Ini adalah earning Nuffnang dari 14 September 2008 hingga 03 November 2010 . Tempohnya 2 tahun 1 bulan 18 hari atau 780 hari dengan jumlah earning yang di cashout RM 110.85 ( + seringgit kos penghantaran cek )
Earning dari blog kajian ini bukan kujie2.com tetapi blog lain yang saya juga Administratornya. Ada blogger yang tahu, ada yang tidak tahu , jadi tak perlulah saya sebutkan blog mana.
Blog tersebut tak pernah dapat Buffered Earnings dan jauh sekali nak bertukar menjadiiiiiiiiiiiii raksakse…. Metered Earnings.
Semua jenis iklan ada tetapi selalu hanya keluar logo Nuffnang saja. Sebagai seorang blogger yang mengenal dan berdaftar dengan Nuffnang sejak awal kemunculannya tahun 2007, sudah tentu tertanya-tanya juga di dalam hati, kenapa mengapa dan bagaimana.
Visitor? Trafik ? Mari kita tengok lalulintas di blog tersebut. Sesak seperti Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ke atau macam Jalan Hantu Mak Limah di Baling Kedah. ( tak de jalan ni kat sana…tak payah google maps)
30254 ( Tiga Puluh Ribu Dua Ratus Lima Puluh Empat Sahaja ) untuk minggu ini yang cuma diupdate 2 kali BUKAN 20 kali adakah tidak mencukupi?
Apa yang tak kena?
Jawapan standard ” tak menepati kehendak pengiklan”
Kalau itu jawapannya – trafik yang melimpah ruah bukanlah syarat untuk mendapatkan BE. Tips yang selalu blogger canang²kan itu dibuktikan SALAH!
Trafik bukanlah syarat utama.
Update survey segala tu adalah asas yang semua blogger perlu tahu pun telah dikemaskini.
Blog tersebut walaupun mempunyai trafik yang tinggi dan pengomen yang aktif tetap tidak MEMENUHI SYARAT untuk mendapatkan BE.
Ada syarat tersembunyi yang ramai blogger ( ada juga beberapa blogger dah celik mata bab ni ) tidak nampak.
Syarat tersembunyi – tulis mengenai Nuffnang dan bagi dia backlink. Itu yang tidak pernah blog tersebut buat.
Backlink………backlink……….backlink.
Iklan adalah perniagaan – backlink juga berada dalam kontek perniagaan online. Tahukah anda, backlink boleh dijual beli? Berapa harganya ? RM 0.25?
Contoh yang paling mudah dan asas- jika anda menulis Advertorial ( post berbayar ), anda perlu meletakkan backlink kepada pembayar post tersebut. Itulah jual beli backlink .
Kenapa tak buat backlink?
Konsep mudahnya – blog kita milik kita, pengiklan hanya MENYEWA RUANG. Code berat gedabak yang diletakkan di blog kita telah memakan banyak masa loading yang menjejaskan blog kita. Harga yang perlu dibayar sepatutnya setimpal dengan kedudukan blog tersebut.
Betul ke blog tu hebat sangat sampai nak claim BE dengan Nuffnang? Layak ke blog tersebut?
Selepas Cash Out earning pertama untuk tempoh 780 hari dengan nilai RM 110.85 , blog tersebut telah memasang iklan dari Innity.
Mari kita lihat pencapaiannya.
Tengok hasilnya – 15 hari ( 03 Novembar 2010 – 18 November 2010) – RM 555.86 . Tak sampai 15 hari sebenarnya kerana :
* 03/12 pasang iklan dah malam
*18/12 hari ini belum berakhir
* Innity akan update earning 3 kali sehari bukan seminggu sekali.
Nampak perbezaan yang SANGAT KETARA. Kalau rekod blog tersebut terlalu buruk , perbezaannya mungkin dalam julat yang kecil. Berganda² bezanya sampai tuan blog susah hati. “Culture Shock ” selepas 2 tahun dibuai² dengan tips dan tutorial mengenai Nuffnang tetapi realitinya sangat berbeza.
