Ini adalah earning Nuffnang dari 14 September 2008 hingga 03 November 2010 . Tempohnya 2 tahun 1 bulan 18 hari atau 780 hari dengan jumlah earning yang di cashout RM 110.85 ( + seringgit kos penghantaran cek )
Earning dari blog kajian ini bukan kujie2.com tetapi blog lain yang saya juga Administratornya. Ada blogger yang tahu, ada yang tidak tahu , jadi tak perlulah saya sebutkan blog mana.
Blog tersebut tak pernah dapat Buffered Earnings dan jauh sekali nak bertukar menjadiiiiiiiiiiiii raksakse…. Metered Earnings.
Semua jenis iklan ada tetapi selalu hanya keluar logo Nuffnang saja. Sebagai seorang blogger yang mengenal dan berdaftar dengan Nuffnang sejak awal kemunculannya tahun 2007, sudah tentu tertanya-tanya juga di dalam hati, kenapa mengapa dan bagaimana.
Visitor? Trafik ? Mari kita tengok lalulintas di blog tersebut. Sesak seperti Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ke atau macam Jalan Hantu Mak Limah di Baling Kedah. ( tak de jalan ni kat sana…tak payah google maps)
30254 ( Tiga Puluh Ribu Dua Ratus Lima Puluh Empat Sahaja ) untuk minggu ini yang cuma diupdate 2 kali BUKAN 20 kali adakah tidak mencukupi?
Apa yang tak kena?
Jawapan standard ” tak menepati kehendak pengiklan”
Kalau itu jawapannya – trafik yang melimpah ruah bukanlah syarat untuk mendapatkan BE. Tips yang selalu blogger canang²kan itu dibuktikan SALAH!
Trafik bukanlah syarat utama.
Update survey segala tu adalah asas yang semua blogger perlu tahu pun telah dikemaskini.
Blog tersebut walaupun mempunyai trafik yang tinggi dan pengomen yang aktif tetap tidak MEMENUHI SYARAT untuk mendapatkan BE.
Ada syarat tersembunyi yang ramai blogger ( ada juga beberapa blogger dah celik mata bab ni ) tidak nampak.
Syarat tersembunyi – tulis mengenai Nuffnang dan bagi dia backlink. Itu yang tidak pernah blog tersebut buat.
Backlink………backlink……….backlink.
Iklan adalah perniagaan – backlink juga berada dalam kontek perniagaan online. Tahukah anda, backlink boleh dijual beli? Berapa harganya ? RM 0.25?
Contoh yang paling mudah dan asas- jika anda menulis Advertorial ( post berbayar ), anda perlu meletakkan backlink kepada pembayar post tersebut. Itulah jual beli backlink .
Kenapa tak buat backlink?
Konsep mudahnya – blog kita milik kita, pengiklan hanya MENYEWA RUANG. Code berat gedabak yang diletakkan di blog kita telah memakan banyak masa loading yang menjejaskan blog kita. Harga yang perlu dibayar sepatutnya setimpal dengan kedudukan blog tersebut.
Betul ke blog tu hebat sangat sampai nak claim BE dengan Nuffnang? Layak ke blog tersebut?
Selepas Cash Out earning pertama untuk tempoh 780 hari dengan nilai RM 110.85 , blog tersebut telah memasang iklan dari Innity.
Mari kita lihat pencapaiannya.
Tengok hasilnya – 15 hari ( 03 Novembar 2010 – 18 November 2010) – RM 555.86 . Tak sampai 15 hari sebenarnya kerana :
* 03/12 pasang iklan dah malam
*18/12 hari ini belum berakhir
* Innity akan update earning 3 kali sehari bukan seminggu sekali.
Nampak perbezaan yang SANGAT KETARA. Kalau rekod blog tersebut terlalu buruk , perbezaannya mungkin dalam julat yang kecil. Berganda² bezanya sampai tuan blog susah hati. “Culture Shock ” selepas 2 tahun dibuai² dengan tips dan tutorial mengenai Nuffnang tetapi realitinya sangat berbeza.
