Dulu saya tak pernah peduli pun benda ni sebab akaun Instagram saya ada satu saja. Satu akaun tu pun berkongsi dengan Intan sebelum dia ada akaun sendiri. Kemudian bila kucing saya dah ada 3 ekor, saya cuba nak asingkan akaun peribadi dan akaun kucing. Senang kalau ada akaun kucing sendiri, senang nak follow rakan-rakan sekucing.
Followlah akaun Instagram kucing saya – Juliemolice.
Saya yakin ramai juga rakan-rakan saya terutamanya pemilik InstaShop mempunyai dua akaun Instagram iaitu akaun peribadi dan akaun berniaga. Salah satu masalah bila ada 2 akaun ialah terpaksa login dan logout setiap kali nak post gambar di Instagram.
Saya pun alami masalah serupa sehinggalah saya menginstall satu application yang dipanggil Instwogram. Kita boleh download Instwogram di dalam telefon dan ianya berfungsi seperti Instagram. Saya dah guna lebih 2 minggu dan tiada masalah setakat ni.
Saya gunakan Instagram untuk akaun Juliemolice dan Instwogram untuk akaun peribadi kujieins.
Download application tersebut di sini – INSTWOGRAM Two Instagram Accounts in One Device ( buka link ni terus melalui smartphone, senang )
NOTA PENTING
- Untuk Adroid 2.2+ sahaja, Kalau IOS, sila beli iphone sebiji lagi…hihi ( IOS pun ada, kena suruh orang IOS yang buat entri )
- Instwogram tidak disediakan melalui Google Play, jadi sila simpan link diatas dan semak sekiranya mempunyai status kemaskini. Kena update manual dengan memuat turun sendiri setiap kemaskini terbaru. Kemaskini terbaru adalah pada Version 6.4.4 (WED, 27 August 2014) sama version terkini Instagram.
- Kalau nak link share dengan Facebook, kena remove dulu application Instagram di FB dan buka Instwogram -> Options -> Setting -> Linked Setting -> Masukkan akaun Facebook. Maksudnya kita boleh pilih salah satu Instagram atau Instwogram yang nak di linkkan ke FB
Kalau ada apa-apa soalan, korang bolehlah tanya kat forum.xda-developers.com. Kalau nak guna 4-5 akaun pun ada. Masuk je cari kat dalam forum tu
Kredit : piratz yang beritahu link ni.
ada juga instwogram eh.
tapi masih tak berminat nak ada akaun gram-gram nih. hehe
Saya pon asik kene login and logout salu. Sbb nk tuka2 akaun. Tp untuk android la plk ade ek
boleh juga rupanya cara macam ini.
leh la beli simkad altel lepas ni. hehe
Menarik …tp hp samsung s2 kita ni kalu install app lain lagi.. hang terus agaknya..
Ni pun dah lambat je…
ada juga instagram tapi tak pandai sangat nak guna haha
ada satu insta tapi tak active mana hihi
Assalamualaikum,
Wahhhhh! Baru hari ni tau.
terima kasih kak jie
Boleh install utk buat acc rahsia ni. Haha. 😉
hahaha, mmg saya cari benda ni sebelum ni
memang rumit…kalau belum mahir…ya satu info yang menarik!
menjadi tanggungjawab followe iOS membuat review ni ..
terima kasih atas perkongsian kak jie..
memang sgt berguna untuk saya.
sama-sama..berkongsilah dgn kawan² yg lain sebab sgt berfaedah kepada mereka yg berniaga di IG
terima kasih atas info ini puan. memang berguna buat saya.
sama-sama… betul tu, antara apps yang berguna kepada IGshop
Boleh cuba ni..xde langgar apa2 T n C instagram kan?
baca kat forum tu ada kredit kepada
– The programmer of the original Instagram downloader MohammedAG
bagus jugak ada dua account IG dalam satu fon.. Senang utk orang yg berniaga online.. 🙂
sebelum ni akaun 1 saja..tak ada keperluan pun nak tambah akaun
tapi bila dah buat 2 akaun, mula cari jalan penyelesaian terpaksa login logout login logout tu….
Dah try app Instwogram ni.. Best!! Sekarang dah boleh guna 2 akaun instagram.. Yeayy..
Boleh try ni….
Bagus ni..sebelum ni kena main logout login je bila nak post di dua akaun Instagram yang berbeza..
2 akaun? weee… baguslah kalau yang ada multiple akaun tu. Very useful indeed. bagi yang single akaun tu, masih selamat sebab belum terjebak.
ramai yg ada 2 akaun sebab dia berniaga kat Instagram.
Terbaiklah kak jie. Mmg uptodate betullah.
Tag Post ni.. Saya dengan 1 akaun pun kelam kabut.. Bagus juga buat 2 akaun untuk bisness dan peribadi..
Oh…baru tahu…
mesti ramai kaki instagram ni yang suka benda nih..
Thanks.
Jika ada cara na post gambar di Instagram di Windows @ Mac mesti lagi senang. Hoho
kat windows biasanya kak jie guna utk reply komen je..senang nak menaip
nice info kak jie…
kak jie test kat phone sendiri dulu baru boleh share dengan orang
setakat ni tak ada masalah
Ini yg kene ikut. Buat dulu baru share
Nicelah kak jie
Ada ya apps begini….kena dan harus cuba ni.
Thx Piratz dan kak Kujie 🙂
untuk 4-5 akaun pun ada apps, baca thread tu ada orang share…kak jie tak perlu banyak akaun, jadi cukup 2 ni aje
Inilah yg aku cari. Akhir jumpa di blog Kak Kujie..tq..
kak jie dah check dengan anak bujang kak jie, dia senior member kat forum tu
dia cakap app ni tak ada masalah….samsung s3 kak jie ok, tak ada masalah