Percutian

Video Intan Ke Chiangmai

Video ini Intan yang buat….ada beberapa maklumat yang ingin dikongsi

  • Parking kereta di TBS ( Terminal Bersepadu Selatan ) di BTS ( Bandar Tasik Selatan ) RM 4/ sehari. Kami park 4 hari – RM 16
  • Naik bas dari TBS ke KLIA2 dengan JETBUS.  Harga tambang bas ke KLIA2 – RM 10 seorang dan mengambil masa kira-kira 1 jam.  Bas paling awal bertolak pada jam 3 pagi dari TBS dan 4:15 pagi dari KLIA2.
  • Teksi dari Chiangmai International Airport ke bandar –  150 Baht. Kalau MPV 250 Baht.  Kami tambah 50 Baht untuk bawa melawat beberapa tempat menarik sebelum ke hotel.
  • Beli Simkad di 7-Eleven dengan harga 299 Baht untuk 7 hari dengan 1.59GB. Kami beli 1 je Simkad dan berkongsi internet guna hotspot.
  • Kami menginap di Kikie’s Guesthouse. ( 1 double room + 1 triple room ) dengan harga 2400 Baht untuk 3 malam.
  • Sekiranya merancang untuk bercuti ke Chiangmai, pastikan salah satu harinya adalah hari Sabtu kerana malamnya ada Sunday Night Market yang sangat meriah.

54 thoughts on “Video Intan Ke Chiangmai

  1. Lama tak berbw di sini… saja berjalan2 bertanya khabar… seronoknya p jalan2, bilalah ada peluang ni.. menyimpan duit x dapat2,.. cuba plak nak menyimpan cara baru, ins sha allah,,

  2. salam kak jie,
    lamanya x jenguk ke sini..sukanya dgn kak jie yg istiqamah..blog hop tgk ramai yg dh bersawang..kak jie, kak jie msih ada blog bunga rampai? kalau ada bg link, teringt dkt dia

  3. tengok kawan2 ramai jugak yang bercuti ke chiang mai ni..macam best je..insyaAllah nanti nak pergi.

  4. Bestnya..Ada plan juga nak ke sana ni. Terima kasih atas maklumatnya ya kak. Video yang sangat menarik dan kreatif !

  5. Pengalaman mengembara di tempat orang menjadi lebih bermakna bila dapat diabadikan dalam bentuk video. Dengan adanya simpanan dalam bentuk video ini juga akan memberi ilham untuk aktiviti seterusnya. Tahniah!

  6. Senang sekali bisa liburan ke chiangmai, dibuat video dan di share, bisa jadi kenang-kenangan dan juga berbagi pengalaman kepada teman. Thanks..

  7. saya anggap tulisan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi adalah maklumat yang berguna untuk panduan

Comments are closed.