Entri ini dengan bukti – bukan cakap kosong. Saya cuma mahu blogger buka mata dan berfikir kerana saya tak suka menulis apa yang sebenarnya ‘ada dalam hati’ sendiri. Saya tidak mahu mempengaruhi pembacaan anda dengan teori dan pendapat saya.
Kalau ikutkan apa yang ada dalam fikiran saya, banyak yang hendak ditulis tetapi saya tidak mahu menyakitkan pihak lain.
Penulis² tips sila baca dan faham entri ini – kaji semula dan ubah suai tips yang sering anda sogokkan kepada blogger baru yang sering dahagakan ilmu. Ada satu tips PENTING yang sering dilupakan. Jangan tulis tentang trafik – saya telah membuktikan teori trafik banyak dapat banyak itu salah!
Saya tak share tips tersebut secara terbuka ( kerana saya tahu itu syarat tersembunyi yang cuba dinafikan ) tetapi beberapa kali saya membalas email blogger yang bertanya soalan tersebut.
Ramai yang tak suka pendedahan ini kerana ianya pahit. Saya minta maaf walaupun tiada kesalahan pun dalam bukti yang saya paparkan.
Nota : Post ini untuk blogger yang sering bertanya dan mahu ambil tahu mengenai Nuffnang, kalau komen anda ” aku tak kisah…. saja-saja letak Nuffnang…. “ post ini BUKAN untuk anda.
fuh panjang lebar robb komen, okies faham 😆
Hi saudari Kujie,
Nampaknya Kujie telah membuat kesimpulan awal tentang bagaimana pengiklan memilih blog untuk iklan CPM.
Seperti apa yang dikongsi kepada semua blogger Nuffnang, pengiklanlah yang diberi kuasa memilih blog yang sesuai bagi kempen iklan mereka dan Nuffnang tidak terlibat sama sekali dalam pemilihan ini. Pemilihan blog dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang mereka pentingkan seperti;
1) Kedudukan iklan yang optima
2) Kesesuaian isi kandungan blog dengan kempen
3) Status Glitterati
4) Demografik pembaca yang jelas (survey yang diisi dgn betul)
5) Jumlah kempen yang pernah dipaparkan dlm blog tersebut
Pihak kami telah membuat siasatan tentang blog yg Kujie nyatakan dlm artikel ini dan mendapati bahawa blog tersebut kurang diminati para pengiklan kami kerana isi kandungannya yang berunsur politik (dan juga ditanda oleh saudari Kujie sendiri sebagai kategori Politik/Sosial dalam survey yang dijawab).
Andaian saudari tentang backlink tidak benar sekali. Blogger-blogger Nuffnang kini mencecah ratusan ribu dan pengiklan kami tetap beriklan di semua blog yang mematuhi kriteria yang mereka carikan tidak kira dari mana-mana negeri. Malahan, manalah mereka tahu blogger mana yang backlink kepada Nuffnang.
Kami dari Nuffnang sentiasa berkongsi maklumat secara terbuka tetapi malangnya, bukan setiap individu mempunyai inisiatif untuk mencari dari laman kami mahupun bertulis kepada kami. Kami memohon kepada semua blogger Nuffnang supaya jangan malu untuk bertanya kepada pihak Nuffnang melalui helpdesk kami di http://www.nuffnang.com.my/help jika anda ada sebarang pertanyaan. Ini penting untuk tidak mengelirukan blogger-blogger baru dengan tanggapan bagaimana Nuffnang berfungsi.
thanx kak jie! br tau akan pjlnn ckit demi ckit bnd tu. cz im newbie. byk da bc blog yg tekankn trafik. at least, bila kak jie da reveal mcm ni, bdk2 len akan fhm dn xtpengaruh an mklumat yg krg tepat. nice jobe sis! 🙂
ada terbaca kat blog mane ntah,tak ingat.. kalau nak guna innity kena trafik tinggi sebab innity ni cam special sket.. bese blog yang gempak2 je pakai innity.. betul ke camtu?
