Ini adalah earning Nuffnang dari 14 September 2008 hingga 03 November 2010 . Tempohnya 2 tahun 1 bulan 18 hari atau 780 hari dengan jumlah earning yang di cashout RM 110.85 ( + seringgit kos penghantaran cek )
Earning dari blog kajian ini bukan kujie2.com tetapi blog lain yang saya juga Administratornya. Ada blogger yang tahu, ada yang tidak tahu , jadi tak perlulah saya sebutkan blog mana.
Blog tersebut tak pernah dapat Buffered Earnings dan jauh sekali nak bertukar menjadiiiiiiiiiiiii raksakse…. Metered Earnings.
Semua jenis iklan ada tetapi selalu hanya keluar logo Nuffnang saja. Sebagai seorang blogger yang mengenal dan berdaftar dengan Nuffnang sejak awal kemunculannya tahun 2007, sudah tentu tertanya-tanya juga di dalam hati, kenapa mengapa dan bagaimana.
Visitor? Trafik ? Mari kita tengok lalulintas di blog tersebut. Sesak seperti Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ke atau macam Jalan Hantu Mak Limah di Baling Kedah. ( tak de jalan ni kat sana…tak payah google maps)
30254 ( Tiga Puluh Ribu Dua Ratus Lima Puluh Empat Sahaja ) untuk minggu ini yang cuma diupdate 2 kali BUKAN 20 kali adakah tidak mencukupi?
Apa yang tak kena?
Jawapan standard ” tak menepati kehendak pengiklan”
Kalau itu jawapannya – trafik yang melimpah ruah bukanlah syarat untuk mendapatkan BE. Tips yang selalu blogger canang²kan itu dibuktikan SALAH!
Trafik bukanlah syarat utama.
Update survey segala tu adalah asas yang semua blogger perlu tahu pun telah dikemaskini.
Blog tersebut walaupun mempunyai trafik yang tinggi dan pengomen yang aktif tetap tidak MEMENUHI SYARAT untuk mendapatkan BE.
Ada syarat tersembunyi yang ramai blogger ( ada juga beberapa blogger dah celik mata bab ni ) tidak nampak.
Syarat tersembunyi – tulis mengenai Nuffnang dan bagi dia backlink. Itu yang tidak pernah blog tersebut buat.
Backlink………backlink……….backlink.
Iklan adalah perniagaan – backlink juga berada dalam kontek perniagaan online. Tahukah anda, backlink boleh dijual beli? Berapa harganya ? RM 0.25?
Contoh yang paling mudah dan asas- jika anda menulis Advertorial ( post berbayar ), anda perlu meletakkan backlink kepada pembayar post tersebut. Itulah jual beli backlink .
Kenapa tak buat backlink?
Konsep mudahnya – blog kita milik kita, pengiklan hanya MENYEWA RUANG. Code berat gedabak yang diletakkan di blog kita telah memakan banyak masa loading yang menjejaskan blog kita. Harga yang perlu dibayar sepatutnya setimpal dengan kedudukan blog tersebut.
Betul ke blog tu hebat sangat sampai nak claim BE dengan Nuffnang? Layak ke blog tersebut?
Selepas Cash Out earning pertama untuk tempoh 780 hari dengan nilai RM 110.85 , blog tersebut telah memasang iklan dari Innity.
Mari kita lihat pencapaiannya.
Tengok hasilnya – 15 hari ( 03 Novembar 2010 – 18 November 2010) – RM 555.86 . Tak sampai 15 hari sebenarnya kerana :
* 03/12 pasang iklan dah malam
*18/12 hari ini belum berakhir
* Innity akan update earning 3 kali sehari bukan seminggu sekali.
Nampak perbezaan yang SANGAT KETARA. Kalau rekod blog tersebut terlalu buruk , perbezaannya mungkin dalam julat yang kecil. Berganda² bezanya sampai tuan blog susah hati. “Culture Shock ” selepas 2 tahun dibuai² dengan tips dan tutorial mengenai Nuffnang tetapi realitinya sangat berbeza.
Entri ini dengan bukti – bukan cakap kosong. Saya cuma mahu blogger buka mata dan berfikir kerana saya tak suka menulis apa yang sebenarnya ‘ada dalam hati’ sendiri. Saya tidak mahu mempengaruhi pembacaan anda dengan teori dan pendapat saya.
