5 Cara Mendapatkan Pembaca Setia Blog
Blog Tutorial

5 Cara Mendapatkan Pembaca Setia Blog

Ramai ‘newbie’ menghantar email bertanya soalan yang hampir sama setiap hari.  Bagaimana menguruskan blog dan mendapatkan pengomen yang bagus².

Wahai pengomen blog kujie2.com – anda patut tepuk tangan untuk diri sendiri!:lol: kerana anda sedang diperhatikan!

pelawat terkini

Sebenarnya saya tiada jawapan. Agak susah untuk mendapatkan jawapan tepat jika berhubung dengan ’emosi manusia’ bukan ‘robot crawler’.

Semua orang ingin blog tumbuh berkembang dan mempunyai pembaca setia . Menukar pengunjung kepada pembaca  setia bukanlah mudah kerana mereka akan membaca kisah yang sama, gaya tulisan yang sama dalam tempuh yang lama.  Mereka adalah pembaca yang konsisten secara teratur membaca blog , menyebar artikel dan meninggalkan komentar berkualiti tinggi.

Bagaimana menukarkan pengunjung blog menjadi pembaca setia? Kepuasan tidak akan sama walaupun kita punya trafik  beribu sehari tetapi mereka hanya datang dan pergi berbanding 100 pembaca berdedikasi.  Yang memahami gaya penulisan kita, walau pun hanya sekadar sebaris ayat.

Hari ini saya ingin berkongsi 5 cara untuk menukarkan pengunjung blog menjadi pembaca berdedikasi :

  1. Jadilah diri sendiri – Tak perlu menjadi seperti si dia hanya kerana dia telah berjaya.
  2. Kongsi pengalaman – Contoh jika  ke restoran. Bukan makanan yang perlu dihighlight dengan gambar diri sendiri tetapi pengalaman yang ingin pembaca ketahui.
  3. Fokus pada manfaat untuk pembaca. Artikel sekurang² boleh membantu dan memberikan nilai kepada pembaca. Focus on benefits, not features.
  4. Menulis untuk manusia, Bukan mesin carian ( search engine ) – Pembaca blog yang berdedikasi adalah seorang manusia, jadi mereka tidak mahu ‘dimanupulate’ untuk kepentingan sebelah pihak. Memang lalu lintas trafik meningkat pada carian katakunci yang hot, tetapi mereka hanya datang dan pergi, bukan sebagai pembaca berdedikasi. Jangan membiarkan katakunci mengawal penulisan . Jika pembaca suka, mereka akan  berkongsi di media sosial, blog, e-mel, malah akan disampaikan dari mulut ke mulut. Itu adalah backlink berkualiti tinggi.
  5. Bercakap dengan pengunjung – salah satu kaedah komunikasi sehingga pengunjung dapat membentuk hubungan dengan pemilik blog dan merasa seperti mereka membaca dari seseorang yang mereka kenal.  Saya gunakan gantinama diri “saya”  apabila menulis entri tetapi sekiranya membalas komen kepada pengunjung yang telah lama dikenali, tahu beza umur, saya gunakan gantinama diri “Kak Jie”.  Membalas komen adalah hubungan peribadi antara saya dan dia.
  6. Gembira dengan blog. menikmati apa yang ditulis dan pengunjung juga akan merasai perasaan kita. Have fun, and your blog will be fun – dan pembaca juga akan datang semula menjadi sebahagian dari identiti blog.

5 + 1 !

Saya melihat pengomen sesebuah blog adalah identiti blog tersebut. Dari komen² yang ditinggalkan, kita tahu tahap kemesraan antara tuan blog dan pembaca beliau… betul tak?

Ini adalah pendapat saya sebagai penulis blog, tentu pembaca punya pendapat tersendiri mengapa mereka boleh menjadi pembaca yang berdedikasi .  Mereka saja yang boleh memberi jawapan yang tepat.

Nota : entri lama dikeluarkan semula selepas saya mendapat email bertanya soalan yang sama.  Sila baca kerana saya tak buat personal coaching, guna kotak carian katakunci di sebelah sidebar blog.