Satu pengkongsian yang baik. Sekarang baru Ikhwan tahu bagaimana nak mendapat BE yang sering disebut2 boleh blogger2 lain. Sebenarnya susah nak dapat BE ni. Ikhwan ada dua blog. Satu personal satu komersial. Blog komersial tidak pernah dapat BE walaupun dah setahun register dengan Nuffnang. Blog personal pula baru dua hari lepas register. Nak tengok macam mana perjalanannya. Btw, entry ni membuka mata Ikhwan. Thanks.
92.76% dari Malaysia , UK – 1.86% , Singapura – 1.3% . Us & Brunei – 1.11%
kalau cakap saja mmglah, sebab ramai pun yang buat tips dan tutorial tentang nuffnang ni cuma dikitar semua apa yang blogger lain cakap – disebarkan tanpa kajian
tapi cuba letak bukti dan berbandingan
tak payah tulis panjang2…suruh dia org fikir dari fakta yang diberikan
taip backlink dlm kotak ‘search’ kat blog kak jie
baca dah banyak sgt penerangan kak jie tentang apa itu backlink
entri ini hanya skop pada topik
trafik banyak dapat banyak – itu saja
ada beberapa topik lain perlu dibincangkan dalam skop topik tersebut.
sebab topik ini saja yang kak jie ada bukti yang boleh dibuat perbandingan, yang lain tak ada, jadi kak jie tak suntuh topik lain
kat atas kanan blog ada kotak ‘search’
taip SEO
ada banyak entri lain tentang SEO, baca
kalau tak faham , tanya kak jie apa yang tak faham
kalau nak cerita secara umum… 44 hari pun tak habis
salan kak…mohon share ye kak kujie:))
hehehehehe 💡
hahahahahaha… nice said…
Salam kak jie,saya masih tak faham.dalam hal ni program mana yang terbaik.Nuffnang atau innity?
mekasih untuk info
kalau cam SEO camne ?
boleh kongsi tak?
Salam….Thanks Kak Kujie atas n3 ini… benda ni I dah perasan lama..(berkenaan dgn traffic tak menentukan blog dpt BE) bilamana ada blogger2 popular yg mengeluh tak dpt BE sdgkan traffice ribu2 satu hari.
Kalau nak katakan backlink, I musykil jugak sebab…( I pun setuju dgn MIJIE)… kwn saya tak pernah pun menulis ttg Nuff di blog beliau..tapi selalu dpt BE.. Mcm mana tu ya? Adakah Nuff pilih org2 yg ada problem kewangan ke, yg selalu cakap merendah diri? IOI……Musykil I dibuatnya.
Ataupun kdg dlm fikiran I ni berkata2…adakah budget pengiklan rendah… jadi dia pilih org yg traffic rendah supaya mampu bayar… Klu traffice tinggi karang… susah la plak jadinya (phm2 sendiri la kan?).
Mohon share perkara ni di blog saya.. nanti saya backlink pd blog Kak Jie. Thanks so much & salam kenal dr saya.
Kak Jie, terima kasih kerana pecahkan rahsia~ huhu~
tetiba nak like comment Kak ina 😀
bila baca memang betul apa yang kakjie cakap, trafik bukanlah faktor untuk dptkan income dan juga BE dari nuffnang,
blog sy yang lain kurang trafik pun masih dpt BE
lepas tu kalau nak ckp pasal backlink sy masih lagi terfikir sbb 2 blog sy tu tak pernah tulis pasal nuffnang ataupun backlink untuk nuffnang tapi masih lagi dpt BE, setiap minggu ada je dalam 3,4 BE yg dia kasi
banyak benda yg perlu dilihat dan dikaji, tetapi apa2 pun sy teringat ckp azmanishak, nuffnang dan apa2pun iklan, untuk nampak blog cantik je
for me, dapat hasil pun ok tak dapat pun tak kisah…sbb memang tak kisah pun, cuba cari income dari sudut yang lain
p/s: sy hanya sekali je dalam blog sy buat entri pasal nuffnang tu
thanks for the entry
sy baru ja buat blog 2 minggu..boleh bg tau saya cara yg betol untuk dapatkan BE tu?