Kalau ikutkan apa yang ada dalam fikiran saya, banyak yang hendak ditulis tetapi saya tidak mahu menyakitkan pihak lain.
Penulis² tips sila baca dan faham entri ini – kaji semula dan ubah suai tips yang sering anda sogokkan kepada blogger baru yang sering dahagakan ilmu. Ada satu tips PENTING yang sering dilupakan. Jangan tulis tentang trafik – saya telah membuktikan teori trafik banyak dapat banyak itu salah!
Saya tak share tips tersebut secara terbuka ( kerana saya tahu itu syarat tersembunyi yang cuba dinafikan ) tetapi beberapa kali saya membalas email blogger yang bertanya soalan tersebut.
Ramai yang tak suka pendedahan ini kerana ianya pahit. Saya minta maaf walaupun tiada kesalahan pun dalam bukti yang saya paparkan.
Nota : Post ini untuk blogger yang sering bertanya dan mahu ambil tahu mengenai Nuffnang, kalau komen anda ” aku tak kisah…. saja-saja letak Nuffnang…. “ post ini BUKAN untuk anda.
ada blogger bagi tutorial hanya dicopy bukan perbandingan yang dibuat sendiri dengan bukti
jadi ramai yang mendapat cara yang salah nak berblogging – masing2 terkejar2 sedangkan ‘ada syarat’ lain yang tidak didedahkan secara telus
pasal innity tu – tunjuk amount je tak tunjuk cpc ke, cpe ke, cpm ke..atau impressions dia
kalau tak ..ujikaji ni tak kukuh, tak ada bukti
uhuhuhu.. terima kasih kak jie .. ilmu yg sangat2 ku dahagakan..
ye betul tu…dtg kita boleh cakap tentang hal ni lebih ‘telus’
kat blog kena tapis2…. 😆
waa..nie rahsianya..hehe..nice sharing kak..
dah banyak sangat tips yg dikitar semua – ditulis berkali2 oleh blogger TANPA mengkaji secara lengkap
Ini tips fresh…hehe belum didedahkan
bukan senang nak tunggu tempoh kajian 780 hari
backlink tu ada dua
satu backlink ke url laman web
satu backlink ke permalink
http://www.namablog.com
< ini url bloghttp://www.namablog.com/aku-awek-cun
/ <- ini adalah permalink. Link terus ke entri tersebut. permalink tu link ke entri tersebut Semakin banyak permalink sesebuah laman blog tu dapat, ranking dia makin tinggi - sebab itu ada perniagaan backlink selling. Dlm perniagaan internet, kuasa backlink sgt bagus utk menaikkan laman web masing2.kak kujie,
acu kurang faham sikit dgn maksud backlink
ok..contoh la kan..kita buat entry mengenai celcom
kat mana kita nak backlink kan entry mengenai celcom tu??
oh begitu ceritanya… thanks for exposing this…
peghujahan yang jitu..tahniah kak jie 😉
haaaaa! mana orang2 yg selalu sgt buat tuto “cara2 nak dpt BE tu?” kahkahkah. patut yonna pelik. selalu bc budak2 ni update, nak dpt BE,kena dpt trafik banyak. lol. habis blog yonna yg berupdate seminggu sekali je pun, ade je BE ha. nampak sgt trafik bukan faktor utama. huhu.
mcm2 hal lagi di sebalik NN ni. tapi orang ttp pilih NN utk menjana duit sampingan sebab syarat nak apply innity memang sangat tinggi T______T (yonna lah tu haha)
ada org bgtau tak hal kroni NN? hahahaa.okbai :p
mama,mama letak earning innity tu takpe ke? huhu.
salam kak jie…
terima kasih sebab berkongsi satu rahsia yg hebat ni. secara jujur belalang pun x perasan akan hal ni. tp entry kak jie menyebabkan belalang terfikir. betul juga ya…
sekali lagi terima kasih…
Salam.. Terima kasih Kak Kujie atas pendedahan ini. Dah terbukti dan akak mengalaminya sendiri. Semua orang patut tahu tentang perkara ni. Jadi kena pertimbangkan balik teori2 yang ada…
oohhh…macam tu ekkk…errmmmm..