©kujie – saya sendiri gagal mengikuti beberapa tips di atas…hehehe! Blogger tua – Blogger Menopause

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

166 thoughts on “5 Cara Mendapatkan Pembaca Setia Blog

  1. Tak kisah sangat pembaca lain. Asalkan, kak jie adalah pembaca setia blog saya. Setiap kali come back, mesti ada kunjungan dari kak jie. hihi

    1. bukan senang nak imbangkan kedua2 keadaan tu…tarikan ‘nak cepat’ selalu buat org hanya fokus pada enjin carian bukan untuk memahami jiwa pembaca seorang manusia

  2. Terima kasih kak Jie, perkongsian yang bermanfaat. 🙂

    Kita akan merasa beruntung apabila kita ada pengunjung setia kan 🙂

    1. kak jie pun ada senarai blog yang diikuti sejak dulu…walaupun mereka bukan blogger yang disebut sebut atau dikenali, tetapi identiti dan penulisan mereka sgt menarik minat.

      tiap orang ada kecenderungan masing2.. kita tak boleh paksa org utk suka kita

      1. Yup betul tu, tak semua suka dengan cara kita, tapi apapun kita enjoy dengan penulisan kita di samping kita jaga juga hati pembaca 😉

    1. selalu kak jie share tetapi dgn cara kak jie..bukan jenis tertib mcm ni…biasanya selit dlm entri2 biasa

  3. Salam kak jie.
    Terima kasih atas tips yang kak jie berikan memang besar maknanya pada saya yang baru nak set up balik blog yang tunggang langgang ni. terima kasih kak jie

  4. Saya kalau nak cakap kenapa saya minat dan setia di blog ni satunya adalah kualiti penulisan….itu adalah teramat penting untuk terus saya melekat dekat mana-mana blog pun, bukan pengunjung yang ramai, bukan follower yang ramai, bukan blog yang giler cantik…tetapi satu faktor penting ialah mutu penulisan blogger tersebut.

    kalau dah penulisannya memang menarik dan berkualiti dan rasa seperti kita dekat dengan penulis tersebut..

    so di ulangi ialah kualiti penulisan tersebut, walaupun blog simple ataupun buruk

    1. kalau dah kena jiwa, serasa… mcm mana rupa blog tu kita dah tak peduli, kan
      betul..betul…betul… masih ikuti beberapa blog zaman 2005-2007 yang tak pernah berubah apa2…masih style penulisan yang sama

  5. Dari komen² yang ditinggalkan, kita tahu tahap kemesraan antara tuan blog dan pembaca beliau… betul tak?

    😀

    1. jangan nak bermulut manis sangat lah……………. orang dok jauh tak dak duit raya
      kad pun tak sempat nak pos tahun ni

  6. Saya nak komen sebagai pembaca setia blog Kujie2.com

    1.Saya suka blog ni sebab,tak serabut,kemas susun atur,tak ada bling2,tak ada pop-up paksa rela jadi fan.

    2.Jalan cerita dan penyampaian,walaupun Kak Jie bercerita perihal keluarga,saya dapat rasakan yg saya juga ada masuk (feel) dalam cerita tersebut.Ini yang jarang kita(blogger) ada skill macam ni.

    3.Maklumat dan Pengajaran.Selalu nya diakhir cerita,ada diselitkan maklumat,contoh kalau Kak Jie ke Muzium,ada info pasal tiket,waktu operasi,map.Kira macam lengkap lah.Kita baca pun rasa macam nak pergi jer tempat tu.

    4.Dan banyak lagi lah…korang mesti tau naper korang suka singgah sini hehehe…

    Pandangan yg ikhlas dari saya.Kalau pandai,3 point diatas ni boleh dijadikan tip CARA NAK PEMBACA SETIA.

