadi intan.ujian hebat untuk orang2 hebat 🙂
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Tiap2 anak ada rezeki masing2.. orang tua saya pun selalu berpesan macam tu.
Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Cirit Dan Muntah Lagi
kisah yang menyentuh perasaan.Pengorbanan seorang ayah untuk anak-anaknya…hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada..
Selamat hari lahir Intan…semoga menjadi anak yang solehah..
Jom terjah post menarik dari norehan saad ..KESIHATAN PULIH DENGAN SET DIABETES SHAKLEE
Nyampah baca! Menjejes air mata keluar tau!
serius bila baca entry ni terasa sebak, nampak yang didalam perjalanan kehidupan ada liku liku hidup yang membuat seseorang matang dan menghargai, selamat hari jadi intan
Jom terjah post menarik dari Rujukan Kastam ..Dapatkan Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam W41
Selamat Hari Lahir untuk Intan..semoga membesar menjadi seorang anak yang solehah..berjaya di dunia dan akhirat..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Cara Tukar Kunci Sliding Door
bertuah intan punya ayah dan ibu yg bertanggungjawab. semoga intan ingat jasa ibu dan ayah smpi bila2. selamat ulangtahun intan.
Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Kisah tong gas abis
semoga intan simpan karangan ni dalam hatinya selalu. 🙂
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Cikgu pandai ajar Tajwid tak?
selamat hari lahir Intan. jangan nakal-nakal. awak pun popular juga. semoga jadi anak dara yg berjaya di mata ibu n bapa
Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Simpan Gambar Kekasih Lama
rasa macam nak nangis aje baca niee..
Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Malaysia negara orang gemuk – Tak mengamalkan diet yang sihat.
selamat hari jadi yg ke-14 intan safura… 🙂
Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Himpunan Rakyat Memimpin Revolusi Mesir
adeh….tak sanggup nak baca dgn cara biasa saya baca entri blog ni…entri dr seorang abah camni mmg cukup2 menikam jiwa buat seorang abah
selamat hari lahir buat intan =)
gambar last tu mmg cukup2 terbaik!
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Khasiat Minyak Habbatus Sauda!
Selamat hari lahir Intan…semoga menjadi anak yang membanggakan keluarga…
Jom terjah post menarik dari suriaamanda ..Vitamin C Supplements
MashaAllah. Sampai macam ni sekali kak jie sambut ulangtahun kelahiran anak 🙂
Jom terjah post menarik dari profhariz ..MyKad Smart Shopper – Daftar, Diskaun, Point, Tebus
Selamat Hari Lahir Intan. Menusuk ke jiwa cerita abah Intan. Semoga Intan jadi anak baik. Berjasa pada kedua orang tua.
Jom terjah post menarik dari Dilla ..Putih putih melati
terharu lak saya baca cerita ni kak jie.. (T..T)
Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..KHASIAT DAN KEBAIKAN PETAI
Selamat ulang tahun buat Intan yang ke-14, semoga makin cantik, pintar dan sehat selalu
Jom terjah post menarik dari Rina ..Basic CSS : UL OL & LI List Style Type, Position, Image, & Horizontal Property
dah besar anak kak jie.. ingat lagi masa gathering kat putrajaya.. siap bagi teka teki…
Jom terjah post menarik dari zool ..Berakhir era Kodak
Dah besar dah anak kak jie, tak lama lagi dah bermenantu pulak hihihi
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Cara menurunkan kuning bayi
sob…sob…sebak membaca jalan cerita kelahiran INTAN….kisah yang hampir sama dengan keluarga saya……huhu
Jom terjah post menarik dari sukma ..Kolestrol Jahat Dalam Kuih Raya
sob…sob…sebak membaca jalan cerita kelahiran INTAN….
Jom terjah post menarik dari sukma ..Kolestrol Jahat Dalam Kuih Raya
selamat hari lahir intan 😉
Jom terjah post menarik dari maisarah ..5 Rahsia Yahudi yang Boleh Digunakan untuk Mendidik Anak Jadi Bijak dan Beriman
perkhh cute giler intan hehehe
tahniah intan….
semoga segala kesusahan dlm menghadapi dan membesarkan intan akan dikenang dan membalas kembali jasa ibubapa dengan menjadi wanita solehah!
Jom terjah post menarik dari maza ..Membebaskan diri dari dibelenggu
Sangat tersentuh hati saya. Seorang ayah sangat sukar meluahkan perasaan sayang pada anak2 bila baca macam ni terasa kasih sayang tu sgt dalam. Bertuah Kak Jie dapat suami sebaik dia.
Jom terjah post menarik dari JunAina ..Salam Aidilfitri Kad Raya Pengganti Diri
Rasa bergenang air mata 🙂 lepas baca shahdu sgt.
Jom terjah post menarik dari azman ..Kalau nak makan buluh biar masih rebung
Rezeki anak yang bernama Intan Safura..
selamat harijadi ke-14
Jom terjah post menarik dari ciklaili.com ..Selamat Kembali Ke Sekolah
kisah yang menarik di sebalik kelahiran Intan.. =)
Selamat hari jadi…
Jom terjah post menarik dari KiD ..Cerita Menarik dalam Blog
Dan setiap kali saya membaca, sebak rasa… sayang seorang ayah…. 🙂
sebak saya membacanya. Selamat Hari Lahir Intan dan semoga anak yang Solehah.
Rasa sebak bila baca..tak dapat nak dibayangkan suasana semasa Abang Saiful sekeluarga membelah sunyi malam melalui Lebuhraya Karak menuju ke Hospital Bersalin Damai..
Selamat Hari Lahir Intan..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Antara PTPTN, CCRIS Dan Peminjam Bermasalah
huh, kusyuk je baca carita ni
selamat hari lahir intan
semoga menjadi anak yang solehah dan dapat membalas jasa mak dan ayah
tahniah kak jie dan suami sebab tabah menghadapi dugaan dan cabaran sebelum ini
semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat bersama keluarga tercinta
amin
Jom terjah post menarik dari penaberkala ..BLOGGER : Siapa Dkna Abza?
Selamat ulang tahun kepada Intan semuga akan menjadi anak yang terbaik kepada ibubapa
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Elak Jalan Raya Menjadi Lautan Pusara Tidak Bertanda
huk huk huk…sedih baca..
selamat ulangtahun kelahiran intan payung mama kujie dan abahnya..
Jom terjah post menarik dari ejam ..#TeamHE – Mudah Sebenarnya Pemasangan Hot Wheels Wall Tracks.
Selamat menyambut hari lahir kepada mak su Intan. 🙂
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Rilek Brader Rilek Brader bersama Snickers
Rezeki anak… Selamat hari lahir Intan. Kita sebaya la Intan.. 🙂