Saya minat ambil gambar cantik, suka sudut menarik tetapi tak ada kemahiran secara formal dalam bidang fotografi. Kamera DSLR ada tapi tidak pernah digunakan secara maksimum. Pernah mendaftar untuk ikuti kelas fotografi di Kolej Komuniti Hulu Selangor tetapi kelasnya dibatalkan. Lama-lama keinginan tu sejuk beku macam ‘taik ayam’
Kejap tadi suami saya telefon untuk carikan mana-mana kelas untuk belajar fotografi. Dia sanggup untuk turun dari Hulu Terengganu.
Secara kebetulan, saya teringat dalam Google Calender, ada satu outing anjuran Tarmizi Shukri dan Ai Media Cepat-cepat saya registerkan nama suami dan diri sendiri untuk hadiri kelas fotografi kali ini.
Kalau ada kawan-kawan nak ikut sekali, jomlah. Kelas percuma!
Tarikh: 30 Mac 2014
Masa: 3-6 Petang
Lokasi : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Yuran: Percuma.
Jom Outing Siri 2 ini terbuka kepada semua yang berminat tak kiralah korang pemilik DSLR, kamera kompak, smartphone, lomo atau Instax. Peserta yang mengikuti Jom Outing ini akan diberi diskaun 50% untuk mana-mana bengkel fotografi anjuran TarmiziShukri’s Blog.
Ini peluang terbaik untuk meningkatkan skill dan pengetahuan dalam bidang fotografi. Dengan kamera yang canggih sekalipun, kalau malas menimba ilmu takkan ke mana. Jadi rebut peluang ni.
Antara aktiviti yang dirancang pada petang tersebut adalah tips fotografi antaranya bokeh dengan kitlens, bermain dengan mode flash untuk mendapatkan gambar yang kreatif, rahsia gambar seperti pro dengan hanya kamera biasa dan banyak lagi.
Selain itu ada juga sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman terutama yang berminat menjana pendapatan melalui fotografi.
Kalau nak mendaftar, klik sini – Jom Outing (Siri-2) di Taman Tasik Perdana. Habiskan cuti hujung minggu dengan aktiviti ilmu bersama rakan blogger yang lain.
Peluang menarik ni, tapi jauh 🙁
tak sabar nak jumpa mak cik kujie 😀
Menarik Kak G..peluang untuk mereka yang berminat…
tapi saya masih baru lagi kak dalam dunia fotografi nih.
amboiii…. keluar metro ahad lima nam kali tu newbie lagi :p
meluat le taw dengan statement sham ni. hahaha
Andai di KL memang patut join ni.
ilmu percuma , kan…
“Terbuka kepada semua yang berminat tak kiralah korang pemilik DSLR, kamera kompak, smartphone, lomo atau Instax”.
Memang terbaik ni..saya memang minat ambil gambar dengan iPhone..mungkin ada teknik yang boleh digunapakai..tengok mcm mana nanti..kalau ada kelapangan dan tiada halangan, In Syaa Allah..err..daftar last minit boleh ke?
kamera telefon pun, cara utk dptkan frame, konposisi gambar yg cantik kena ada ilmu juga
turunlah…abang cuti sehari je dari Hulu Terengganu tu, sebab dia nak belajar sgt
kamera dah ada, tapi tak berapa cekap sgt
memang minat bab-bab ambil gambar nie..tapi tak mampu nak beli kamera tue lagi huhu..
guna kamera biasa, kamera telefon pun boleh dpt gambar cantik
dah daftar..
moga² tiada halangan nanti
nampak nama cikgu dalam list…jumpa di sana ye cikgu
tapi cikgu pun dah pandai..
jom-jom…hehe
register lah… kita turun kl sama sama
Sudah pun ditanda pada kalendar.
kelas kat Kolej Komuniti tu tak pernah dapat, jadi nak kena pergi juga kelas ni
ambil masa sekejap…abang tu nak cuti sehari je dari Tganu
camera sy dh berhabuk dok bwh katil tu..skill pun berkarat..huhu
ilmu kena amal…:)
Banyak manfaat kalau kita tahu cara guna dslr dengan betul. Kelas ni mmg tak rugi datang.
lagi lagi bagi orang yang zero knowledge, memang kena belajar juga
baru berbaloi dgn pelaburan kita beli kamere mahal