“Ambil yg mana?”
“Paling mahal – auto metalic Cafe Latte “
“Hadiah dari abg utk sayang”
“Deposit nak guna duit dari iklan kat blog”
“Deposit jer, yg lain guna duit abg…ooo nak kredit juga yer”
* macam SMS dengan suger daddy je…seketul International SMS tu RM 0.50 …. patut kalau SMS mahal , taiplah satu entri blog! Tadi dah keluarkan RM500 dari akaun Innity untuk deposit Proton Saga FL.
Saya suka warna ni – Cafe Latte. Carian kat google image, keluar secawan kopi susu. Nampak manis. Proton Saga FL dikeluarkan dengan warna Cafe Latte dan Blue Rock .
Dua tiga hari lepas, kami berwindow shopping lagi, window shopping jarak jauh melalui talian. Saya memang dalam perancangan nak beli kereta baru. Rancangnya waktu suami balik Malaysia Jun lepas, tetapi tak sempat nak uruskan, dah kena panggil balik ke sana lebih awal.
Berkenan sungguh encik suami dengan Proton Inspira. Rasanya semua orang pun suka dengan kembar Lancer tu. Kalau nak beli tu boleh tetapi bila dah tua² macam ni, keperluan kereta hanya sekadar kenderaan. Tak perlu berkereta luxury kalau yang sederhana sudah cukup. Anak-anak membesar perlukan lebih perbelanjaan masa depan.
Along di kolej tu , yuran pengajian untuk 2 setengah tahun RM 21K tidak termasuk kos sara diri , penginapan, pengangkutan dan kos itu ini begitu begini.
Angah tahun 2011 nak ambil SPM. Tahun 2012 mungkin akan ke IPT. Memang ada pinjaman tetapi sebagai ibubapa menjadi tanggungjawap kita untuk menyediakan keperluan anak².
Takut nak ambil pinjaman pengajian sekarang ni – umur 18 tahun dah dibebani dengan hutang. Bila dah kerja berhutang beli kereta dan rumah pula.
Internet di Algeria yang semput kesejukan ditimpa salji menyebabkan suami tak dapat nak akses laman web proton edar yang berat loadingnya. Jadi saya terpaksalah share gambar-gambar Proton Saga FL di sini.
Saya suka Proton Saga FL yang baru dilancarkan – sesuailah untuk kehidupan kami yang serba sederhana ni. Keselesaan kereta bukan terletak pada jenama atau reka bentuk tetapi pada 4 biji tayar yang berbentuk bulat! Kan? Bayangkan tayar tu empat segi…selesa tak?
Seperti biasa, kalau bab kereta mesti rujuk laman web paultan.org. Segala maklumat terkini mengenai kereta boleh didapati dengan mudah. Kemudian saya cari info dari laman web proton edar. Tapi pening juga baca banyak sangat komen dari forumer yang serb bijak pandai…. ♫ ku jadi keliru……♫
Saga Facelift (FL) adalah produk dari keluaran Proton Base Line Model (BLM) atau Model Gantian Saga.
Cermin sisi yang dilengkapi dengan lampu LED sebagai pemberi isyarat haluan dan pemantul belakang.
Harga Proton Saga FL
1.3 Standard M/T RM37,998
1.3 Standard A/T RM40,998
1.3 Executive M/T RM40,698
1.3 Executive A/T RM43,298
kredit : www.paultan.org & www.proton-edar.com.my
© kujie – sekarang memandu Pajero – gedabak untuk berdua dengan Intan.
Dalam perancangan nak ambik saga FL warna cafe latte hehe…harap2 dpt kuar cepat, tak sabar nak drive 🙂
Jom terjah post menarik dari elihjapahar ..Sindrom Lazarus-Mati Hidup Semula
terbaik kak jie.. Saya mencari2 gak warna cafe late nie.. Warna memang cantik..heheh.. Nak amik juga sebijik camnie..ki3
Jom terjah post menarik dari hafizul ..Anak-anak ikan laga aku dah lama pergi
Rasa tertinggal sungguh setelah lama meninggalkan Malaysia buat sementara sehingga taktak tau pulak Proton dah lancar Saga FL. Memang nampak menarik sungguh.
Jom terjah post menarik dari denaihati ..10 terkaya Indonesia 2010
Lawa juga saga fl ni ye.Tapi saya baru je beli saga blm,takkan nak tukat kot (macam mampu je).
pun nak pergi usha kereta petang karang..
kena amek kete baru..sebab kete hari tu dah eksiden..dan dah ada buyer..kang taun depan kena g sekolah nek bus lak kang..
Jom terjah post menarik dari DaHLia ..Ditimpa Musibah LagiAku Redha Ya Allah
Saya pun nak booking sebuah hari ni … Alhamdulillah dapat bonus sikit dari Score-A Programme.
Jom terjah post menarik dari Kuwi ..Home
5 rat dapat untuk sebulan ke sehari ni?

Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Mark Zuckerberg Facebook – Person Of The Year 2010
mmg terfikir mcm kak jie. kadang2 nak kereta mahal yg style@sporty, tapi kegunaannya sama je dengan kereta lain.. tak berbaloi sangat pun.
tapi kalau kepuasan yang diutamakan, itu lain cerita 😀
Jom terjah post menarik dari serol ..Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass
errr… susah sangat sangat.. main lai,lai tamplom ajelah.. heheheh
Jom terjah post menarik dari maza ..Sungai Congkak
tapi maza, kalau baca kat forum
mau pening lalat nak buat keputusan
macam2 ada….dari pakar2 segala bagai 😆
maza pernah memandu SAGA BLM.. Yg FL series belum lagi…
Saga yg baru itu memang hebat dari segi pick-up dan penjimatan petrol..
Jom terjah post menarik dari maza ..Sungai Congkak
bestnyer dapat kereta baru… 🙂
Jom terjah post menarik dari papabear ..Watch out for SMS Scam
Cantik kereta tu kak.. Bagus tu berbelanja ikut keperluan, setuju sangat.. Pendidikan anak2 lebih utama.
Jom terjah post menarik dari Nur ..Saya Nak Join Segmen Review Blog Bersama Cik Tom
wow…boleh bayar muka kereta eh duit innity ni…bestnyer.. 🙂
Jom terjah post menarik dari cikmin ..Nak nombor telefon Gay
Mmg lawa BLM baru nie…yg penting praktikal & ekonomi..Kereta tahun baru nie Kak G…jgn tak beli pulak…
Jom terjah post menarik dari Nadri ..CAR ALARMS
teringin nak beli kereta tapi keadaan ekonomi sue tak mengizinkan.. tunggu stabil sikit la baru beli mcm kak jie ni.. hehe
Jom terjah post menarik dari Suraya ..10 Add-ons Firefox yang perlu ada
bayaran pengajian anak-anak sekarang memang banyak betul…. tapi semua tu menjadi tanggungjawab kita, kan. selagi terdaya, insyaAllah ibu atau bapa akan buat dan menyesuai hidup dengan keadaan
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..dalam usaha mendapat hidup senang dan rezeki mencurah
Salam Kak Jie,
Alhamdulillah… Murah rezeki kak jie….
Jom terjah post menarik dari suara ..Aku ingin
Eh. tersilap la plakkk..innity..kuikuikui…mintak izin nak termalu jap 😳 ….ooo…Kira Innity lebih best la erk. Hmmm…baru tahu ni..2 bulan 500…..2 bulan. Dah baper bulan buat Innity…hehehe…korek korek
kan baru je beli kereta hari tu…. ok dah tu
boleh tahan topo…. yg murah ada viva
hahaha 😆
hehehe…. kita park kat nasi ayam trafik lite ye… 😆
bukan kot…. sebab kak jie surirumah berKWSP
bila ada caruman kwsp, boleh buat loan beli kereta 😆
kak jie dah beli rumah… iklan ni bukan pendapatan tetap…kadang2 ada musim surutnya juga 😆
kalau nak tunggu nuffnang….. nak dptkan rm 500 deposit tak pasti berapa bulan….dgn innity rm 500 tu tak sampai 2 bulan kumpul 😆
wow, dapat bayar duit muka. oklah tu.
pasni duit innity blh buat bli rumah lah pulak kak jie. hehe
Jom terjah post menarik dari Affan ..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka
guna duit dari nufnangggg…sah sah masyukkkk niiii….Hm…Lawa la kereta ni. Yang penting. Malaysia sendiri punya design. hehe
wah ni baru bloggin sebagai kareer..hehe
syoknye nak beli kete baruuuuuuu
dapat rase tumpang jadilahhh 😀 😀 😀
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..makhluk kerdil
ooo boleh tahan jugak harga dia.. dalam kategori mampu jugak ni.. tunggu la dapat keje nnt insyaAllah
Jom terjah post menarik dari topo ..Koleksi Gambar dan Video Maru- Kucing Comel yang Sukakan Kotak
Memang terbaik tu.. boleh bayar deposit hasil dari innity.. saya terkial-kial lagi dong.
wahahhhhhh kak jie… huhuhu
Jom terjah post menarik dari Bro Framestone ..Hanis Zalikha Dah Start Promote- Tidak Mahu Melepas Nokia N8
maaf silap bukan lawak tapi lawa
Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Pengikut Syiah – Lengan bertatu kalimah Allah
Lawak gak Saga FL ni,
pilih je apa yang perlu jangan pilih apa yang kita nak
Ps : ramai kawan pakai kereta mewah tapi masuk kedai kopi kena menyorok takut member nampak sebab takde duit nak belanja kawan kawan 🙄
Jom terjah post menarik dari dnoBiz ..Budak Terlampau – Pandangan di kaki Lima
😀 just nice kak jie.. pnh naik saga BLM kawan.. selesa laa untuk keperluan seharian.. 😎
Jom terjah post menarik dari laily ..curiga!!