Video ini Intan yang buat….ada beberapa maklumat yang ingin dikongsi
Parking kereta di TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ) di BTS ( Bandar Tasik Selatan ) RM 4/ sehari. Kami park 4 hari – RM 16
Naik bas dari TBS ke KLIA2 dengan JETBUS. Harga tambang bas ke KLIA2 – RM 10 seorang dan mengambil masa kira-kira 1 jam. Bas paling awal bertolak pada jam 3 pagi dari TBS dan 4:15 pagi dari KLIA2.
Teksi dari Chiangmai International Airport ke bandar – 150 Baht. Kalau MPV 250 Baht. Kami tambah 50 Baht untuk bawa melawat beberapa tempat menarik sebelum ke hotel.
Beli Simkad di 7-Eleven dengan harga 299 Baht untuk 7 hari dengan 1.59GB. Kami beli 1 je Simkad dan berkongsi internet guna hotspot.
Kami menginap di Kikie’s Guesthouse. ( 1 double room + 1 triple room ) dengan harga 2400 Baht untuk 3 malam.
Sekiranya merancang untuk bercuti ke Chiangmai, pastikan salah satu harinya adalah hari Sabtu kerana malamnya ada Sunday Night Market yang sangat meriah.
Sebenarnya saya agak kurang berkongsi di blog atau sosial media mengenai percutian keluarga. Risau kalau dianggap menunjuk atau pandangan negatif tetapi anak perempuan saya mempunyai satu pandangan positif yang memberi kekuatan untuk saya berkongsi kisah kami. Dia cakap, tulis sajalah mama, supaya ianya menjadi rujukan dan panduan kepada orang lain.…
Buah ni kami jumpa pada hari terakhir di Chiangmai, Thailand. Ada sebiji dalam bakul bersama buah-buah lain yang dijual di gerai kuih depan Masjid Hidayatul Islam Banhaw Halal Street Hilal Town. Nampak macam buah hiasan, buah plastik. Teruja tak pernah jumpa, kami beli juga dengan harga 40 Baht. Penjual tu…
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dijangka dibuka pada 2 MEI 2014. KLIA2 terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Terminal Utama KLIA dibina untuk menampung jumlah penumpang penerbangan tambang murah sama seperti LCCT. Mari tengok gambar-gambar ekslusif KLIA2. Gambar bangunan utama KLIA2. KLIA 2 ada 2 landasan sendiri. Kapalterbang boleh…
Salam perkenalan.. Alhamdulillah, video yang menarik untuk dikongsikan. Chiangmai tentu dalam ingatan.