Assalamualaikum dan salam cerita untuk rakan pembaca Kujie2.com. Hari ni ada sedikit kelainan untuk blog ni dimana penulis kali ini adalah penulis undangan. Hehehe. Dah lama uncle ni tak merenyam kat blog yang sangat fames. Tapi bila sekali-sekali diarahkan… uncle akan turun menghulurkan bantuan.
Untuk makluman semua, uncle malas bermukhadimah panjang. Ni nak bagi tau, tak lama lagi akan ada kelas Jom Fotografi Botani. Ianya menekankan aspek teknikal asas penggunaan dSLR (peringkat asas) dan juga teknik mengambil foto tumbun-tumbuhan dari aspek botani. Pada saya ianya satu pelajayan yang sangatlah berbaloi untuk dilaburkan. Bayarannya juga memang murah… (terlajak murah sebenarnya)
Program ini adalah program kolabrasi AI MEDIA NETWORK dan juga Pihak Taman Botani Putrajaya. Secara amnya, saya boleh rumuskan agendanya adalah seperti dibawah:
1hb Nov 2014 – Berita baik untuk rakan-rakan media dan blogger yang nak belajar penggunaan dSLR secara kawalan manual peringkat asas. Bertempat di Taman Botani Putrajaya. Siapa yang belum ada asas pengetahuan amat digalakkan. Siapa yang nak tambah ilmu juga digalakkan turut serta.
- Tarikh: 1/11/2014
- Masa: 8.30am hingga 2.30pm
- Fasilitator: En. Zakaria Mat – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Botani
- Bayaran: RM20 (Bayar pada hari program dijalankan)
- Keperluan yang perlu dibawa: dSLR (dan buku nota)
- Disediakan:
- Ruang kelas belajar selesa untuk teori
- Sarapan pagi
- Makan tengah hari
- Sijil Penyertaan dari Taman Botani Putrajaya
- (Khabarnya ada sesuatu yang menarik menanti)
Penafian : Aktiviti ini bukanlah aktiviti profit kepada AI MEDIA NETWORK, tetapi ianya adalah kolabrasi. Diharap tiada rakan-rakan yang salah paham mengenai aktiviti ini dianjurkan.
NOTA: Sila pastikan anda mengisi borang pendaftaran jika anda berminat untuk turut serta. Cara pembayaran pula adalah pada hari program tersebut diadakan. Sila klik pada pautan ini untuk terus kepada halaman borang pendaftaran.
Memang betul yurannya terlajak murah. Semoga semua peserta mendapat manfaat.
terkejut tengok yuran..saya suka ambil gambar tapi DLSR tiada lagi..sekarang banyak snap guna handphone je..rindu pula zaman guna digicam
ok apa tu. rm20 tu takde lah mahal sangat berbanding ilmu yang dibelajar.
RM20, siap makan tengahari. memang murah giler…peluang baik ni….
wah bestnya dengar ada sesi camni
memang murah dan berbaloi, rugi rasanya siapa tak sertai sama 😀
menariknya kursus ni..yuran pun murah….best kalau dapat join..
rm20..memang terlajak berbaloi-baloi nih 😀
Fotografi + Botani tersangatlah menarik, tapi terlalu jauh untuk saya.
Gambar yg diambil Dr dslr mmg mengancam.tp sayangnya AA x minat sgt fotografi.
Untuk kamera smartfon ada teknik2 tertentu yang boleh belajar tak? atau apps ke yg boleh kasi cantik sikit gambar? 🙂
Insyallah akan turut serta.
Hmm.. bagus ni. Tak pernah ikut kursus fotografi lagi.
Maybe kalau ada masa turun KL pegi join sambil jalan2 balik kampung 😀
Teringin nak pi..tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan..asyik dok tak sihat je seminggu dua ni..
Semoga kursus ni berjalan lancar..
Peluang menambah ilmu dan kenalan nih. 🙂 Patut sertai.
Rasa macam nak join je. Sy ada DSLR tapi pakai amik gambar je. Rasa perlu belajar lagi ni
tak rugi pun…lagi pun en zakaria tu sgt² luas ilmunya..banyak yg akan beliau kongsi. hari tu hadiri taklimat dia, macam-macam info terbaru yg kita tahu…mulalah mulut dok nyebut…oooooo….ooooo….
wah menarik..! harap ada kelapangan pada tarikh tu..^__^
Murahnya yuran. Rugi sape tak join. Semoga usaha ini diberkati Allah