Entri ini dengan bukti – bukan cakap kosong. Saya cuma mahu blogger buka mata dan berfikir kerana saya tak suka menulis apa yang sebenarnya ‘ada dalam hati’ sendiri. Saya tidak mahu mempengaruhi pembacaan anda dengan teori dan pendapat saya.
Kalau ikutkan apa yang ada dalam fikiran saya, banyak yang hendak ditulis tetapi saya tidak mahu menyakitkan pihak lain.
Penulis² tips sila baca dan faham entri ini – kaji semula dan ubah suai tips yang sering anda sogokkan kepada blogger baru yang sering dahagakan ilmu. Ada satu tips PENTING yang sering dilupakan. Jangan tulis tentang trafik – saya telah membuktikan teori trafik banyak dapat banyak itu salah!
Saya tak share tips tersebut secara terbuka ( kerana saya tahu itu syarat tersembunyi yang cuba dinafikan ) tetapi beberapa kali saya membalas email blogger yang bertanya soalan tersebut.
Ramai yang tak suka pendedahan ini kerana ianya pahit. Saya minta maaf walaupun tiada kesalahan pun dalam bukti yang saya paparkan.
Nota : Post ini untuk blogger yang sering bertanya dan mahu ambil tahu mengenai Nuffnang, kalau komen anda ” aku tak kisah…. saja-saja letak Nuffnang…. “ post ini BUKAN untuk anda.
betul sangat! traffic sy okay je, tp langsung tak dapat be. dulu traffic 50-100 kerap dapat, dah tinggi, tak dapat pulak. pelik betul nuffnang.
saya link post entry ni…share ya..thank 4 d info
betul2.. saya setuju..
haha..nuffnang??mengecewakan..
dah geram punya pasal..mamat sampai buat entri nuffnang pilih bulu..huhu
ininty ada syarat ketat..bukan semua blogger dapat pakai..huhu
ni apa pulak ni kujie.. cpc la.. cpe la.. nak nagis ni suri baca.. dari nak buat blog dah terasa cam goblok pulak.. huhuhuhu..
info menarik!! byk ilmu suri dpt… tapi ala2 fening lalat nihh… fenin la..fenin la… huhuhu..
bagus lah…nak cuba tips yg diberikan
satu tips yang sungguh berguna….
terima kasih kerana info yang sangat berguna nie.. Saya link post entri anda nie untuk post entri saya..
harap2 boleh kongsi bersama pendapat kujie di entri blog saya..
sekian harap sudi singgah
terima kasih kerana info yang sangat berguna nie.. Saya link post entri anda nie untuk post entri saya..
harap2 boleh kongsi bersama pendapat kujie di entri blog saya
macam tu rupanya.. patut lah kalau pun trafik sesak tapi tetap tak ada BE … thank yer sis atas infonya
terbaik la kak jie..nuffnang dapat nama sebab syarat nak letak dia senang..bukan ke kod html pada iklan tu dh bagi backlink pada nuffnang?
kak jie, letak backlink nuffnang tu maksudnya kena letak link nuffnang. nuffnang with link? contohnya kita buat entri kan. then dekat last2 tu letak je nuffnang. macam promote nuffnang eh? errr bebelit pula. 🙄
Dah tahu tapi tak tergerak hati nak register lagi, rasanya hari ni nak registerlah.
