Footnote Pun Awak Nak Copy
Blog Tutorial

Footnote Pun Awak Nak Copy

Ralit sungguh!

Sebenarnya entri ni dah simpan dalam draft lama dah.  Bukan isu hangat semasa, cuma info yang ingin dikongsi dengan kawan².

Saya nak share satu tool untuk check backlink yang diterima oleh blog.

Nama dia blogpulse.com

Masukkan url blog dan klik ‘go’. Search result keluar url blog yang ada backlink kepada url yang kita search tadi.

Kadang² ada backlink yang saya terlepas pandang, contoh seperti entri ini – sweet sangat!

Entri asal di sini Kenapa katak berbunyi malam ini?

Terjumpalah juga beberapa entri yang dicopy paste tak berapa bijak. Saya dah cakap, blog ini ada plugin SEO Smart Link – ada beberapa perkataan berfungsi sebagai internal backlink. Kalau awak copy dan paste , semua internal backlink tu pun awak angkut.

Saya tak marah – nak ambil apa pun, ambillah tetapi kalau boleh jangan terkantoi sendiri, awak yang termalu sendiri. Copy pastelah secara bijak.

Footnote  kisah anak beranak pun nak dicopy tu buat apa…aishhh!

Entri ini bukan isu plagiat tetapi cara nak check backlink yang kita dapat dan secara kebetulan backlink yang saya jumpa adalah internal backlink dari copy paste.

©kujie – apasal asam boi sekarang dah tak masam macam dulu?  Sebab gula dah naik harga ke?  Atau minyak masak kurang bekalan?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

117 thoughts on “Footnote Pun Awak Nak Copy

  1. Kak Long, kalau entri yang berfaedah dikongsi dgn orang lain tu , kita boleh terima

    tapi kalau cerita anak beranak entri entah apa2 tu pun dia nak…pelik sgt 😆

  2. sapa?
    gaya mami jarum

    hehehe…………….dan biasanya dia org berbangga tunjukkan trafik ribu riban…bangga atas kejayaan copy entri org 😆

  3. tak tak……………… tak pernah nak panggil dia pencuri
    tak kisah pun nak copy ape
    cuma, kalau copy tu hati2
    kena ada ilmu mengopi
    jgn jadi teh

    hahaha 😆

  4. senang je nak faham
    klik link yg dibagi tu
    masuk sana, letak url blog sendiri, klik go
    baru lah faham…kena buat praktikel baru senang 😆

  5. tak edit komen
    kecuali kalau dia org letak link kat ruangan komen
    kalau entri apa2 tu, delete terus
    kalau entri bagus, letak link pun kak jie publish juga

  6. kak jie jarang kisah, cuma tadi check backlink terjumpa kes special tu, rasa kelakar sbb cerita anak beranak pun dia suka :mrgreen:

  7. huh…arif, setting google alert pasal diri sendiri pun best juga
    selalu dpt alert apa2 ttg keyword diri sendiri..haha
    jahat..intai org mengata kita 😆

  8. bukan nak mengalakan, tapi sesiapa yang suka copy paste tu, ada plugin wordpress untuk remove semua link dari post.. nak buat benda tak elok pun kena ada caranya.. :mrgreen:

  9. umm….nak copy paste jugakla..entry mana ye yang mahu saya cilok di blog kak jie ni?hik3..just kidding…thanks for sharing it..

  10. Salam Kak Jie,
    Agaknya, sbb catatan tu sweet sangat sampai terliur nak letakkan dlm blog. Apapun mmg tak patut la buat menu kopi pasta cam tu… dibuatnya org tak redha, camne…

  11. salam singgah sini..

    ish.. dasyat.. sampai camtu skali…

    moga2 sy tak terlibat dgn kegiatan bgini.. huhuhu..

  12. asam boi.. apa dia ya..kerana ingin tahu, maka saya mencari gambar dan definasi asam boi melalui GM (Google Malaysia). First time dengar. Owh, saya sabahan.

  13. Blog saya baru sebulan! Baru bukak masa 9 Disember 2010, hari ni baru masuk sebulan..kebetulan masa Anugerah Juara Lagu 25.

  14. blogspot canggih juga, untuk beginners belajar bolehla tapi untuk kawalan penuh pada content, better beralih pada WordPress.

  15. dia takut ketahuan..tapi cemana pula dengan blog Berita-Harian-Online.com tu, dia copy habis artikel Kosmo, tak kena ambik tindakan pun..

  16. dia malas nak tulis entri sendiri barangkali..biasanya orang sebegitu cuma mahu senang, tak ada usaha sendiri.

  17. lepas cek baru tahu ada org bagi backlink. sebelum ni mmg tak perasan.hehe..

    tapi saya baru tukar ke hasrolnizam.com. dulu serol-nizam.blogspot. kalau letak url baru, mmg tak jumpa backlink. kena letak yg blogspot punya url baru keluar byk2.. pelik2

Comments are closed.