Mengapa hanya beberapa blogger yang berjaya? Mengapa tidak semua blogger?
Ada orang cakap, senang saja jadi blogger. Tulis dan tulis. Tetapi kenapa kita boleh nampak dalam komuniti blogger ada yang begitu menonjol dan ada yang tidak. Bagaimana mereka boleh berada dikedudukan tersebut. Apa cara yang mereka lakukan.
Kita teringin nak tahu, kan.
Kebanyakan blogger gagal kerana beberapa sebab.
- Pertama, mereka berfikir bahawa blog adalah cara yang mudah untuk membuat duit dengan cara mudah, tetapi sebenarya ia memerlukan komitmen yang tinggi.
- Kedua, mereka tidak mempunyai apa-apa matlamat yang jelas. Tidak ada semangat untuk menulis dan akhirnya kehilangan minat.
Kenapa saya masih menjadi blogger sehingga ke hari ini? Hampir 7 tahun. Kalau beranak waktu tu, anak dah nak masuk sekolah tahun ni.
Antara sebab utama saya masih aktif berblog adalah kerana saya suka membantu orang jadi saya tidak bosan dengan blog saya. Setiap hari sentiasa ada sesuatu yang baru untuk belajar dan berkongsi. Pembaca yang sentiasa memberi feedback setiap yang saya tulis walaupun hanya perkara remeh menjadi satu semangat untuk terus berkembang.
Untuk menjadi seorang yang bersemangat, jadilah diri sendiri yang bersederhana. Orang sekeliling akan mudah tertarik kepada kita apabila mereka melihat diri kita yang semulajadi bukan terlalu menonjol. Ini adalah apa yang dimaksudkan dengan perkataan “organik”. Hebahan dari mulut ke mulut. Kita tidak perlu menjerit dari puncak gunung.
Ok, sekarang kita kembali fokus kepada topik hari ini.
Mengapa blog tidak berkembang?
- Tidak Berkomuniti
Aktiviti blogging bukanlah aktiviti solo. Seorang blogger mesti keluar dan memperkenalkan jenama diri sebagai seorang blogger. Jika tidak, bagaimana orang lain boleh tahu tentang blog kita?
Melabur masa yang berkualiti untuk berhubung dengan blogger lain. Komen di blog mereka ( maaf , saya pun kurang buat yang ni ) , berbual secara peribadi dengan mereka dalam media sosial seperti Twitter atau Facebook.
- Menulis Semua Perkara
Blog yang tidak mempunyai fokus. Apabila kita menulis tentang setiap topik, kita tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada apa -apa pun.
Jika mahu berjaya dalam bidang yang sesak seperti blogging, pilih niche yang lebih kecil dan fokus secara mendalam. Dengan cara ini kita boleh menjadi seseorang yang sangat berbeza dalam masa yang singkat!
Sebagai contoh, jika mahu membina sebuah blog pemasaran, bukannya menulis tentang semua perkara tentang pemasaran. Kecilkan skop, contoh – pemasaran digital, media sosial atau jualan affiliate.
- Tidak Peduli Tentang SEO
Buat beberapa kajian mengenai apa yang ingin ditulis. Tanpa analisis kata kunci, kita tidak boleh membawa trafik enjin carian untuk sampai ke blog. Ramai yang tak berapa suka ambil tahu mengenai SEO , tetapi ia adalah perkara penting yang boleh menukar momentum blog dengan lebih cepat.
Belajar sekurang-kurangnya asas-asas SEO untuk membawa trafik berkualiti dari enjin carian. Tidak perlu mengoptimumkan kandungan keterlaluana semata-mata untuk SEO , tetapi pastikan kita jangan mengabaikan beberapa cara SEO untuk pengoptimuman enjin carian.
- Target hanya nak update
Kandungan blog perlu menonjol daripada orang lain, kenapa orang perlu membaca blog kita sedangkan tiada apa-apa yang unik dalam kandungan blog?
Ambil masa untuk menerbitkan kandungan baru, buat penyelidikan dengan baik sebelum menulis sesuatu. Jangan sekali-kali menulis tanpa penyelidikan yang betul, yang boleh membawa kepada info yang disampaikan itu tidak lengkap atau tergantung.
- Kekerapan posting yang tidak menentu
Saya tidak akan membincangkan mengenai sama ada blogger perlu menulis setiap hari atau tidak. Apa yang saya cadangkan adalah untuk mengekalkan konsisten menulis blog.
Jika biasa menulis 3 entri seminggu, teruskan
Jika kerap menulis 3 entri sebulan, teruskan secara konsisten.
Bilangan tidak penting, yang penting adalah usaha berterusan secara konsisten.
- Entri tidak mempunyai sentuhan peribadi
Bagaimana pembaca perlu mengenali penulis blog?
Cara terbaik untuk melakukannya adalah: mempunyai gaya penulisan tersendiri. Ia tidak mustahil jika kita mempunyai amalan menulis dan membaca yang baik.
Ia mengambil masa, tetapi ia bernilai sekirannya diamalkan!
- Kurang Motivasi
Sebagai seorang blogger, semua orang memerlukan motivasi yang betul untuk berjaya. Baca wawancara penulis blog yang berjaya, menonton cerita-cerita kejayaan mereka untuk dijadikan motivasi kepada diri sendiri untuk berjaya.
Bandingkan diri dengan diri sendiri. Bukan dengan orang lain.
Eh…. bukan 5 tetapi 6 sebab. Ada bonus Tahun Baru Cina!