      1. terima kasih kerana luangkan masa menulis komen panjang macam ni…. sebenarnya kak jie ada ‘connection’ bukan saja di blog tetapi lebih personal dgn ramai pembaca, sebab tu nampak smooth je

    1. kak jie amat kurang keluarkan entri tips macam ni.. sebab pengalaman sendiri tak boleh nak dilistkan … dia terbit secara spontan

    1. sama-sama
      ini bukan semestinya tepat atau semua orang perlu ikut
      sebenarnya bergantung apa yg kita mahukan… kategori blog kita mcm mana
      kalau buat utk suka suka, utk diri sendiri.. tak perlu ikut apa2 law …buat je ikut suka sendiri

    1. bukan korang.. kak jie sendiri pun bukan ikut sangat
      ini cuma panduan.. kata orang manual book
      kita sendiri yg tentukan skil nak buat mcm mana

  7. Kelemahan saya yang jelas jarang dapat membalas komen di setiap entri tapi yang tak jelas tu banyaklah sangat Kak Jie. Akan cuba di perbaiki dan akan mengikut tip2 yg telah di beri.

    1. Kak Jie pun……………. banyak sangat tak boleh buat sekarang tak macam 3-4 tahun dulu.

      Umur dah bertambah, ada hal² fardu ain lain yang perlu kak jie utamakan… blog ini ursan fardu kifayah sahaja.. banyak masa yang dihabiskan untuk blog dulu terpaksa di kurangkan… Harap² pembaca akan faham dan jangan berprasangka bukan-bukan

  8. kalau kita mesra dengan blogger lain.. pasti blogger lain mesra dengan kita juga
    mesra ni dlm bentuk melawat blog, tinggalkan komen, share entri

    1. kak jie tak berapa nak mesra bab tu…. terus terang
      selalu baca tips tapi kak jie tak dapat ikut
      ramai yang kecik hati dengan kak jie …sebab tu kena letak description… apa yg ada di blog ni kalau bermanfaat ambil, saya tak dapat beri lebih dari itu 🙂

  9. sofar, saya have fun.. cuma disebabkan nak jaga kualiti, saya mengambil masa 2-3 jam untuk siapka satu entry.. 🙂
    pasal komentar kualiti tu kan kak, saya selalu gak kecik ati, dari komen kita tau orang tu sebenarnya baca ke tak entry kita.. kecik ati sbb kadang kita tulis panjang, pastu orang komen tah pape.. 🙁

    1. Kak Jie ni Blogger Menopause – dah kurang hormon untuk berblog… blog dah ada macam teruskan aje apa yang ada. Tak macam awal2 dulu ghairah nak buat itu ini… nak berhenti sayang… nak teruskan tak menang tangan.

      Tak apalah.. ada tips suruh blog walking, depa ikut
      tapi ada kesan negatif juga…semua benda ada sisi baik dan buruk, kan.

      1. hurm.. so saya kena keep positive je la kan dengan apa yang jadi… banyak lagi nak belajar walaupun dah 4 tahun blogging…

  10. wah artikel lama nih 2010 belum pandai lagi buat blog. yeah saya akan ingat menulis untuk manusia bukan menulis untuk robot carian.

    1. ada banyak entri tips blogging sejak tahun 2007 tetapi sekarang kak jie dah kurang menulis bab ni… benda2 ni masih relevan utk setiap masa..

  11. aduh….dayah sangat suka tips nih..
    dayah “curik” sikit ek letak kat blog dayah..!
    🙂
    heheh..
    tolong lah halalkan ilmu yg saya curi …
    😉

  12. best sgt blog kujie2 ni … saya pn da follow skang , bnyk info dan tios2 yg menarik dan leh digunapakai .. visit mine … my experience and lovely story mory .. till then.

  13. Tips yang mantap kak jie.
    Walaupun nampak senang tapi susah jugak nak ikut.
    Susah ke tak susah tips ini kena ikut kalau nak dapatkan pembaca setia.Daripada entry yang popular dapat membantu kenalpasti post kita yang mana satu paling ramai orang minat baca.

  14. bagusnye info ni…huhu…terasa plak…betul, just be urself kan…napa la bru skang terabca topik ni 😕

  15. salam kujie
    saya suka dengan statement bercakap dengan pengunjung. Mesra lahir dari komunikasi yang baik
    thanks

  16. Saya suka point yang no 3. Ermm…sekarang baru saya tahu erti pembaca yang setia..Thanks Kak Jie..

  17. satu lagi kak jie, kenalah lawat blog pengunjung juga.. sbb pada saya kdg2 pengunjung dtg bila kita ke blog mereka.. itu pun lau de masa la.. hehee

Comments are closed.