Hari Sabtu – walau tak bekerja, masih seronok untuk luangkan masa mengemas rumah lebih dari hari biasa. Mungkin sebab hari² biasa pun saya sibuk macam budak tadika, kelas dari 9-11 pagi.
Semua surat cinta yang dikumpul tiap bukan dibuka, ditebung lubang untuk difailkan. Susun sana susun ini macam kerana kat pejabat saya mula terfikir – bila kali terakhir mendapat surat peribadi.
Kehadapan kekandaku yang dirindui dan diingati selalu. Adinda kirimkan warkah ini tanda ingatan semoga kekanda yang jauh di sana sentiasa sejahtera di rahmati Allah hendaknya….
Tiap bulan terdapat beberapa surat rindu di dalam kotak surat
- 3 surat cinta dari bank ( akaun semasa ) – Eon Bank, RHB Bank,Maybank
- 2 surat cinta penyata kad kredit – Bank Islam dan Hong Leong Bank
- Celcom, Tm , Astro , Tenaga Nasional dan Syabas
- KWSP
- 6 bulan sekali surat cukai dari Majlis Daerah
- Kalau terlewat bayar hutang rumah dapatlah surat dari Citibank, Maybank & Bank Muamalat
- Beberapa surat tahunan seperti insuran kereta, rumah , public mutual, ASB & ASN.
Semua surat berkisah dengan duit! Materialistik sungguh!
Semua surat bercetak komputer – susah nak jumpa surat bertulisan tangan. Dah hilang seni tulisan tangan. Surat terakhir yang saya tulis dan terima rasanya sudah melebihi 20 tahun dulu.
Macam mana nak dapat surat kalau kita sendiri pun tak menulis, kan? Lagi pun tak perlu menulis surat kalau ada teknologi lagi pantas dan mudah. Nak tahu apa² perkembangan kawan², belayar dalam talian jengok saja facebook atau blog masing².
©kujie – Intan ajak pergi kedai gambar, nak cuci gambar. Kawan-kawan di sekolah masing² bertukar gambar untuk kenangan. Semua gambar dalam komputer.
dah berbelas tahun semenjak dah akad nikah tak pernah lagi dapat surat peribadi…heeeee
wahh boleh tahan juga koleksi bil kak jie
saya pun banyak juga bil macam ni,sekali bayar ada la sampai RM300
kehadapan yg diingati…..
errkkk dlm Bahasa Malaysia ada surat tak rasmi lagi tak a?
kepada kekanda yang dirindui, bil untuk kekanda bulan ini berjumlah RM sekian sekian…tak perlu balas surat ni kekanda, cukuplah sekadar membalasnya dengan RM sekian-sekian sebagai tanda kekanda juga merindui dinda… 😆
pernah tullis surat cintan cintun…taruk bedak nak bagi wangi… 😳
hoho…byk gila…dah macam opis plak umah kak jie yerk…:P
Sebut pasal surat tulisan tangan,terkenang masa Form 1 belajar bahasa Jepun.Tugasan masa cuti:Hantar poskad kepada seberapa banyak kawan sekelas dalam bahasa Melayu tetapi guna tulisan Hiragana dan balas poskad yang diterima 🙄
Dulu lain, sekarang lain. Dulu bujang sekarang dah beranak pinak…hahaha…jangan marah kak, nanti cepat tua…
Kak long masih selalu dapat surat peribadi dari pelajar yang bertanya khabar, tapi melalui email ajelah. Nak jumpa yang bertulisan tangan tu, rasanya dah lama tak dapat. Dalam kes Kujie, kalau sekarang ni Kujie tulis surat cinta bertulisan tangan, tentu cerita tu dah basi bila sampai ke Algeria sebab tak sempat pergi pejabat pos dah boleh buat bersua muka dalam internet. 😛
Surat tulisan tangan, bertahun gak tak dapat, dan skangni, kalau tulis surat pun guna komputer gak, kalau nak nampak informal sket, tukar font yang pepelik sket. 😀 nak menulis pun kekadang kekok, stakat tandatangan jer lancar… huhuhu
ha….ada tak surat penyata gaji bulanan.
semua gambar dalam komputer sebab gunakan kamera digital kan,
em minggu lepas baru dpt surat dari TM tu je, kredit kad dan yang lain2 semua tak guna, debit kad ada la
Yang terakhir aku dapat ialah surat notis daripada sebuah bank suruh setelkan kad creadit….
Ps : sejak bila aku pakai kad creadit NI ???
file keras kat rumah macam office… 😆
Dah… Kak Jie bayar online. Mesti bayar dgn cepat, kalau tidak kesian majlis daerah kami dapat penyapu lagi…. 😆
Kak Jie sudah lunas cukai hasil Majlis Daerah Hulu Selangor perasan tak tarikh bayaran berakhir yang akan berakhir hujung bulan Feb?
hoho.. byknya bil.. 😳
hehe…banyak koleksi surat nampak kak jie…
pssstt…kak jie ade entry saya buat utk kak jie.. 🙂
Salam kak Jie…
Zaman dah berubah…kena ikut peredaran masa..
dah lama tak print gambar.. semua terperap dalam komputer…heh