Ramai ‘newbie’ menghantar email bertanya soalan yang hampir sama setiap hari. Bagaimana menguruskan blog dan mendapatkan pengomen yang bagus².
Wahai pengomen blog kujie2.com – anda patut tepuk tangan untuk diri sendiri! kerana anda sedang diperhatikan!
Sebenarnya saya tiada jawapan. Agak susah untuk mendapatkan jawapan tepat jika berhubung dengan ’emosi manusia’ bukan ‘robot crawler’.
Semua orang ingin blog tumbuh berkembang dan mempunyai pembaca setia . Menukar pengunjung kepada pembaca setia bukanlah mudah kerana mereka akan membaca kisah yang sama, gaya tulisan yang sama dalam tempuh yang lama. Mereka adalah pembaca yang konsisten secara teratur membaca blog , menyebar artikel dan meninggalkan komentar berkualiti tinggi.
Bagaimana menukarkan pengunjung blog menjadi pembaca setia? Kepuasan tidak akan sama walaupun kita punya trafik beribu sehari tetapi mereka hanya datang dan pergi berbanding 100 pembaca berdedikasi. Yang memahami gaya penulisan kita, walau pun hanya sekadar sebaris ayat.
Hari ini saya ingin berkongsi 5 cara untuk menukarkan pengunjung blog menjadi pembaca berdedikasi :
- Jadilah diri sendiri – Tak perlu menjadi seperti si dia hanya kerana dia telah berjaya.
- Kongsi pengalaman – Contoh jika ke restoran. Bukan makanan yang perlu dihighlight dengan gambar diri sendiri tetapi pengalaman yang ingin pembaca ketahui.
- Fokus pada manfaat untuk pembaca. Artikel sekurang² boleh membantu dan memberikan nilai kepada pembaca. Focus on benefits, not features.
- Menulis untuk manusia, Bukan mesin carian ( search engine ) – Pembaca blog yang berdedikasi adalah seorang manusia, jadi mereka tidak mahu ‘dimanupulate’ untuk kepentingan sebelah pihak. Memang lalu lintas trafik meningkat pada carian katakunci yang hot, tetapi mereka hanya datang dan pergi, bukan sebagai pembaca berdedikasi. Jangan membiarkan katakunci mengawal penulisan . Jika pembaca suka, mereka akan berkongsi di media sosial, blog, e-mel, malah akan disampaikan dari mulut ke mulut. Itu adalah backlink berkualiti tinggi.
- Bercakap dengan pengunjung – salah satu kaedah komunikasi sehingga pengunjung dapat membentuk hubungan dengan pemilik blog dan merasa seperti mereka membaca dari seseorang yang mereka kenal. Saya gunakan gantinama diri “saya” apabila menulis entri tetapi sekiranya membalas komen kepada pengunjung yang telah lama dikenali, tahu beza umur, saya gunakan gantinama diri “Kak Jie”. Membalas komen adalah hubungan peribadi antara saya dan dia.
- Gembira dengan blog. menikmati apa yang ditulis dan pengunjung juga akan merasai perasaan kita. Have fun, and your blog will be fun – dan pembaca juga akan datang semula menjadi sebahagian dari identiti blog.
5 + 1 !
Saya melihat pengomen sesebuah blog adalah identiti blog tersebut. Dari komen² yang ditinggalkan, kita tahu tahap kemesraan antara tuan blog dan pembaca beliau… betul tak?
Ini adalah pendapat saya sebagai penulis blog, tentu pembaca punya pendapat tersendiri mengapa mereka boleh menjadi pembaca yang berdedikasi . Mereka saja yang boleh memberi jawapan yang tepat.
Nota : entri lama dikeluarkan semula selepas saya mendapat email bertanya soalan yang sama. Sila baca kerana saya tak buat personal coaching, guna kotak carian katakunci di sebelah sidebar blog.
©kujie – saya sendiri gagal mengikuti beberapa tips di atas…hehehe! Blogger tua – Blogger Menopause
terima kasih kak jie atas perkongsian ini… baru belajar benda baru.. thanx…
memang best la tips yang kak bagi nie .. menyentuh sampai ke kalbu =)
Bagus tips ni kak.. Saya pun sedang belajar nak menarik pembaca setia ni.. Susah juga kalau terlalu depending kepada pengunjung melalui blogwalking saja.
fuhh, minum teh + makan goreng pisang.. sambil baca blog kakjie memang santai.. haha.. erkk masih tengahari la plak.. hehe
Tips terbaikkk. Nak try, sampai jadi. tq tq!
dapat ilmu baru lagi..akan diamalkan,tak tahu bole wat ke tak ..tme kasih kak jie.. 🙄
banyak belajar daripada kak jie..
sayapun masih dalam proses membaiki penulisan.. nak elakkan daripada menghampakan pembaca dan pencari maklumat
Hi, first time stepping in, interesting tips. Hope you don’t mind, ive added your tips in my blog, of course linking back to yours 🙂
will definitely drop by again
aku belajar benda baru diblog ni..tq
Nasihat no 1 itu sangat berguna untuk newbies. Tanpa “be yourself kita mudah terjebak dengan perancangan orang dalam berblogging.
stuju sgt!
pcy atau xpcy..setiap blog mmpunyai pembaca setia mereka sendiri n silent readers yg maleh mmberi komen 😀
Terima kasih kak kujie…tips ni evergreen, bile2 pun boleh diaplikasikan…terima kasih banyak2..
pengalaman mematang kan fikiran…setiap apa yang kak jie tulus, bagaikan magic..sume ada makna..sume betul belaka, sbb tu kalu datang sini bila baca entri harus baca smapai habis..sbb banyak benda nak sedut bawa balik.. tenkiu kak jie..minta halal segala ilmu
tips yg kak jie bagi nampak senang jika hanya baca tp bila nak praktikkan memang bukan satu benda yang mudah..
salam kak jie. Mmg best tips kali ni. Saya pun dah lama tak beroperasi memberi komen ni. Skarang ni baru ada kelegaan masa sedikit lawat geng2 blogger yg lain. 🙂
nak ikut tips kak jie ni memang bagus… 😀
saya dah betulkan kerana komen dari pakar² – kesilapan ejaan adalah tanda tahap profesionalisme penulis yang rendah.
kena dengar nasihat orang lain juga.. tak boleh keras kepala 😆
Terimakasih cikgu – pembaca yang baik akan nampak
Inilah salah satu contoh bagaimana pembaca begitu teliti dan menghayati setiap ‘isi’ yang disampaikan oleh penulis blog
jadi – moral of the story – jangan main² dengan pembaca blog sekiranya anda memerlukan feedback yang dari mereka.
p/s – saya tak akan baiki kesilapan tersebut – di situ ada point atau pengajaran untuk saya dan pembaca.
Terimakasih cikgu 😆
Betol kata kak jie. Kita perlu tumpukan pada pembaca dan bukan pada enjin carian. 😉
Artikel yang menarik.
hah! tu dia… inilah identiti encik azman kita berkomen sejak dulu-dulu…cuma dia makin kurang tinggalkan komen
tetapi boleh dimaafkan – sesiapa yang tahu mungkin sedar beliau sejak menjadi ‘daddy’ makin sibuk membuai2 menepuk2 untuk tidurkan anak sambil2 beronline.
malah sekarang telah pandai mencipta theme sendiri untuk wordpress… inilah contoh orang yang bukan ‘tin kosong’ atau ‘air separuh tempayan’
cakap banyak penuh dengan point atau fakta yang boleh disedut oleh pengunjung yang lain
inilah konsep berkomen yang bagus..menyebarkan ideologi bukan sehala tetapi serampang bermata sepuluh! 😆
sangat setuju segala petua dari kujie.com 🙂
daripada “komen blog” saya boleh buat satu entri. hehehe. etika sebenarnya adalah kemesraan. kita tak bertandang dan beramah mesra dengan orang, mana mungkin orang nak bertandang dan beramah mesra dengan kita pulak.
mungkin ade setengah tu segan… maklum la, orang ni PR tinggi, alexa mengkagumkan. memang perkara tu menjadi kebanggan pemilik blog atas usaha dia selama ni, tapi percayalah… dia juga mengalukan kedatangan anda untuk berkomen dan beramah mesra dengan dia.
etika hidup blogger sebenarnya apa yang saya nampak dulu adalah satu tumpun masyarakat penulis yang saling hormat-menghormati. tanam dan semat dalam diri rasa rendah diri, sentiasa nak berusaha untuk maju dan terus pandang ke depan. namun tidak mendabik dada atas kejayaan. itu sebenar yang saya nampak…
tetibe saya melalut macam wakil parti politik berhujah. ni dah mula la kan. sebab dah lame tak komen panjang. tak pe.. komen panjang dah bukan menjadi trend masa kini katanya. maka kewujudan sendiri diketepikan menjadikan mata yang memandang semak akan komen yang diberi cuma hanya sepatah dua yang tiada erti kata bermanfaat.
