Tarikh : 25/01/2014
Seawal jam 7.30 kami telah bertolak dengan bas dari Hulu Selangor. Kami tu bermaksud saya dan rombongan cik kiah anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor.
Lokasi tujuan adalah keluar dari lebuh raya PLUS di Plaza Tol Pagoh dan ke Nasuha Spices & Herbs Paradise yang terletak lebih kurang 3km dari Plaza Tol Pagoh.
Selepas taklimat dan makan tengahari, aktiviti seterusnya adalah melawat sekitar ladang milik Tuan Haji Nasuha bin Haji Kasian
Dengan bantuan ‘pemandu pelancong’ kami diperkenalkan dengan pelbagai spesis tumbuhan dan herba yang pernah dikenail dan ada juga yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti Pokok Asam Gelugur dan Pokok Kembang Semangkuk.
Melalui deretan pokok kayu putih.
Terus teringat minyak kayu putih yang pernah digunakan sejak 23 tahun lepas. Saya pernah tertumpah hampir setengah botol minyak kayu putih tepat ke atas muka Along sewaktu Along berumur tak sampai setahun.
Malam-malam buta Along merengek-rengek tak sedap badan, saya capai botol minyak, buka penutup dan cuba tuang minyak di tapak tangan. Entah dalam mamai malam, saya tertumpah hampir separuh botol minyak dan melimpah jatuh ke atas muka Along. Sesiapa yang gunakan minyak kayu putih mesti tahu penutup botolnya bukan ada penutup plastik yang boleh ditebuk lubang. Lubang botol terus sebesar ukuran penutup botol.
Sebelum lawatan, kami menikmati menu tengahari – Nasi Briyani Herba bersama sup herba dan 8 jenis teh herba
Esok esok bila lapang sikit saya buatkan entri lengkap ye, malam tadi sampai rumah dah jam 10.45 malam. Pagi ini ada majlis Yassin & Tahlil kat rumah jiran. Rutin hidup mak-mak macam inilah….
Nota : Terima Kasih Kolej Komuniti Hulu Selangor dan Nasuha Herbs Paradise
Saya difahamkan herba botani dari sumber alam dinegara kita amat bernilai dan belum diterokai sepenuhnya.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014
Cukup luas ya ladang herba ini, pasti banyak tumbuhan herba disana
Jom terjah post menarik dari Elly ..Free Download – IDStore Responsive Multi-Purpose Ecommerce WordPress Themes
tak pernah pulak cuba nasi beriani herba lagi , sedap ke kak..??
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Pertama Kali Pergi Kedai Gunting Rambut
teringin nak pi tapi tak kesempatan lagi la…
Jom terjah post menarik dari cik lily putih ..Shopping Di H&M
Pernah rasa beryani herbaal nasuha ni boleh tahan sedap.
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Dari Baitulmuqaddis singgah di Tasik Tiberia dan Ashabul Kahfi
Dah sampai rupanya kakjie kat situ. Saya tinggal kat johor dah 15 tahun belum pernah menjejaki ke sana.
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Berhenti Jadi Penulis Jemputan(Guest Blogging) Kata Matt Cutts
Kebetulan kolej anjurkan program lawatan sambil belajar…jauh juga kami pergi tu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise
saya org muar pun tak sampai lagi kat situ…
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Apa itu algoritma Google
tu biasa tu…. kita biasanya nampak semut di seberang
ha ha ha….
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise
rombongan cik kiah pi pekena nasi briyani nasuha. syok syok.
Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Alkaline – Theme Bateri iOS 7 Di Status Bar
memborong sakan lah kalau rombongan cik kiah
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise
Menikmati menu nasi herba ada kelainan sedikit tp menyelerakan di Ladang Nasuha.Selain itu ada juga kem PLKN juga yg sinonim org panggil kem PLKN Nasuha berdekatan dgn ladang tersebut.
Jom terjah post menarik dari Mohd Azrin Abu Bakar ..Segamat terkena cuaca sejuk?Betulke?
Kami hanya tengok dari jauh saja PLKN tu, tak sempatlah
jauh nak balik ke Hulu Selangor ni. Tapi sempatlah juga ke Muar makan mee bandung
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise
Lawa traktor…dan tentu seronok kalau boleh jalan-jalan bawah pokok kayu putih tu
Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Luahan Perasaan Sebuah Web Server
oh~ Kak Kujie join rombongan rupanya… ingatkan jalan-jalan dengan family… btw, akan tunggu entri lengkap kak Kujie pasal Herba nasuha nanti…
Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
Jangan tunggu sangat…esok esok kalau rajin update lengkap
tapi entah bila…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise
Menarik tempat ni. Ada bayaran masuk ke percuma sahaja?
Jom terjah post menarik dari Fadhil ..Teaser Outing Ke Putrajaya
Ada Tour package – package kami
Welcome drink with 7 types of herbal tea
Herbs & Spices Briefing
A visit to the Herb Garden by tram
A visit to the Garden Herbarium & pond fish
Visit to Herbal sincere Gallery
Lunch with Chicken Herbs Beriyani
Insurance coverage
Visit certificates
RM 28
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise
nasi briyani nampak menyelerakan sekali.
Jom terjah post menarik dari Encik Seminar ..Buku Pelaburan Terbaik untuk anda.
pertama kali makan nasi briyani herba
lain sikit rasa dan bau
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise