Kemahiran Hidup :  Intai Anak Dara
Peribadi

Kemahiran Hidup : Intai Anak Dara

Riuh rendah bunyi dari dapur rumah – macam orang nak berkenduri seekor lembu. Diam-diam saya mengintai anak dara 3 orang tu.

Goreng behun *cap bintang setengah bungkus aje pun! Ada pengarah ada boss. Sorang kata cukup sorang kata tambah lagi….

Tapi sekurang² mereka belajar kemahiran hidup. Kalau tak biasa, cara nak potong bawang pun tak tahu.  Dia orang masak dari A – Z.

Mangsa : Intan, Naomi ( sepupu sebelah bapa ) dan Wani ( sepupu sebelah mama ).  Naomi lebih muda setahun walaupun hanya berbeza 4 bulan.

Lepas anak dara bertiga ni siap masak – saya pula yang riuh kat dapur macam Mak Tiri Bawang Merah – apa tak nya…. dapur dah berkecah.:evil:

pisst……..pisst……. Jom intai bilik anak dara pula!

Glosori
Kecahbecah kacau-bilau, halai­-balai; berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak – Dewan Bahasa Dan Pustaka

©kujie – abaikan bontot kuali – itu tanda kuali kegemaran dan keserasian dengan tuan rumah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Kemahiran Hidup : Intai Anak Dara

  1. tup tup.. adik adik pempuan saya dah pandai masak…sejak bila diorang ni masak. Mak tak buat kelas memasak pon. Hmmm

  2. Setuju sangat dengan pendapat Kak Jie. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Kalaulah Nur ada anak sendiri, alangkah bahagianya hidup.. Terima kasih Kak Jie sudi datang blog dan tinggalkan komen. Waktu2 cuti sek ni je la baru sempat nak masuk “contest online” tu kak.. Kalau tak, busy memanjang.
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Saya Nak Join Segmen Review Blog Bersama Cik TomMy Profile

  3. Bukan senang nak didik anak perempuan dari kecil ke dapur. Melihat ibubapa moden tidak menggalakkan anak-anaknya membantu didapur sebaliknya menyuruh mereka belajar dan ulangkaji. Bayangkan dah besar panjang emak masih basuhkan kasut sekolah
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Syyh Aslah nak tidurMy Profile

  4. betul!! dok asrama dari form 1, sampai masuk u, pastu keje. mane sempat nak belajar masak! haha

    dah kawen husband kene redha jela dengan ape yang dihidang 😆
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..makhluk kerdilMy Profile

  5. Benda2 ni – dari didikan sejak kecik
    sayang tanpa fikir masa akan datang sebab…. esok2 yang nak hidup berdikari anak2 kita..kalau tak dilatih skrg, bila dia nak ada ‘common sense’ tentang ilmu ‘ceruk dapur’

    teori memang senang….tapi kalau yang dibuat lahir dari hati sendiri, keadaan yang susah jadi mudah 😆

  6. semua anak lelaki dan perempuan di SURUH masak nasi
    zaman dia orang akan datang ( skrg pun) suami isteri berkerja
    jadi kalau tak biasa buat kerja dapur, esok2 dah kahwin balik kerja je terbongkang depan tv, biarkan isteri yang buat semua ( ini majoriti lelaki skrg )

    jadi… kena siapkan anak2 lelaki kita dari sekarang…. 😆

  7. elok benar lah tu.. hehehehe

    kemahiran sebegini memang harus ada baik anak lelaki walaupun perempuan…

    maza umur 9 thn dah pandai tanak nasik..
    umur 7 tahun tahu jerang air sampai hangus… heheheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sungai CongkakMy Profile

  8. Kak Jie pun aihhh….sekolah tak dok dgn mak, lepas tu kerja….memang tak dilatih utk ke dapur

    bila dah kahwin…memang perasan – cik abang tu ‘terpaksa telan’ je apa yang kak jie masak 😆

  9. masa baru kahwin, mak mertua bagi kuali
    hadiah dari metua untuk menantu perempuan
    bukan kuali baru..tapi yang dah guna…mmg berkerak setengah inci

    skrg ni…kuali tu dah guna sejak kahwin 19 tahun, berkerak seincin setengah……….dan itulah kuali paling sedap! 😆

  10. kuali yang berkerak tu boleh jadi warisan turun temurun kak jie ….almaklumla…selagi tak berlobang

Comments are closed.