Compress Blog Supaya Ramping Dan Ringan
Blog Tutorial

Compress Blog Supaya Ramping Dan Ringan

Blog yang sihat adalah blog yang mengembirakan pelawat. Kebanyakkan pengguna WordPress mempunyai banyak pilihan melalui plugin bagi mengoptimumkan kecemerlangan prestasi blog mereka.  Tetapi penggunaan plugin juga akan menyebabkan prestasi dan responsif blog terjejas.

Kalau kita rajin membaca,  kita akan temui pelbagai tips yang dikongsi oleh blogger bagi mendapatkan blog yang laju capaiannya.

Antara tips yang sering dicadangkan  ( ada banyak sebenarnya, ini sekadar contoh )

    • Optimize dan resize fail imej. Boleh guna plugin Smush.it
    • Guna plugin yang up- to- date
    • Guna plugin yang perlu sahaja. Ada plugin yang ‘memakan’ bandwidth. Boleh scan plugin yang digunakan menggunakan P3 (Plugin Performance Profiler)
    • Guna theme yang responsif
    • Compress blog atau mampatkan kandungan blog.

Malam tadi saya buat semakan samaada  blog saya dah compress atau belum. Kadang-kadang bila  tukar theme, ada setting yang berubah dan terlepas pandang. Blog saya memang telah dimampatkan.  Ramping dan ringan untuk diakses.

Alang-alang dah buka, saya cuba semak blog lain secara random yang saya ambil dari ruang komentar di blog ini. Kebanyakkan blog memang telah dimampatkan tetapi ada beberapa blog lagi masih tidak

Boleh semak blog anda di sini Check GZIP compression

gzip compression

Angah – sila kompres blog ye! Dia sepupu saya, saya ada lesen untuk  tegur dia di sini. 🙂  WanMus Sifu Adwords pun kena check kerampingan dan keseksian blog dia juga tu.

Ada beberapa cara untuk mampatkan laman web kita.  Kalau zaman dulu, saya gunakan plugin.  Sekarang ada beberapa cara untuk compress .

compression at cpanel

1. Cpanel

  • Pada Home,  klik Optimize Website di bahagian Software/ Services
  • Pada kedudukan Compress Content klik Compress all content.  Update settinsgs.

compres blog w3

2. Plugin Wp Super Cache

  • Kalau guna plugin WP Super Cache, pada bahagian Advanced
  • Bahagian Miscellaneous , tick untuk compress pages

 

3. CloudFlare – Saya menggunakan CloudFlare di blog dan blog ini telah sedia dimampatkan.

Dengan memampatkan fail  blog, kita dapat  mengurangkan jumlah data yang dimuat turun dan dapat mengurangkan masa yang digunakan oleh pelawat untuk ‘loading’ .

Dah semak blog masing²?  Dah ramping ke belum?

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Compress Blog Supaya Ramping Dan Ringan

  1. Info yang menarik. Terima kasih kerana berkongsi.

    Tambahan untuk compress gambar, sebaiknya untuk gambar seperti gambar permandangan, makanan dan lain-lain digunakan jpg dan di compress mengunakan aplikasi online (cth: kraken.io) atau standalone software. Smush.It ok, cuma compression nya kadang-kadang tidaklah sebaik mana. Manakala untuk gambar yang mempunyai tulisan atau logo sebaiknya guna kan png, dan di compress mengunakan TinyPNG secara online.

  2. eh….semua blog saya dah pun dicompress…..agaknya dah setup kat cpanel kot sebelum ni…dah lupa….

    >>>>> By compressing this page with GZIP, 70.7% bandwidth was saved.

  3. Sekarang jugak saya compress, tapi guna Cpanel sebab malas nak install plugin. Btw, Kak Jie, benda ni kena buat secara berkala atau one – off sahaja?

  4. Salam,

    Kalau blog Ada Pasang AdSense kena hati2 juga. takut bila compress nanti code adsense akan berubah. google tidaK membenarkan publisher mengubah script sama ada sengaja ataupun tidak.

    semak semula code adsense, takut2 code berubah, nanti google akan disable ad. bab google disable ad, mereka tidak mengambil masa yang lama, jadi baik cepat2 keluarka code adsense yang dah dicompress.

    Untuk blog kakjie, Yan dah tgk kat source, code adsense berubah. baik kakjie compress blog semula tanpa meletakkan code adsense. dah compress blog baru letak code adsense. kemudian cek semula betul atau tidak. takut2 auto compress bila masukkan script. google memang memandang serius bab ad script targetting ni.

    Kalau disable ad je takpe lagi boleh buat appeal, takut kena banned akaun adsense aje

    1. k sya tk compress pun blog….rasanya dah dekat setahun tk sentuh apa2..just update post…bila check dah compress…tapi adsense still berjalan….camne nak tengok eh…..

  5. saya dah buat dah guna cara 2 dan 3, plugin super cash dan CloudFlare tp bila check dia kata mcm x compress lagi..saya try guna cpanel tp dia kata Error while opening /home/kakibang/.htaccess: Permission denied lah pulak..

  6. Wah banyak opsyen untuk merampingkan blog. Tapi saya masih menunggu satu plugin pelbagai guna yang ala-ala minuman ajaib acai-kolagen-apple-double-stemcell gitu 🙂

  7. Haha..ok2..sat2 lagi angah buat.tapi kalau part yang kena kena guna responsif theme tu, wajib tak?sbb rasa macam malaih dah nak tukaq theme..tapi theme yang ada skrg ni tak responsif..

  8. huuiiihhh teknikal nye. tadek cara mudah lagi ke kak jie? saya kene print tutorial ni, dan baca sambil buat eksperiment la kalau macam ni. adoi ai… hahaha

Comments are closed.