huhuhu..aried ade tulis sal nuffnang ni dan pihak nffnang sndiri yang tolong sbab ade pe2 aried tnye direct.. mmg diorang xpernah ckap sal ni pun kak jie… insyaAllah nanti aried akan up skit sal isu ni… nakkena ubah @ tmbah sal ni.. mmg sesuatu yg mnjadi persoalan mb dah terjawab… pe pu, mungkin kah ada lagi rahsianya?
p/s: alhamdulillah earning kak jie mmg mrah ngan innity…
waaaaa… banyak tu Kak Jie… tapi nak gak tahu… back link tu apa benda? camana rupa dia? kat mana nak letak. Apa salahnya kalau boleh dapat duit cam tu kan… 😉
pendedahan ekslusif oleh kak jie..ni 1st time bca yg lain dri yg lain..
nak tnya kak,”bgi dia backlink” 2 cmna mksudnya?xphamla kak..backlink kemana?spa yg nk bcklink?haish..poning ni ha…
tpi bab innity 2 xmmpula nk psang..pgeview brapa la sgt..xsmpai 100pon shari..syrat 1st pon dah xlpas.
hu.. rasa macam nak pasang innity balik.. hehehe..
Terimakasih Kujie jelita…hilang segala kehairanan..he he
wah, memang inilah eksperimen paling terbaik! salute2!
wah..dapat tipsbaru dari kak jie…menarik ni…memang teori konspirasi ni..hehe.lain dari yg lain..sokong kak jie..^_^
traffic banyak tak berguna kalau itu bukan traffic dari malaysia 🙂
kak kuie…tima kasih banyak2 kongsikan perkara nih…DeQdEq mmg msh baru dan x tau byk lg psl nuffnang nih….tp apa yg DeQdEq dpt simpulkan kat sini, trafik bukanlah segala-galanya kan…mohon nak share entry ni yer kak kujie…
Kak Jie memang berani menbuat pendedahan senjata ampung mengenai BE Nuffnang rasanya tak ramai luar seberani kak Jie. Saya pn buta juga didalam celik terima kasih kerana pendedahan berani ini
rekod aku dgn Nuffnang…memula guna 3 Ogos 2008. Earning sekarang ada RM24.05. Haa..rekod aku lagi lama. Tapi, bila aku terminate Nuffnang di blog utama aku kan… buh Innity, sekejap je nak draw 2 hari sekali pun boleh. Nuffnang bagi aku la, scammer licik.
Thanks for sharing Kak Jie. Aku lama dah nak tulis pasal benda ni, tapi bila aku komen kat blog2 orang yang taksub dgn Nuffnang ni, dia org tak setuju.
wow! memang kewl
saya pun tak pernah terfikir sebelum ni
semua benda kalau nak ada udang disebalik batu
ingat cikai je ke nak bagi macam tu
tapi BE setakat ada dalam blog, alhamdulillah…
traffik bukan penentu segalanya~
SAlam kak..nice sharing.. betol2 teruja baca.. cmne nk buat innity tuh?? haishh..
akak nakshare link kat blog..=)
Salam Jie…oooo baru akak tau…tp x berapa faham jgk nak buat…so boleh join Innity ke eh? Hahaha…selama ni ingatkan entry kencang duit kencang…dulu penah dpt BE, now ntah dah hilang ke mana, x tau di mana silapnya..huhuu…Btw, thanks Jie ats info yg tak pernah tau dan tak pernah sangka nih..muaaahhh!
