Assalamualaikum dan Selamat Hari Isnin.
Permulaan minggu selepas cuti, mood masing-masing diawan-awangan lagi. Tambahan pagi tadi hujan. Pakej lengkap untuk melayan jiwa.
Selepas balik dari hantar Intan ke sekolah, hujan gerimis diikuti lebat. Rutin biasa selepas balik sekolah tiap pagi adalah bawa kucing-kucing saya keluar ke taman.
Biasanya memang macam ni lah kucing-kucing saya. Selain main kerja-kerja untuk senam tulang dan otot, kucing juga makan beberapa helai rumput. Saya percaya itu adalah teknik semulajadi kucing untuk perubatan dan penyembuhan dari sumber alam.
Naluri seekor kucing walau tidak pernah diajar oleh ibu. Saya selamatkan Julie dari atas bumbung rumah sewaktu umur Julie 2 bulan lebih. Saya juga bela Alice baru seminggu sewaktu umurnya juga 2 bulan lebih. Memang Julie dan Alice tidak mempunyai ibu/penjaga untuk dijadikan model.
Tak perlu diajar, naluri anugerah Allah telah menjadikan kucing² ini tahu apa yang seekor kucing perlu hadapi.
Tetapi hari ni hujan… leka je 3 ekor ni menunggu hujan teduh. Dari belakang saya yang sedih nengok ketiga-tiga ekor ni. Memasing feeling…
Dah jemu tunggu…memasing dah mula main. Berlari dan memanjat tu tak payah cerita. Si kecik tu walaupun baru seminggu tinggal bersama kami, dia cepat sesuaikan diri dengan perlakuan Julie dan Camo. Julie dan Camo jenis bergurau kasar, bergomol dan bergumpal.
Alice ni tak padan kecik, tak padan kucing kaki kudung….dia yang paling berani memanjat.
Dah penat main…. memasing rehat sambil tunggu hujan reda lagi..hihi. Paling lawak boleh pula susunan cantik je…Julie, Camo & Alice.
Tak ada apa nak buat pagi ni, saya pun melayanlah kucing-kucing ni main. Minggu ke 2 bulan September baru kelas saya bermula seperti biasa…dan kembali sibuk seperti biasa.
NOTAKAKIKUJIE : Sewaktu menulis entri ni, memasing dah tidur. Memang biasa selepas pukul 10 adalah waktu tidur.
biasalah tu.
dah penat..memang tidur aje kucing nih. hoho..
Rasululullah juga sukakan kucing… sebab itu saya sukakan kucing… ada yang sadis sanggup aniaya kucing, itu memang melampau.
comel kucing2 ni..macam2 gelagat…
Seronok tengok gelagat kucing2 ni..
Anak kucing yang angah jumpa baru ni dah jumpa tuan dia..kejap je la dapat merasa main dengan kucing..huhu..
Hihi.. tengok tajuj ke dah tahu dah mesti pasal kucing ni
Kucing akak pun takut hujan ye.. Hehe
Terpaksa main indoor je
Ok lah kan,, dah mula hujan. Sejuk sikit cuaca
Damai sahaja suasa ketika hujan, memang sangat menenangkan jiwa
Nasib bela kucing jantan..senang..hehe
Gambar position no2 tu lawa, macam tunggu Intan balik sekolah dah haa.. 😀
oooo…ingat kucing jantan kita buntingkan kucing betina orang owner tak payah risau ye… cer bayangkan kalau kucing betina kita pula
MasyaAllah..kagum tengok gambar kucing akak yang Alice tu 🙂 Orang yang suka kucing ni hati lembut..walaupun saya ni penakut kucing, tapi kat rumah ada banyak sebab adik2 suka bela..bila orang yang suka bela kucing ni hati lembut dan pemaaf.
terima kasih kak atas entry ni 🙂
elok aje susunan diorang tu ye. 🙂
adui taip pjg td tak keluar huhu
entah….penapis akismet ni semua komen masuk spam
kena check satu2 baru approve
sehari 2-3 ratus nak kena check
kat sini pun saya bela kucing dua ekor, oren1 dan oren2 hehe. cuma kesian sebab sini summer panas betul. buka je pintu laju je la diorang nak masuk. saya pula kalau main kucing boleh batuk. Bila batuk sini susah nak sembuh, sbb kering sgt.
last week, sebab ada tarikan air dan makanan, ada mak kucing ni pergi beranak dekat laman bawah pokok. habis mencicit oren kena belasah. dua dua tu jantan tapi nak bergomol langsung tak reti.
after all, keseorang kat jeddah ni, ada dua ekor tu, terubat la juga sepi. eheks!
Kucing peneman terbaik di kala lara dan saat gembira……
Leka dibuatnya dengan telatah 3 ekor kucing bermain kejar mengejar didalam rumah.
Lahhh ingatkan couple apa tadi..hahaha..terbaik…
seronok juga ada peliharaan ni kan. comel je semuanya.
Comelnya kucing2 ni. Dah lama tak bela kucing ni. Dulu sampai berbelas ekor kucing dekat rumah. Sekarang ni rasa nak rehat dah dari menjaga kucing.
naluri semula jadi haiwan kan..comel betul masing masing..
sama cam kucing kite #DakUban dgn #DakSat tuh.. pepagi ni lepas makan, tido manjang je….