Ini adalah sejenis buah. Bukan batu granit atau batu akik. Ini adalah buah kawis atau kawista atau bahasa latin disebut sebagai Limonia acidissima. Mak mertua saya orang Jawa, sebutannya kawes. Mesti ramai tak pernah kenal buah ni, Kalau ada pun mesti dah lama tak pernah nampak atau makan.
Baru-baru ni balik kampung, ternampak ‘batu’ tergolek atas meja kopi. Saya jangka kan untuk menindih surat-surat yang ada atas meja daripada ditiup angin. Punyalah hairan dan pelik bila mak cakap itu adalah buah. Namanya Buah Kawis ( mak sebut kawes )
Dengan perasaan ingin tahu yang memuncak, saya paksa adik ipar untuk belah buah kawis ni… hahah..kulit dah keras, bukan senang nak belah.
Isi buah kawis macam asam jawa dan memang masam pun. Di Indonesia, buah kawista dibuat jeruk atau jus. Kalau nak makan , kena campur dengan gula. Isi dalamnya bertempurung bersabut dan berbiji halus. Isi buah kawis berbau yang agak kuat. Kata orang wangi tapi deria hidung saya bau sebaliknya.
Di Malaysia, buah kawis dikenali sebagai Buah Belingai atau dikenali sebagai Wood Apple, Elephant Apple, Monkey Fruit atau Curd Fruit
Inilah rupanya pokok Buah Belingai. Buah yang cukup masak akan jatuh dengan sendirinya. Sebab kulit yang keras macam tempurung, isinya tidak mudah rosak.
Sebelum balik dari kampung, saya jenguk pokok ni, untuk puaskan hati.
Wah, nostalgia. Duku kecik2 suke makan, makan dgn gula.emm, memang sedap. Kg mertua kt mane kak? Leh minx benih.. hehe
Terima kasih puan kerana membawa saya kembali mengimbau pada zaman sekolah. Pernah makan tapi hampir lupa rasa buah ni. Pokok rumah kawan saya tu sangat tinggi dan besar. Macam pokok balak. Kuasa Allah kan, daun pokok yang kecil kecil, pokok tinggi dan diberi kulit buah yang keras supaya isi tidak rosak semasa jatuh.
Ramai first time dengar..saya pun sama. hehehe
wow…x pernah dngr
owh ni buah kawis
Pernah makan. Masam dia luar biasa betul.
Assalam,
Menarik dan agak pelik rupa dia. Kalo tgk gambar mcm tk lalu nk mkn…tp kena gak cuba baru tau kan..hehe
Boleh buat substitute asam jawa nih 🙂
Menarik. First time tengok & dengar buah ni..pelik jugakkan..
Err.. kulitnya keras macam tempurung? Sakit nih kalau jatuh atas kepala.
first time tahu buah2 ni kak…thanks..
tgk macam buah asam jawa plak dlmnye…kat shah alam ni xtau ada ke tak
Pertama kali mendengarnya. Masalah negara kalau ada yang mengidam untuk mendapatkan buah yang boleh dikatakan rare. Kalau buah pelam boleh gagahkan lagi. 🙂
Apa pula kegunaannya? Untuk dimakan atau dimasak?
Tak pernah jumpa buah ni..
Fuh!..memang rare..tak pernah langsung dengar nama buah ni..tengok live depan mata memang tak la..apatah lagi nak rasa..
Info yang bagus..yakin sangat kalau si pencari info taip nama buah belingai,buah kawis,buah kawes,wood apple, elephant apple, monkey fruit atau curd fruit, confirm entri ni antara yang duduk di front page..hehe..
Assalamualaikum,
First time tengok, dengar dan tahu tentang buah ni…ohhhh perak jugak daku ni rupanya hu hu huhu
Err. . . boleh ganti asam gelugor masak gulai ikan pedas kan kak kan?
hehehehe
x pernah dengar lg..rare buah nie..hehe
Sekali tengok macam batu sungai. Buah rupa nya.
First time tengok dan dengar nama buat kawis.
Satu ilmu baru untuk saya la ni…
Thanks for sharring.
Ada jual kat mana2 ke?
saya suka baca blog akak sebab akak suka bgtau benda yang saya memang langsung tak tau..terima kasih kak..
Dah lama tak makan buah ni Kak Jie, zaman sekolah dulu2 ada la tapi sekarang tak ada lagi. Pokok dia 1st time tengok…
tak pernah tau & tengok buah ni.huhu….tp nama buah belingai tu mcm pernah dengar.
banyak benda atau sesuatu yang kak jie post dalam blog ni saya x tau, termasuk buah ni saya x pernah tgk, hehehe
First time tengok buah ni.. 🙂
Tak pernah makan buah Belingai atau buah Kawis ni… Sedap ke rasanya?
masam