dapat satu ilmu baru yang selama ni saya langsung tak pernah ambik tau…boleh cuba tengok!
anis dah perasan dari tahun lepas.traffik biasa2 ja,tp BE dpt byk tiba2.sbb baru update form tulah.
skang ni,malas nk peduli sgt pasal nuff.nk letak innity,kekeke..buat kena gelak dgn innity ja.so,nntilah,bila dah rajin2 update blog,trafik pun dah up balik,baru nk tukar pi innity.
thanks kerana berkongsi info yg selama ini newbie mcm mak ni tatau..gud!
salam…kak ,
terima kasih berkongsi ilmu..ayu nak minta izin link ke blog ayu juga yer…
ooo camtu tak yah giler-giler nak update sampai 10 kali sehari..
salam..oh macam tue..patut ar dulu selalu dapat be..sekarang nie kurang sikit..sebab tak update…baru perasaan..tapi pasal trafik nie..blog amir memang kurang la…kena cedok dari blog kak kujia nie..hehehe..
terima kasih atas perkongsia bermakna ini…rupanya tiada siapa yang tahu..selama ini tips blogger itu salah la? huhu…
selalu dengar orang kata innity lagi bagus.. tapi tengok ke requirment dia memang lambat lagi lah sebelum dapat join..hehe
hohoho pendedahan eksklusif yang boleh join edisi siasat lepas ni kak jie..
err… nak ubah ke innifti lah.. hehehe
😳 😳 😳
betul cakap kau blowie
nice review akak! saya suka… ada butang like tak… =)
Terimakasih Kak Kujie. Saya sangat gembira dgn entri ini. Sekurang-kurangnya puaslah hati saya kerana tidak terganggu dengan kerancakan entri yang ligat macam air mengalir dari orang yng sentiasa ada masa…:)
dulu2 memang ingat pasal trafik tinggi baru boleh dapat BE..bila dikaji diperati boleh yang sangatttt meriah dengan BE tu..baru lah paham..rupanya backlink tapi belum sempat buat pendedahan.. cuma gosip2 belakang je.. 😛 innity memang terbaik..untungnya apply innity masa syarat masih tak ketat..
sebab tu kak jie cakap tak mampu tulis apa yang sebenarnya ‘ada dalam hati’
biasanya ramai sangat yang emosi
jadi tulis general – pandai2lah fikir 😆
ambeklah mat…jgn ko fire kak jie udah le…
tak larat nak tepis periuk belanga yg berterbangan tu..haha 😆
salam kak jie…pstt kak, minta izin saya link N3 ni nanti yeaa….terima kasih….
salam kak jie
menarik juga pendedahan ni
memnag diakui,ramai yang ambil mudah je kalau nak update survey tu.
Selalu juga guna backlink,alhamdulillah dapat ahsil sedikit dari situ
dah lama nampak, tapi diam je 🙂
ade lg satu pasal nuffnang ni, takleh sebut kat sini nanti org kata macam2 + jadi isu. tapi itulah kebenarannya 🙂
aku pengguna Nuffnang untuk blog lama aku dulu. dulu pakai blogspot. sekarang dah pakai yg wordpress.com, dah tak boleh nak letak javascript.
baru-baru ni aku tukar url address yg blog lama tu. sebenarnya aku dah delete blog tu hampir 3 bulan dan bila aku retrieve, aku pasal balik Nuffnang sebab nak tengok trafik. sehari lepas aku retrieve blog tu, aku dapat balik status gliterati dan tak sampai 3 hari, aku dapat BE dari Nuffnang.
aku terfikir jugak macam mana aku boleh dapat BE sedangkan pengunjung blog tak sampai 2 orang sehari pun! dahlah baru 3 hari.
sebab aku dah selalu dapat BE dan ME dari Nuffnang, mungkin? salah. sebab pertama, aku dah tukar url. sebab kedua, sepanjang lebih kurang 6 bulan aku pasang Nuffnang ads dullu, hasil aku hanya RM8 dan tak sampai 10 BE dan ME.
aku tak pernah baca semua tips dan tutorial yang blogger lain kasi. sebab aku tak rasa semua tu betul sangat pun. dan sekarang kak kujie pun dah kata, tak semestinya semua yang diorang suggest tu menjadi.
thanks kak reveal benda ni. tapi saya tak berapa faham. ehehe. sorryla.. blur sikit. nak pasang innity tak mampu kot.
oh, gitu ke kak kujie, tapi rasanya kalau nak langgan innity memang susah nak dapat.