terimakasih kerana berkongsi dengan pembaca kak jie
salam kak kujie, mungkin kak kujie dah tau atau tidak saya tak pastilah.. saya terjumpa sebuah syarikat pengiklanan milik penuh bumiputera.. mungkin kak kujie boleh cuba jugak.. hehehehe.. http://www.adsniaga.com/
saya macam blur sikit, tapi rasanya kak jie nak cakap yg innity lagi bagus dari nuffnang betul x? 😕 memang ramai kawan saya yang letak iklan innity tapi semua yang dah hebat2, kalau setakat saya ni jaoh beza la dari kak jie, seminggu paling banyak pon 500 visit je, jadi rasa rendah diri ckit 😥 macam x layak je nak letak tabung gajah macam kat blog kak jie ni 😆
tapi nak join innity ni pon kena UV tinggi. syarat2 pn lebih ketat. xpela, kak jie. saya setia dgn nuff dulu sampai trafik tinggi mcm kak jie dulu, pastu innity, here I come!
salam. kak, saya nak tanya dekat blog saya dah keluar iklan, maknanya nanti dapat BE la? saya xfaham sgt la.. 😐
terima kasih kak jie kerana kongsi tips ni. saya nak cuba buat la. pada pendapat kak jie nuffnang ke innity yang lebih bagus?
satu bahan bacaan yang baik.
haa… kantoi sudah.. Saya pun banyak kali nampak tips macam mana nak dapat BE ni.. Kebanyakkannya kata trafik kena tinggi2.. Kalau trafik tinggi sng dapat BE, takkanlah ada blogger mengeluh tak dapat BE ni…
Cara paling senang bagi saya, tak pyh fikir pasal BE.. Ni bukan pasal letak nuff untuk suka2… Cuma kalau terlalu fikir benda ni, last2 apa yang di post mengarut2.. Sekadar untuk dptkan trafik je.. (dari pengalman dan pemerhatian)
sekarang ni memang payah dapat BE,
saya ada satu blog yang UV nya 30-50 sehari, tetapi dapat satu BE sekarang ni,
pastu ada blog, yang 200-300 lebih dah lama tak dapat BE sejak awal tahun ni.. saya tanya nuffanng, diorang kata pengiklan tak pilih blog kita..
entahlah, rezeki masing2 kot
nasih ada satu blog lain yang ada innity, dapatlah sikit duit
tapi tak macam Kujie, dapat RM1000 sebulan? yeke? hehe
oh ya ha?baru ler tahu…
hurmm..thanks!
bagus betul pendedahan ini…
wah.. nice! bagus aa.. sy pun wonder apsal nuff dah tak bagi BE..
baca komen lain, ada kak jie terangkan backlink tu ada
keyword – baca 😆
kalau dai ckp UV 100 keatas – blog kajian kak jie tu UV dia seminggu 30 ribu lebih
diulang….tiga puluh ribu!
dapat setahun rm 100
copy entri ni, pergi kat google translate – alih bahasa pada bahasa yang farah faham…hehehe
lawak je tu..
kalau tak faham, maksudnya…kena banyak membaca lagi
cari ilmu untuk faham
Selalu nampak blogger buat entri
Nuffnang kedekut, dah tak bagi BE
bulan ni duit sikit..bla…bla…..
kadang2 pelik.. cakap buat blog untuk diri sendiri, untuk luahan jiwa raga yagn bergelora – tapi kenapa nak tergugat dengan side income?
Pengiklanan adalah perniagaan… so kena faham konsep mudah tu
ada musim ‘mega sale’ ada musim sejuk beku tak ada income
pengkilan pun ada tahun kewangan, ada bajet untuk mengiklan bukan dia saja2 suka nak bagi duit kat blogger…dia menjual produk jadi mesti dia ada target bila nak buat iklan, bila nak buat promosi.
ikut pengalaman kak jie, waktu ‘lebat’ 2 bulan sebelum akhir tahun, biasanya waktu ni ada banyak perayaan,….ada byk promosi merdeka, tahun baru, hari raya, krismas, akhir tahun…
lagi satu – semua blog letak iklan yg sama…. pergi blog A ikan kasut, pergi blog B iklan kasut, pergi blog C iklan kasut
jadi…………. tak ke muak nak tengok iklan yg sama je setiap hari? Kalau iklan yang sama kita tengok 20 kali sehari, larat ke kita nak klik 20 kali?