Panduan ini hanya untuk blogger yang serius , bukan untuk blogger yang akan cakap “saja suka-suka”. Tiap orangkan berbeza kehendak dan impian. Orang lain nak berjaya, kita kena doakan mereka berjaya.
Nota : entri ini terlalu lama di dalam draft.
salam kenal kak ku jie,,,terima kasih infonya,,sangat bermanfaat bagi saya,,,sudi2 singgah dan be my friends…tq ^_^
Assalamualaikum…
Kak Kujie…terima kasih di atas tips2…saya dapat link aka dari Blog Bin Muhamamad…
saya sangat setuju dengan kak jie
saya blogger br
br berjinak2 nak aktif semula berbloging
mintak kak jie n kawan2 support blog saya….
sharing yg sangat memberi input pada saya…
Terima kasih kak…tips yang sangat berguna bagi saya yang newbies dalam dunia blogger..
terima kasih kak jie…sy ni masih mentah dlm berblog..n bsyukur sgt ade tips2 yg mcm kak jie saran kan…sy akn cuba lakukan nya… 🙂
tq kongsi tips kak kujie… mood beblog tu sebenarnya yang tenggelam timbul hehehe
Nampak macam mudah saja nak buat semua yang kak jie sarankan…tapi bukannya mudah sebenarnya. Semuanya makan masa. Terima kasih berkongsikan tips di atas
Assalamualaikum..kak kujie. Sangat bermanfaat tips yang akak berikan. InsyaAllah, akan cuba dipratikkan.
Betul kata kak jie tu, saya dalam usaha menetapkan niche..
Ini tips yang saya cari saat ini soalnya blog saya bukannyan berkembang malah menurun. Sepertinya faktor utamanya ada di saya yang perlu menjaga konsistensi dalam berblogging
Terima kasih, benar2 membantu lo Kak Jie 🙂
sebab ramai yang tak kreatif dan tak usaha keras. Kena rajin belajar dan sentiasa berusaha selalu tanpa kenal putus asa.
apabila blog kita ada niche tertentu adalah lebih mudah untuk kita fokus dan berikan tumpuan untuk hari-hari mendatang
Pernah jumpa ramai blogger yang suka cakap “saja suka-suka”..
setuju dengan entri kak kujie. tahun nih fyna mula nak fokus kembali dengan blog.
Motivasi diri dalam berblogging memang perlu digalakkan agar tidak moody dalam menjalankan aktivitas blogging sehingga blog bisa berkembang dengan baik
Terima kasih kak jie utk perkongsian ni. Nyata, entri ni ‘masak’ betul…banyak yg dapat saya ambil utk tingkatkan mutu blogging diri…
terima kasih kak jie
Kawan-kawan Blogger sekeliling saya pasti ada terdengar saya bercerita isu ini dalam 2-3 minggu ini … kenapa tak ada Blogger baru yg boleh jadi lebih hebat dari Blogger yg dah biasa kita dengar namanya dalam industri ni.
Boleh dikatakan hari terima mesej broken link untuk blog yang tidak lagi aktif dan wujud.
Betul tu Bro AB. Membuatkan ambe fikir, apakah blog aku jugak akan keluar broken link utk blogger lain satu hari nanti?
Terima kasih dengan perkongsian yang berguna ni kak jie,secara keseluruhannya saya amat bersetuju dengan sebab-sebab tersebut
Tips yang sangat berguna dan berinformasi nih… thanks…
betul tu kak jie..xsalah lagi:)
blog saya sentiasa slim.
slim dari trafik. slim dari komen. slim dari update. slim dari spam.
gittew.
info yang baik untuk panduan semua blogger
wah, tips yang diperam lama dan dikeluarkan pada waktu yang sesuai… walaupun peram lama, namun masih lagi relevan! huhu~
sy pun ada ciri2 blogger yg tak berjaya.. huhu
Saya masih mencari arah. Saya menjadikan penulisan sebagai tempat meredakan tekanan.
Dapat suntikan semangat hari ni… 🙂
Tips dari kak jie akan saya praktikkan sebaik mungkin..saya masih baru..kena banyak belajar..hoho
Terbaik dari sifu..totally agreed ngan kata kak jie…kagum dengan kakjie, sudah ramai yang gulung tikar berhenti berblog, kak jie masih maintain menulis.. Memang living legend dlm arena blogging Malaysia…
Salam Kak Jie,
Dah lama tak dapat tip blogging dari Kak Jie. Sungguh menarik ilmu yang diberi.
Bukan semua blogger mampu mengusai ilmu teknikal blog dengan mendalam tetapi tidak bermakna blog tidak mampu berkembang.
Jelas…dr tips yg diberikan, kualiti/originaliti sesebuah entri disamping konsistensi adalah amat penting. Perlu juga kemesraan dan pergaulan dalam komuniti…jika tidak ianya bukanlah media sosial namanya…
Terima kasih pemberian ‘angpau’ ini. Selamat bercuti di Tahun Baru Cina nanti… 🙂
Jarang berkomunikasi di alam maya seperti fb dan twiiter lagi-lagi bila kita tak kenal, hanya melakukan blogwalking untuk mengetahui perkembangan blogger lain. Anyway, terima kasih di atas perkongsian yang memang cukup berguna.
saya setuju apa yang point Kak Kujie berikan.. memang ada blogger macam itu termasuk diri saya sendiri.. Bermula dengan suka-suka juga, lepas itu datangnya minat.. dan dari minat itu akan explore lebih mendalam lagi dalam bidang yang dia minati, bukan dalam blogging sahaja..
Salam KakJie,
Terima kasih atas tips2 yang dikongsikan.
Sangat bermanfaat untuk saya.