Footnote Pun Awak Nak Copy
Blog Tutorial

Footnote Pun Awak Nak Copy

Ralit sungguh!

Sebenarnya entri ni dah simpan dalam draft lama dah.  Bukan isu hangat semasa, cuma info yang ingin dikongsi dengan kawan².

Saya nak share satu tool untuk check backlink yang diterima oleh blog.

Nama dia blogpulse.com

Masukkan url blog dan klik ‘go’. Search result keluar url blog yang ada backlink kepada url yang kita search tadi.

Kadang² ada backlink yang saya terlepas pandang, contoh seperti entri ini – sweet sangat!

Entri asal di sini Kenapa katak berbunyi malam ini?

Terjumpalah juga beberapa entri yang dicopy paste tak berapa bijak. Saya dah cakap, blog ini ada plugin SEO Smart Link – ada beberapa perkataan berfungsi sebagai internal backlink. Kalau awak copy dan paste , semua internal backlink tu pun awak angkut.

Saya tak marah – nak ambil apa pun, ambillah tetapi kalau boleh jangan terkantoi sendiri, awak yang termalu sendiri. Copy pastelah secara bijak.

Footnote  kisah anak beranak pun nak dicopy tu buat apa…aishhh!

Entri ini bukan isu plagiat tetapi cara nak check backlink yang kita dapat dan secara kebetulan backlink yang saya jumpa adalah internal backlink dari copy paste.

©kujie – apasal asam boi sekarang dah tak masam macam dulu?  Sebab gula dah naik harga ke?  Atau minyak masak kurang bekalan?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

117 thoughts on “Footnote Pun Awak Nak Copy

  1. blogspot tu platform je
    yg penting individu tu sendiri

    plugin mmg best – ada mcm2
    sampai tatau nak pilih kadang2 tu
    takut lebih sgt , loading time berjanggut 😆

Comments are closed.