Naluri kita mesti nak klik iklan yang baru, yang tak pernah tengok sebelumnya…………
membebel panjang pula kak jie… 😆
memang betul. dah nama bisnes, sebagai advertiser diorang buat sesuatu mestilah untuk kebaikan company.
bagi blogger pula, sepatutnya perlu faham. betullah apa yang kak jie terangkan. memanglah langit tak sentiasa cerah setiap hari.
kalau ada bulan tu takde BE terima seadanya. mungkin takde rezeki. kalau ada yang tak puashati, pilihan di tangan korang. apa ada hal.
kata berblog untuk diri sendiri.
Pergi ke > http://www.innity.com/
kat bahagian site requirements ada syarat2nya
Before you apply To be a part of Innity Network
Websites must have a minimum of 100,000 Pageviews per month on average.
Avarage UV blog saya setiap bulan – 43 688.25 untuk tahun 2010
Tq Kak! Nice Info
kak kujie, camner kita nak apply innity ni, ada apa apa syarat ka, saya ingat nak bertukar ker innity dari nuffnang ni. dengar kata innity nak kan web yang tinggi traffic , betul ker, reply kat web saya boleh x, hehe
Salam kak jie… selalu ternampak nama kak kujie. teringin nak jengah. baru ini ada kesempatan. seronok buat analisis & thanks sharing dgn semua. yg lain2 masing2 buat keputusan.
Terima kasih…den pon sebahagian dari pengkomen kat atas…dapat info yang salah…kena banyak mencari lagi…
1. tulislah psl NN selalu, terimakasih..terimakasih..terimakasih…baik hati baik hati, 1st cheque, 2nd cheque, dpt invitation, dpt tiket free….BE ME BE ME ….bla…bla…bla…..
2. yup..dah berfungsi dah tu.. 😆
hai.
nak tnya sikit.
1.mcm mana nak backlinkkan nuffnang?
2.klu ikln nuffnang dah tunjukkan iklan maksud ye dah berfungsi?btl ke.
thanks. 😀
sy dah bace entry akak ni 2 kali…tapi sy tak paham..hehe
*terase lembab lak.. 🙂 😳
Fuhh.. Panjang giler komen sampaikan x tau nak komen apa dah.. Kering idea.. Tapi semuanya telah terjawab.. Ada rezeki, adalah yer..he3
p/s : Nampak mcm Jai sorang je tercicir kat cni..
camne nk join MS-Exchange Online?
leh bg tunjuk ajar?
btul2..sokong sngt2!!
Menarik nih…
ok dah dapat penjelasa dari Robb…TQ
kak, yang tulis komen kat ats tu saya tau, lupe nak letak nama la pulak, tolong wat penjelasan ek saya dah confius ni
pernah tanya kat Nuffnang B4 this pasal benda ni, then diorang balas email cakap UV mesti 100 ke atas, baru berpeluang dapat BE, then saya tanya kenapa?dia cakap kalo tak ramai orang masuk blog saya wat ape nak letak iklan kat blog saya, innity memang masyuk tapi kalo macam blog saya yang jumlah visitor tak kuat tak sampai ribu riban susah nak dapat tender iklan innity ni, sebba dah pernah try then kena reject…la ni dah confius…ape sebenarnya yang betul ye??
wow.. nice.. tapi nana tak paham lah backlink tuh camne.. leh gtaw nana tak?? hmmm
segala persoalan sy telah terjawab sekarang. terima kasih kak kujie.
salam kak.jie…
owhh cenggitu ghupernyer.. terima kasih kak kongsikan info..
sangat terperinci.. 😆
Saya juga ada pengalaman untuk blog kujie2.com. Dan apa yang saya tulis ini juga berlaku pada kujie2.com.
Blogger baru banyak menerima info yang salah mengenai trafik.
p/s – Tempohnya 2 tahun 1 bulan 18 hari adalah tempoh Glitterati
Terimakasih kerana menulis di sini.