Best post kak kujie kali ni, reveal bnyk2 🙂 saya pasti baca
info sgt berguna ni…
mekaseh sis..
bagus tu!!!
patut la jarang dapat buffeed eanrning
heheee
baru saya tahu. sangkaan saya meleset la kiranya. sebelum ni saya fikir earning dari nuffnang berpandukan pelawat blog tu….dan disebabkan tu lah saya tak buat pon iklan nuffnang ni…Hm…
daripada pembacaan saya. betulker yang
1. Nuffnang memerlukan kita beri backink dan bukan visitor semata2?
2. Innity berpandukan visitor?
Tak pernah letak iklan kat blog. Tapi nak tahu juga benda ni.
Terima kasih kak jie.
salam kakJie,
kita setuju (tapi kita pasang jugak) hehe. kita banyak berjalan ke blog-blog orang, ada blog bukan ada entry sangat pun, kosong plain aja. tapiii iklan dia mencanak-canak, semua tempat ada. kita ni beria-ia update blog, seciput aja iklannya. satu lagi, kita pasang dekat setahun baru dapat BE, ada orang baru beberapa bulan je dah dapat BE. cemburu juga la, tapiii ingat tujuan asal berblog, hanya mengisi masa lapang. malas nak beria-ia.
haram tak tau ape… tengah blur blur ni. nanti ade masa nak bawak amirul pergi umah malong Jie. nak menuntut ilmu iklan mengiklan ni. dah 2 kali baca dari atas sampai bawah… pon tak paham gak. cume dapat tangkap pasal backlink jer 😛
thanks kak….muahhss!
oooh…. banyak lagi kene belajar pasal pengiklanan ni upenye….
ahh.. trafik ku hampeh.. tp stp bulan leh cash out. betul tu.. trafik bukan kriteria utama dpt pendapatan dari nuffnang
owh..pengetahuan berguna untuk blogger baru macam sy..mekasih kak kujie.. 🙂
wah..thanks kak sebab share..g check survey n update bio balik la kt nuffnang tu…harap ada lg tips2 tuk kami yg newbie nie ye..hehe
tahniah kak! akhirnya terbongkar rahsia tersebut yang bagi saya bukan rahsia lagi haha.
sama juga seperti kita tampal stiker kat kereta. iklankan bisnes tu bisnes ni, tapi tak terima apa-apa bayaran pun kecuali buluh emas yang popular suatu ketika dulu.
entri cun 😉
Saya tidak pernah sama sekali buat post mengenai nuffnang di weblog profhariz.com tetapi dulu pada bulan julai hanya ada entri nuffnang pilih kasih.. Itu sahaja..
Ternyata ianya memang benar pada bulan 10 baru saya dapat be tetapi cuma 3 dan sekarang ada 1 BE tetapi x pernah muncul-muncul..
Sudah tiba masanya untuk saya mencuba innity tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakkannya.. Jika berdasarkan pv weblog saya daily adalah 1K +++ UV plak maintain minimun 5++..
huhu
hurm..macam tu plak ye…kena kaji Innity plak lah lepas ni 🙂
terbaik la kak jie….
saya nk reveal pasal nie xreti gak.. sama cam kes sy dulu la.. setahun setangah just berapa puluh je…
last2 direct attack pihak nuffnang baru sy tahu ape probnye…
sebab salah isi borang survey.. n pengiklanan xnk mengiklan di blog yg kita sendiri lablekan as social/politic itu sahaja…
after that my blog directly dapat BE sampai la nie…
that only one issue je.. klu ikutkan ada lagi..
nak apply innity, sy xmampu kak
pendedahan yang menarik kujie..baru saya tahu benda ini=)
terima kasih kak kujie.
selalu jugak bincang dgn kawan2 blogger lain yang satu universiti dgn saya..
apa agaknya ciri2 sebenar untuk dapat BE.
dulu, masing2 jawab, trafik.
tapi, kebelakangan ni, semua mula rasa sama dgn poin kak kujie.