Ini catatan kisah 2 minggu lepas.
Sebelum ini kami pernah bertanya beberapa orang mengenai lokasi empangan ini, tatapi tak pernah mendapat jawapan. Empangan Sungai Tinggi ini tidak sepopular Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu )
Dalam perjalanan terpandang signboard ini. Sebenarnya agak keliru kerana kawasan ini lebih dikenali sebagai Sungai Tenggi. Rupanya nama rasmi adalah Empangan Sungai Tinggi.
Kami pun masuk ke jalan tersebut. Memandu lebih kurang 8 minit ( 5 KM ) sehingga sampai ke lokasi Empangan Sungai Tinggi. Sepanjang jalan ada kebun-kebun kelapa sawit.
Inilah pemandangan di sekitar Empangan Sungai Tinggi.
Spillway Empangan Sungai Tinggi. Spillway ni adalah tempat lebihan air dari takungan empangan dialirkan keluar.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai bahagian-bahagian utama empangan, bacalah blog suami saya di sini Projek Hidroelektrik Empangan Puah, Hulu Terengganu
Gambar semua guna telefon saja ni.
Bila tengok dalam google map, nampak ada jalan untuk ke Lembah Beringin. Lepas kena pujuk dengan suami, saya pun bersetuju untuk balik melalui jalan tersebut.
Perkara pertama saya tanya ” minyak cukup tak?” hihihi…. nak menjelajah kawasan yang tidak diketahui mesti pastikan minyak kereta mencukupi.
Macam ni lah jalan yang nampak gah dalam Google Map tu, bukan jalan bertar cantik tetapi laluan pekerja ladang. Kami melintasi Lebuhraya Utara Selatan.
Bayangkan kedudukan di tengah-tengah hutan…. Google Map memang sangat membantu dalam membuat pilihan jalan atau persimpangan yang perlu dipilih. Jalan tanah merah yang dilalui bukan ada rumah penduduk dan kami tak jumpa orang lain sepanjang perjalanan tersebut sehinggalah tiba di Lembah Beringin.
Dari Lembah Beringin, kami ambil laluan melalui Kerling untuk balik ke Serendah.
Lokasi Empangan Sungai Tinggi.
Dari Plaza Tol Bukit Tagar sehingga jumpa persimpangan ke Felda Sungai Tengi ( 10 Km ), ambil arah kanan ke Felda Sungai Tengi. Lebih kurang 4.5Km selepas kebun-kebuh buah-buahan Menteri Besar Incorporated (MBI) ada simpan masuk ke empangan di sebelah kanan.
Notakakikujie : ada lagi satu empangan nak review nanti..hik!
selangor ni macam ada masalah air selalu jer
jarang benar gi empangan..
Masih di paras rendah kelihatan air di empangan ni 🙂 hrp selangor x dicatu lagi lah slps ni
Macam menarik je kawasan ni agak2 ada ke eco challenge orang nak buat kat sini.
hihihi…mmg cantik empangan ni…tp klu orang tak biasa agak takut nak g kawasan ni. Tempat ni dekat dengan tempat keje saya….suka klu lepas hujan turun…air dia tinggi, nampak cantik je sebab masih dikelilingi hutan lagi kawasan ni….tp klu air surut…pemandangan kurang cantik.
rumah saya pun dekat dengan empangan di mersing..nama empangan tu memang unik, EMPANGAN CONGOK..
Suka jugak jalan-jalan camni. Nanti tunggu anak sulung besar sikit.
baru tahu empangan baru ni. tq
baru tahu ada empangan ni, jalan tar belum siap lagi kot…sekali sekala best ikut jalan ni…
wah… ada penjelajahan empangan pulak ye… sesuai utk golongan pencita alam 😉
Rajin buat penjelajahan ala Camel Trophy. Pastikan miyak cukup. 🙂
Seronoknya mengembara macam ni..Julie, Camo dan Alice tak ikut ke… 🙂
yo…..agaknya air empangan akan penuh bila musim tengkujuh…
wah..tengok jalan tue macam adventure betul. tapi berbaloi sbb tempatnya mmg cantik! ^_^
Wow, pengembaraan yang menarik, rasa macam best sangat kalau dapat menjelajah seperti Kak Jie.
subhanallah cantiknye permandangan….goggle maps mmg sgt membantu…terutama nk cari tempat atau kedai makan huhu