Akhir bulan Disember tahun lepas, saya ada buat permohonan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) untuk tanam sawit di salah satu kebun yang baru dibeli. Permohonan untuk tanam semula sawit dan tanam baru sawit adalah dua perkara berbeza.
Sebelum ini saya pernah memohon Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK)dan telah pun selesai menanam anak benih kelapa sawit lebih kurang 4 bulan.
Baca pengalaman dan cara permohonan dibuat di sini – Blogger Pekebun Kecil Getah Dan Kelapa Sawit
Hari Khamis bersamaan hari saya beli benih kelapa matag, surat dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB ) pun sampai.
Permohonana Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil telah diluluskan. Melalui skim ini, bayaran insentif penyediaan kawasan dengan kadar RM2500 per hektar layak dipertimbangkan sekiranya penyediaan kawasan dan menanam sawit dapat disiapkan dengan sempurna.
Dari pengalaman memohon Skim Taman Semula sebelum ini, kami perlu bersihkan kebun dan siapkan lubang untuk anak benih sebelum bekalan anak benih akan dihantar oleh pihak MPOB.
MOPB juga sediakan lampiran panduan penyediaan kawasan bagi tanam baru sawit. Ikut saja panduan dan syarat yang dikehendaki seperti membina jalan ladang, membina parit, membina teres jika di kawasan berbukit dan membuat lubang untuk anak benih dalam jarak yang disyorkan.
Selepas dapat berita gembira ni, pergi ambil anak benih kelapa matag dan balik kampung.
Esoknya hari Sabtu, kami anak beranak ( lelaki saje… cik Intan tu tak pergi ) turun ke kebun. Jarak antara rumah dan kebuh adalah lebih kurang 60KM.
Pergi 2 kereta kerana Ford Ranger suami bawa hanya untuk pemandu dan seorang penumpang sahaja. Along dan Angah bawa kereta lain dan terpaksa tinggalkan kereta di luar jalan besar kerana kereta kecil memang tak boleh masuk sampai ke tepi kebun.
Jalan nak masuk kebun tu laluan lori kelapa sawit memang berombak rindu melambung-lambung. Kebetulan kebun yang nak tanam semula tu berdekatan dengan kebun yang dah ditanam kelapa sawit jadi kami anak beranak nak membaja.
Bawa anak-anak pun bukan nak berharap sangat dia orang boleh buat kerja, maklum anak-anak lahir kat bandar. Harap dia orang tahu dan akan datang dia orang menghargai hasil yang diusahkan ibubapa. Biar mereka tengok dan rasa macam mana usaha titik penuh ibubapa sebelum hasil dapat dituai.
Abah sedang tunjukkan cara dan turunkan ilmu kemahiran hidup kepada anak-anaknya.
Pandai tak pandai pun, berpeluh ketiak jugalah anak beranak tu membaja bersama adik ipar saya. Habis baja anak sawit 12 ekar. Malam tu juga suami dan Along balik semula ke Hulu Terengganu, cuti dah habis. Memang padat cuti 3 hari dengan semua kerja yang nak dibuat. Alhamdulillah, semua perancangan berjalan dengan baik.
Gambar ni seminggu selepas raya.. saya dan suami pergi menjenguk saja, tak buat apa-apa pun. Saja tanya khabar dengan anak pokok kelapa sawit yang baru ditanam. Sebelum ini musim kemarau, sebab tu lah kebun dibiarkan semak samun supaya tanah tak terlalu kering
Nampak dah segar bugar tu, hati pun senang.
Setakat inilah saja pengalaman saya bermula dari memohon bantuan skim tanam semula dan skim tanam baru sawit melalui MPOB sehinggalah sekarang. Selepas tanam, MPOB juga akan hantar baja mengikut jadual yang telah ditetapkan.
NOTAKAKIKUJIE : Kehidupan Rakyat Marhaen
nama MPOB ni memang hari2 jumpa… nak buat camne orang rumah keje MPOB… 😉
Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..PAHANG KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2014
wahh best la ada kebun leh tanam kelapa sawit. saya memang suka dengan tanah tapi xda tanah, nak kena pi beli dulu
Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Jom Promosi eBook Panduan Asas Affiliate
alhamdulillah dah lulus…satu projek jangka panjang yg sangat bagus untuk masa depan kita
Jom terjah post menarik dari norehan saad ..GLA COMPLEX SHAKLEE SELAMAT
cantik view kat kebun tu..sejuk mata mandang 🙂
Jom terjah post menarik dari Amir ..Review copy panduan exam penguasa kastam W41
Untung Kak Jie dapat bantuan. Bapa saya mohon ari tu tak dpt. So terpaksa tanam dengan modal sendiri.
kuota kawasan kot. mohon 8 bulan baru dpt jawapan
Alhamdulillah dh lulus.AA punya permohonan tanah x siapa.sangkut kt jbtn sndr
Jom terjah post menarik dari aishah ahmad ..Kewajipan dan Hak ibubapa
Banyak projek akak sekarang ini, berbudi kepada tanah insya-Allah tak rugi.
Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Alif Lam Lam Ha, Mencetak Keresahan Anak Muda
Ada juga memohon tanam semula pokok kelapa sawit tetapi belum ada dengan berita kelulusan.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Makan angin di Colmar Tropicle Bukit Tinggi di Pahang
Satu cerita baru dan pengetahuan baru..walaupun abah usahakan kebun kelapa sawit tapi tak pernah tahu semua ni sebab sedar2 je memang dah ada kebun sawit tu..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Dedahkan Blog Di Mata Pengiklan Dengan Advertorial.MY