Thank Jie…
Mungkin apa yang jkau tulis ni akan mencetuskan kontraversi, tapi sebenarnya kau dan selamat banyak nyawa yang tak berdosa macam aku 😀
Ps : aku mati mati ingatkan UV faktor utama Nuf…
tq…kak…tp sy xbrape phm sgt..ha3x..bnyk lg sy kna belajar…t rerajin singgah blog sy..n komen pe yg perlu sy baiki…tq
Terima kasih sebab kongsi info yang sangat berguna. Tu lah, kadang-kadang pelik juga dengan teori-teori nuffnang punya BE. Masing-masing ada teori sendiri macam mana nak dapat BE. Bila tak dapat BE mulalah, bising kata Nuffnang tak adillah itulah, inilah. Banyak sangat komplain.
Blogger kan di beri pilihan nak pilih syarikat iklan yang mana yang boleh memenuhi kehedak mereka. Jadi, pilihlah yang terbaik dan jangan banyak sangat komplain. Kalau dapat lebih tu rezeki. Yang penting bersyukur..
thanks kak. sy pun xbuat tutorial pasal traffic ni. sbb sy pun kurang mahir pasal nuffnang ngan google ads. tutorial blogging saja sy buat. bleh mintak izin kongsi article ni x kak?
Traffik? Nak menitik air mata saya. BE? Berjuraian air mata macam hujan. Innity? Mengalirlah air mata darah
actually backlink tu ape ek?..dah baca kat atas tapi tak paham
hehehe..terbaik kak jie!! tak rmai yg berani dedahkn gini..takut kena tarik blk BE kot..tp pendedahn ginilah yg buat blogger bukak mata..teruskn pendedahn eksklusif kak jie!:-)
nice info..thanx k..bnyk aku bca kt blog laen2 smua tls nak dpt BE traffic kna tggi..skrg bru arr tau..
setuju dengan kak jie sebab dulu pernah buat kat blog lama. satu je la artikelnya pasal nuffnang dulu lepas tuh terus iklan menari-nari dalam blog earning terus naik. pelik jugak. time tuh mana tau, so skrg dh fhm. thanks sharing kak jie.
saya rase pening bile bace istilah2 yang tak pernah saya tahu..
tu dia.. mak long dah marah.. hehe.. terbaiklah kakjie..
memang dari dulu tak suka kesengalan nuff nie.. tapi bila cakap nanti ada je yang melenting.. “alah, dia yang tak pandai” “bla bla bla bla”
pun buat macam kak jie.. sedang bereksperimentasi dengan blog lain untuk mengaplikasikan medium mana yang terbaik.. dan kak jie dah membuktikan satu..
jom pekena laksa..
*selalu jugak jenguk blog nie, singgah baca je tak sempat nak mengomen.. huhu..
sebab tu dari dulu tak berani nak buat tips mendapat BE dari nuffnang..nice sharing..
btw, suka ayat yang last tu..
“Post ini untuk blogger yang sering bertanya dan mahu ambil tahu mengenai Nuffnang, kalau komen anda ” aku tak kisah…. saja-saja letak Nuffnang…. “ post ini BUKAN untuk anda.” =)
huyoo..banyak earning dari innity.. tapi innity ikut traffik la ek ??
dulu ada gak butang like tu
tapi skrg entah mana hilang..
segan nak letak…. nnt org ‘like’ entri peribadi kisah anak2 suami je…
kalau entri berkualiti tak pe la nak like dan share.
bab nuffnang ni susah nak dibincangkan secara terbuka
ramai yg emosi
secara diam2 mmg ada perbincangan tertutup sesama sendiri..bagus berbincang ni..kita boleh buka mata dan menilai sesuaut..jgn main hentam je
lepas tu merungut kenapa tak dpt BE