Footnote Pun Awak Nak Copy
Blog Tutorial

Footnote Pun Awak Nak Copy

Ralit sungguh!

Sebenarnya entri ni dah simpan dalam draft lama dah.  Bukan isu hangat semasa, cuma info yang ingin dikongsi dengan kawan².

Saya nak share satu tool untuk check backlink yang diterima oleh blog.

Nama dia blogpulse.com

Masukkan url blog dan klik ‘go’. Search result keluar url blog yang ada backlink kepada url yang kita search tadi.

Kadang² ada backlink yang saya terlepas pandang, contoh seperti entri ini – sweet sangat!

Entri asal di sini Kenapa katak berbunyi malam ini?

Terjumpalah juga beberapa entri yang dicopy paste tak berapa bijak. Saya dah cakap, blog ini ada plugin SEO Smart Link – ada beberapa perkataan berfungsi sebagai internal backlink. Kalau awak copy dan paste , semua internal backlink tu pun awak angkut.

Saya tak marah – nak ambil apa pun, ambillah tetapi kalau boleh jangan terkantoi sendiri, awak yang termalu sendiri. Copy pastelah secara bijak.

Footnote  kisah anak beranak pun nak dicopy tu buat apa…aishhh!

Entri ini bukan isu plagiat tetapi cara nak check backlink yang kita dapat dan secara kebetulan backlink yang saya jumpa adalah internal backlink dari copy paste.

©kujie – apasal asam boi sekarang dah tak masam macam dulu?  Sebab gula dah naik harga ke?  Atau minyak masak kurang bekalan?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

117 thoughts on “Footnote Pun Awak Nak Copy

  1. saya berlambak orang copy gambar, geram pun ada….nak save pun malas, nanti kalau ada masa sy nak delete je gambar tu then tukar url dia,hhefe

  2. Terima kasih kak jie kerana sudi berkongsi..Blog baru 3 bulan.,jadi backlink tak banyak lagi..hehe

    p/s:tapi pelik la,apa kena mengena asam boi tak masam dengan gula dan minyak..heee

  3. Kalau pun nak copy paste perlu :

    1. Bagi backlink semula kpd penulis.
    2. Jangan copy n paste terus ke blog. Copy n paste ke note dulu kemudian copy n paste ke blog baru lah rahsia tersimpan tapi buat benda tak betul mesti suatu hari kantoi punya lah.

  4. betul tu, akubiomed. Asam boi sekarang semuanya masin, tak sedap macam dulu… :mrgreen: lari tajuk kejap, kak jie…

  5. Blog orang popular mestilah ramai yang nak menumpang nama. Kadang-kala blog kita yang tak ada nama pun orang nak copy paste, mungkin agaknya dia tahu tak ada orang nak perasan pun. Pernah terjumpa blog yang tiru semua entri tanpa ubah satu perkataan pun. Lepas tegur pada komen, blog pun dipadam sekali.
    p/s Asam boi dengan air kedondong pun sedap!

  6. semalam ade sorg kawan blogger ngadu entry kene plagiat jugak…tp kan belalang terperasan ade sorg hamba Allah d gengblogger nih suka copy entry2 org lain…x salah semua entry yg ‘popular arini’ semua dia copy…

  7. Oh kak, rupanya akak pakai plugin SEO Smartlink..saya ada pakai tp xtahu fungsinya..rupanya bila org copy, dia boleh backlink balik yer?

  8. entri kak jie sgt menarik … kalau tpinky, tak sanggup nak copy hasil kerja org lain.. 🙂

  9. Tetiba ada yang kantoi plagiat abes seluruh artikel tanpa sebarang rasa bersalah, sampai url2 dalam artikel yang link ke blog asal pun dorang tak ubah, nak kena ajar kot camner nak plagiat cara yang lebih bijak (supaya tak kantoi bulat2) hehehe

  10. Sebab dia rasa dengan copy cerita menarik dari blog kak jie, akan dapat naikkan taraf blog dia sama ngan kak jie, tuh yang kisah anak beranak pun dia angkut sama 😀

  11. hehe… kira die hard fan la tu… 🙂

    copy-copy jugak… tp kena bijak la… 🙂

  12. haha..dia tak baca ka tutorial sebelum ingin menjadi penulis blog? nak copy paste boleh tapi kena la letakkan link asal daripada page yang dicopy paste tuh..haiyoo..ini olang otak suda karat tatiaw nak taip entry sendiri ka..??

    belogapasajajadi.blogspot.com

  13. entahnya..maza tak pernah check semua backlink ni..
    lagipun maza kurang arif dan tak ambil tahu.. heheh

    apa2 hal pun terima kasih dgn info berguna ini..
    dan harap2 maza juga tak terkantol mencuri dri kujie.. err ada ke maza cinuk kujie punya ek? hmmm!?

  14. ngohohoho.. kantoi.. hehe, cambest gak plugin yang buat internal linking tue.. hehe

  15. Saya mengaku saya memang tak berapa faham entri ini, tapi saya suka nak belajar.

    Dan saya pun risau kot kot saya TERcopy orang lain punya. Adehhhh

  16. ya ampun!!!! baru lepas cek..entri dengan gambar siap dia copy sekali..walaupun ada credit..tapi tang gambar yang tak menahan tu…aisshhhhhhhh…

  17. baru tau fungsi sebenar plugin ni..anchor text pun tepat. Habis semua kak jie siasat..entah2 edit komen sebelum publish ni pun boleh tau.

  18. itulah bila tak cerdik…main copy paste je…org berblog kita nak berblog tapi kita…………

    sila sambung ayat diatas

  19. Salam,
    Terima kasih kak Jie sebab share website untuk check backlink. Tadi Ikhwan, try search URL blog Ikhwan. Rupa-rupanya ada juga yang curi gambar tanpa reupload dari entri Ikhwan. Memang pencuri bandwidth betul 😐

  20. mcm2 jenis blogger ade skang ni.. yg jenis suka copy entri peribadi blogger lain ade la beberapa kali jumpa.. motif tu xpasti la.. cuma dia tukar nama jer..

  21. dah berpuluh kali kak jie cakap… nak ambil apa pun , tak bagi kredit pun tak apa..cuma bila dah kak jie terjumpa yang ada internal backlink…. kak jie mulalah menjejak

    kalau tidak…tak teringin pun nak tau sapa ambil. 😆

  22. ish ish tak beretika sungguh kan siapa yang copy paste tu.. inilah risikonya jadi seorang blogger

Comments are closed.