penghayatan dalam berkomen memang teramat meluas.. baca tajuk, fahami tajuk, baca perenggan.. fahami tersurat dan tersirat. mane letak semua itu kalau sekadar mampir dan memaksa pulak orang lain datang berkomen ke belognya. sesekali tidak. ataupon cuma sekali seumur hidup melainkan anda mengubah atitude tersebut.
hehehe… dah la kan kak jie.. better saya buat post jemputan je kalau nak bebel panjang pasal komen. saya pon bermula dari komen untuk mendapatkan tahap macam sekarang ni. tapi tadek la saya kata saya sekarang ni teramat bagus… itu sejarah kita dalam membina ketamadunan dunia siber ciptaan sendiri. kirenya sejarah yang kita banggakan untuk diri sendiri dan jugak orang yang pandai menghargai.
dari tadi cakap sudah nak stop berkomen.. tapi masih jugak panjang berjela. ok yang ni adalah last… berkomen dengan hati yang terbuka dan tak mengharapkan sebarang balasan menghasilkan karangan komen seperti ini. inilah teknik yang saya gunakan semenjak terjebak kat dunia blog ni.
akhir kata dari saya… jadi blogger bukan saja menulis di blog sendiri, tapi juga sumbangan buah fikiran melalui komen di blog rakan-rakan.
Salam Ceria dan Salam Mesra untuk rakan pembaca Kujie2.Com
Tertarik dengan no.1, sebab kadang2 saya cemburu bila si dia yang kaya raya ada branded items kemudian blogkan dan terfikir nak beli jugak the same thing, nak blogkan juga. Tapi bila fikir2, “eh, aku perlu ke benda-benda tu? nak impress siapa? kalau beli benda tu pakai selalu ke? kalau da blogkan benda tu, confirm trafic naik ke? berbaloi ke earning nuffnang dengan nilai branded item yg diblogkan tu?” terus rasa insaf. bila saya baca2 blog orang, saya lebih suka penulis yang jujur dan telus tapi bukan membuka pekung di dada. Betullah, jadi diri sendiri.terlalu ikut nafsu, hm..insaf 😎 😎 😎
assalamualaikum kak ji dan bloggers semua
bagi abgreds, tulislah dengan gaya yang mudah difahami pembaca. kadang abgreds perasan ada mesej yg nak kita sampaikan tak sampai kpd pembaca..tak tau nak mudahkan macamana lagi..
gembira dengan blog sendiri!!
kekadang tu perasaan sedih menyelubungi diri,
sampai blog pun terasa sedih..
reader baca rasa kesian.
mesti reader tu takdatang balik…
oh oh terpikir plak..
blog pocket perasa apa ya? heheh:D
Kak Jie pun ada selang2 dengan entri target SEO
tetapi bukanlah setiap hari copy dan paste ‘keratan suratkhabar’
ada target isu semasa tetapi biasanya bersangkut dengan hidup dan pengalaman
“Contoh jika anda ke restoran. BUkan makanan yang perlu dihighlight dengan gambar diri sendiri tetapi pengalaman yang ingin pembaca anda kongsi.”
– ramai blogger tak perasan … biasa la syok byk gambar posing dr cerita pengalaman..hehe
kakjie dah berikan tips dan apa yang saya nak tambah dekat sini ialah semua tips yang diberikan memang ada dalam blog ini, kemesraan penulis blog dan juga setiap artikel yang ditulis dalam blog ini banyak mengajar dan memberikan saya ilmu tentang dunia penulisan
yang penting “be yourself”
yah.. simple je semua tips ni, tapi yang simple ni la paling susah kita amalkan… hehe
5 + 1 = 7,
tips yang sangat berguna, sebahagian memang sudah diterapkan, secara sengaja ataupun tidak sengaja, apa yang penting, biasanya yang berlaku, sekadar menulis untuk berkongsi, walaupun kadangkala menanti juga kalau ada orang komen, tetapi disebabkan tidak meletakkannya sebagai kayu pengukur, artikel tetap terus ditulis 😀
salam kak jie. nie baru pes time syaz singgah blog kak jie. saya tahu saya ketinggalan. haha. anway kak jie, tengs sbb bagi advice yang cukup best. saya harap saya boleh jadi macam kak jie. ^^
what you give, you get back 🙂
“Bercakap dengan pengunjung” saya rasa paling penting. Kalau kita tak jemu-jemu layan pembaca, mereka akan tak jemu-jemu datang balik. Tapi bab ni saya paling lemah 🙁
salam kak..
terima kasih ..tips berguna
untuk yang nak improved ni..
he he..jazakallah..
masih belajar..
trima kasih untuk tips ni..
