Bintang Malberi Dan Ikan Guppy
Peribadi

Bintang Malberi Dan Ikan Guppy

Buah malberi ( Morus Nigra )
Buah malberi ( Morus Nigra )

Pokok malberi saya berbuah lebat. Beberapa kali juga saya kutip dan kumpul untuk dibuat jem. Nasib baik ada anak saudara yang datang bercuti suka buah ni.

Rutin harian dia kutip sehari dua kali – pagi dan petang. Rendam dalam air garam – segala benda asing halus² semua keluar, baru dia makan . Tu petua rumahtangga saya turunkan. Kalau buah anggur pun saya rendam dalam air garam baru cuci untuk di makan.

Petua rendam buah atau ulam ulaman ni saya dengar dari Seniwati Datuk Sarimah Ahmad kat rancangan tv berpuluh tahun dulu. Petua dia awek muda dengan makan ulam -ulaman . Dia bersihkan ulam dengan rendam dalam air garam sekejap.

Kalau saya makan brokoli lagi – selalu saya fikir permukaan brokoli yang gebu tu memerangkap serangga kecil dan bila kita rendam dengan air garam – terapung-apung je hidupan micro tersebut. Sampai pernah terfikir – paranoidkah saya?

Eh..melalut sampai ke brokoli ni pula. Saja nak bagitau, tadi saya beli brokoli sepokok rm 1.99 – sangat murah!

eh…google tadi terjumpa yang ni

Ini gambar saya dari entri lama Tanaman Exotik Saya .  Tapi  saya tak letak watermark., saja untuk dikongsi .  Tapi  dia letak watermark  hak milik sendiri. Saya tak claim apa² cuma rasa seronok je bila orang ambil gambar kita. Gedik sungguh!:lol:

Teratai saya pun berkembang lagi tetapi kali ini tak lama – sepanjang minggu hujan dan cuaca mendung. Kejap saja layu-layuan. Yang indah itu hanya sementara, kan?

Ikan kaloi yang saya beli setahun dulu  ( Pohon Beringin Si Ikan Kaloi )- dari sepasang dah tinggal solo.  Dah dipindahkan ke kolam baru yang lebih besar.

Nama dia Bulan.    Image pantulan dalam air tu – kameraman siap berpayung macam artis Korea, pokok helikornia – Pink Lady , juntaian pokok delima dan pagar rumah ( papan ).

Agak-agak kan……… apa yang tekun sangat si dia ni menunggu?  Setia sungguh… kami dalam rumah dok terkekek kekek gelak perhati gelagat dia yang kegeraman.

Ini….. dia dok aim kan guppy dalam  kolam.  Tak perlu pergi spa untuk jumpa ‘doctor fish’ – hulur je kaki .

©kujie – nak keluar – Angah dah telefon.  Dia dah siap Ujian Lesen L.  Lulus tapi kurang 1 markah untuk menyamai rekod mama dia ni…. i’m still the winner. Yes!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Bintang Malberi Dan Ikan Guppy

  1. Wah Kak Jie ada taman botanik dekat rumah. Saya pun tak berkesempatan nak bersih taman kecil didepan rumah dah naik lalang gara-gara rumah jiran tidak berpenghuni. Nasib baik tidak ada gajah dan harimau
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Syyh Aslah nak tidurMy Profile

  2. Abaikan je lah… isu tu tak de sangkut dgn kak jie..hehe

    “bukan kita menilai diri kita – orang yang akan memandang kreadibiliti kita – what you give you get back!

  3. Ini katanya kak jie

    ‘tetapi maaf sekali lagi, saya tetap tidak akan memberikan apa2 kredit jika bukan 100% saya petik dari mana2 blog. kerana saya percaya setiap blog yg saya masuk juga… tidak di ketahui keaslian product/idea/artikel tersebut kerana sesiapa pun boleh menyalin (copy & paste) dan saya boleh bezakan mana yg benar2 ori dari menulis blog tersebut…’
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Teman BiasaMy Profile

  4. Bersepah2 dlm tu artikel copy paste – tak letak rujukan pula tu…tak beretika.

    Etika copy paste – letak sumber mana artikel itu di ambil.

    Kelakar baca copy paste pasal teratai – main copy je tak faham pun teratai tu ape, telipok tu ape…lotus tu ape…water lily tu ape

    gembira lak tu org ucap terimakasih kerana artikel tersebut…walau ejaan klasik ‘obat’ pun dicopy sekali!

    kak jie tanam kedua2 jenis lotus dan waterlily… 😆 apa yg ditulis, gambar semua atas pengalaman sendiri

  5. uik….pantasnya!

    nak ambil tak kisah pun … tapi bila dah diwatermark..tu macam hak milik sendiri pula.

    kak jie pun tak ingat dah url blog dia tapi nampak mcm blog dia tu ada banyak artikel hebat-hebat

    mesti orangnya hebat juga – sebab bukan senang nak hasilkan entri yang berkualiti 😆

  6. Dia dah padam gambar kak jie tu lepas saya mesej dia tadi..
    Saya bukannya apa,dah banyak kali dah saya jumpa dia copy bulat² artikel orang lain tanpa memberi kredit..
    Geram betul dengan orang macam ni.. ❗
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Teman BiasaMy Profile

  7. wakakaka….. sungguh lawak gambar kucing itew.. hehehe

    agaknya kucing tu berangan2 kalau2 dia boleh menyelam dan tangkap ikan.. yummyyyy… heheheh
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sungai CongkakMy Profile

  8. Saya tau siapa dia kak jie..
    Hari tu saya pun pernah kena jugak..
    Dengan ‘perempuan’ tu jugak la..Di laman web yang sama
    Dia copy lirik lagu dari blog saya..
    Itu takpe,saya tak kisah pun..

    Tapi sampai footnote yang saya letak bawah lirik lagu tu pun nak copy..
    Padahal bukan menarik mana pun footnote tu.. 😆

    Plus,siap amek gambar dari blog saya pastu tempek terus mentah²..Adoyai 🙄

    Apapun,terima kasih Statpress
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Teman BiasaMy Profile

  9. Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara…
    Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa..;p

    hehe..kalau dah potong2 buah epal pun mak saya letak dalam air garam.. kalau letak atas piring je, cepat la jadi warna coklat..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Hohokacau diaMy Profile

  10. oh rendam garam bagi bersih.. camtu rendam sayur kat pantai mesti cuci..hehe

    kalau setakat amik gambar pahtu upload tempat lain takpe.. ni ada amik gambar pahtu guna url gambar asal tu jugak.. suka hati je.. haha

Comments are closed.