Kertas peperiksaan Science 018 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada esok 11 September 2014 ditangguhkan kerana didapati bocor. Lembaga Peperiksaan (LP) mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
Tarikh baharu bagi peperiksaan Science 018 adalah pada 30 September 2014.
Peperiksaan UPSR untuk kertas sains esok ditangguhkan kepada tarikh 30 September 2014. Anak-anak dan mak-mak yang terlibat, moga dapat bertenang. Kesian anak-anak yang terpaksa tangguh “Hari Merdeka” mereka kerana ada orang yang tidak amanah pada tanggungjawap.
Kecoh jugalah kat Facebook tadi bila berita ini dikongsi. Sidang media dah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dan ada cikgu yang tidak tahu kesahihan berita ini. Ada yang telefon KPM tetapi mendapat jawapan mereka juga tidak tahu.
Sidang media tujuannya untuk hebahan kepada orang ramai, bila dirujuk kepada cikgu, cikgu pun tak dapat maklumat awal. Kesian cikgu yang menerima sms/panggilan daripada ibubapa untuk bertanya sedangkan mereka juga tidak tahu betul atau tidak.
sumber : FB
Cerita soalan bocor ni setiap tahun kita dengar, dari zaman saya sampailah zaman anak-anak saya. Kalau dulu cuba dengar-dengar khabar secara tertutup tetapi sekarang ni zaman canggih semua maklumat boleh berkongsi sekelip mata termasuklah soalan peperiksaan.
Biasa kita dengar soalan peperiksaan ada set backup, adakah kesemua set soalan yang disediakan juga bocor?
NOTAKAKIKUJIE : Bab peperiksaan paling serabut tahun ni….. PT3 bulan depan.
Selamat menjawab peperiksaan untuk pelajar tahun 6. Moga lepas ni takda lagi la kertas bocor macam ni. kesiankan budak2 tu
kesian kan dekat budak2 yang amik exam..harap sgt perkara macam ni tak berlaku lagi
bila fikir balik, sapa la yang pi buat kerja x baik macam ni kan
kesian kat anak-anak yang dah bersiap sedia utk peperiksaan tersebut..tapi tak apalah mungkin ada hikmahnya…sabar la ye..
kesian budak…tertekan dorang…baru nak berseronok2…
sekarang ni kalau bocor sket kejap je merebak…kalau dulu ada bocor pun mungkin sempat utk dielakkan drp terus merebak luas…skang wassap ada..fb ada…skelip mata je satu malaysia sudah heboh…
Ini lah yang terjadi bila manusia tidak takut kpd Tuhan. Tiada integriti dan pentingkan diri sendiri walaupun hanya utk kesenangan sementara. Saya agak emosional ttg perkara ini kerana ianya melibatkan anak buat saya 🙂
PT3 ok kot sbb ianya PBS.
Tapi UPSR tu mmg agree tiap2 tahun bocor tp cuma tahun ni kecoh sikit.
Kesian budak2 tu wehh. Baru sekolah rendah sahaja dah berabis ibubapa/pihak sekolah nak dapatkan soalan bocor? Sbb glamaer dan KPI? Hmmm..
science dgn english kan utk repeat 30 sept ni?
tak beban ke kat budak2?
sebab kalau ikut jadual asal, dua subjek tu hari lain-lain..
Terfikir juga pasal set back up tu. Kalau dah disediakan, boleh terus buat je exam. Kesian budak-budak dengan cikgu..
Memang pegawai yang bocor soalan tu tak boleh duduk diam dah. Semua orang cari dia ni. Muhyiddin pun cari jugak 🙂
dah dapat dah 3 org…habislah
Itu la..pelik jugak..takkan tak ada set back up..dan kalau ada set back up, dengan set2 back up tu jugak ke bocor?
dgrnya takde..kenalah ambil iktibar dr kes2 camni..moga KPM akan lebih bersedia lepas ni
Memang susah hati kepada pelajar dan ibubapa apabila perkara seperti ini berlaku.
As Salam,
Sapa la yang tak amanah tu kan? kesian betol pd adik2 kita. sabar jela.
As Salam,
memang kesian kat adik2 yang dah all out study. Last2 kne tggu lg. Selalu cikgu akan bg spot question kan?nmpknya adik2 kne target spot question lain la pulak.
bukan tak tahu.
tapi faham-faham ajelah
benda belum rasmi..tak leh cite lebih-lebih.
Majoriti cikgu memang dah tau rasanya. Cuma tak pasti subjek yang mana satu je.
kesian gak kat cikgu2..cikgu selalu ibarat “lilin membakar diri”
Assalamualaikum,
kesian kan anak2 dan adik2 yang periksa tu…bila dah periksa macam ni, rasa tak sabar je nak habiskan paper, tetiba tertangguh pulak
Salam kak jie,
Dah jaga betul2 pun bocor ? Puncanya ada orang yang amanah .