🙂
ringkas dan mudah tapi agak sukar dilaksanakan
Salam. Wow, menarik betul artikel ini. Saya setuju dengan hampir keseluruhan yang ditulis dalam artikel ini. Terutamanya menulis artikel yg bermenafaat kepada pembaca terutama seperti di atas. Cuma tak di nafikan sekali sekala diri tak tahan nak berlawak bila manulis atau ikut perasaan je.. 😛
Kejayaan adalah proses begitu juga ber blog untuk mendapat mebaca setia kita perlu belajar dan terus belajar memahami kehendak semasa. Dari pengalaman berblog setahun jagung perkongsian pengalaman memang mendapat respond yg baik cuma kelemahan saya nak respond balik teman blogger yg meninggalkan komen dan akhirnya mereka lari. Semuga teman-teman belajar dari kesilapan saya dan saya berdoa mempunyai banyak masa untuk blogwalking dan meninggalkan komen di blog sebagai balasan.
stuju-stuju, bagi kita yang penting jadi diri sendiri, tulis berdasarkan pengalaman, gaya bahasa simple dan bersahaja, lebih suka jika tiada singkatan perkataan, kita akan datang tanpa jemu.
1-3 memang dah menjadi kebiasaan..
4 terkadang saya ada juga buat untuk SEO =)
tapi ada juga yang menulis semata2 nuffnang.. haha.. “jangan lupa klik ye..” errr… what the .. ?
5 tak dapat buat sepenuhnya,..
6 sangat sokong! =P tapi sekarang kegembiraan tu dah kurang.. cuba2 nak saja2 menggeletek diri sendiri supaya gembira..
dekati pembaca…apa mereka nak…jd diri kita kerana apa yg kita tulis melambangkan diri kita…mmg kadang2 tu ada jugak copywriting tp lakukannya dgn cara kita yg bijak…kita membaca then olah supaya lebih menarik dr entri yg asal..kan bagus macam tu
Tips2 di atas perlu saya manfaatkan.. kerana saya blogger muda. Masih banyak menangis2… Teriak sana teriak sini…
ayat last tak boleh blah! XDDD
i think kak jie betul dlm soal ni, sye belajar consumer psychology utk subject business dn klu kite anggap readers sbg consumers, nk dptkn loyal consumers kene ade added value kt product kite. ie blog kite.
first added value in terms of knwedge, second the whole experience as an added value factor. ni ptg untuk bezakn dr dprd bloggers lain dlm market blog yg trsgt la saturated ni.
untuk yg fokus pda pnglmn mkan bkn mknan sendiri, this one is considered pschological engagement under media n communication, ie menggunkn perkataan ntk menggambrkn persaan dlm pembaca. cth prasan enknya mknn, atau mungkin sedihnya stu cerita. things like that.
overall mmg k jie betul, thnks fr this entry 🙂
skdar ulasan sya haha. gile merepk aku,
mula2 dok tetanya, baca dua tiga kali
quote :”Menukar pengunjung kepada pembaca kursus ( setia ) bukanlah mudah ”
kursus tu saja ditulis ke atau khusus?…. bila baca perenggan di bawah baru ada
quote :”Bagaimana menukarkan pengunjung blog menjadi pembaca khusus? ”
kujie tersilap kut ya…di atas tu…
pengunjung blog saya tak ramai, tetapi memang ada yang selalu muncul dan setia dengan entri yang tak semenggah mana, memang bersyukur juga, kerana tidaklah kita menulis sendiri dan hanya dibaca sendiri sahaja
setuju!
Tak perlu menjadi seperti si dia hanya kerana dia telah berjaya .. nie susah yang nak lari sebab kadang-kadang terikut juga 😳
Blogger tua – ghairah dah susut.
Muda lagi la kak Jie…. tak caya, tanya Intan. hehehe
lain orang lain citarasanya kanns 😉
Jujur kata sbb nak iklan free (tengok ada link latest post kat bawah)
Sebab last time kujie sendiri yang syorkan, apalagi, belasah sajalah kotak komen dia ini.
Itu orang kata palang pencucuh dia.
bila dah lama2 komen dan baca. Well, ok apa blog ‘berpengalaman’ ni. Bukan ‘tua’. Sila note di situ hehe.
And again, good tips there… as always.
tak sangka..
rupa-rupanya tips yg kak jie kasi memng mudah…
tapi kadang2 susah nak diamalkan..
hope satu hari nanti boleh jadi sehebat kak jie..huhuhu
thanks kak jie..
tips yang bagus untuk semua orang xkira la newbie ke tidak, sama2 boleh dapat manfaat