Menu berbuka puasa hari ini – Ayam Panggang Cendawan Shitake.
Saya bukan jenis merancang untuk masak apa waktu berbuka puasa. Biasanya bila dah ke dapur, buka peti sejuk baru dapat idea nak masak bergantung bahan apa yang ada di dalam peti sejuk.
Semalam saya beli cendawan shitake, tanpa dirancang nak masak apa. Tetiba dapat idea nak masak cendawan shitake dengan ayam, jadilah menu hari ini Ayam Panggang Cendawan Shitake.
Senang saja nak masak, saya bukan jenis suka berkecah kecah di dapur dan luangkan banyak masa semata-mata untuk berbuka puasa. Biasanya memang menu simple dan mudah jadi pilihan.
Ok.. jom kita memasak. Pakai apron dulu…. kalau kita komplain peniaga makanan tak pakai apron, kenapa diri sendiri tak nak komplen , kan? Secara asasnya sama saja situasi – menyediakan makanan.
Resepi Ayam Panggang Cendawan Shitake
- 6 ketul ayam
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- garam
- serbuk kunyit
- 2-3 sudu minyak zaiton
- 1 batang lobak merah di potong memanjang
- bunga kubis
- 1/2 labu bawang besar
- cendawan shitake ikut suka dan dipotong .
# sayur lain ikut pilihan masing-masing. Saya guna apa yang ada di dalam peti sejuk.
Cara Memasak Ayam Panggang Cendawan Shitake
- Perapkan ayam lebih kurang 20 minit dengan serbuk jintan manis, ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit dan garam
- Panggang dalam pemanggang ajaib dan percikkan minyak zaiton lebih kurang 20 minit.
- Bila ayam dah masak, keluarkan.
- Masukkan lobak merah, cendawan dan bawang besar ke dalam pemanggang ajaib. Tak perlu cuci bekas panggang ayam tadi.
- Masak 4-5 minit
- Bila dah masak, campurkan semula bersama ayam panggang.
- Sedia untuk di makan bersama nasi… ops! tunggu masuk waktu berbuka puasa dulu.
Senang je kan memasak? Yang payah nak dapatkan idea memasak menu berbuka yang simple.
©kujie – Hujung minggu ni nak pergi Hulu Terengganu bersama anak-anak ke tengah hutan belantara berbuka puasa bersama suami. Dah siapkan list barang nak di bawa kerana di sana bahan dan peralatan memasak memang terhad.
same style kita kakjie… nis pun x suka lama2 kat dapur dan sukakan menu2 simple. anak2 pun x cerewet, suami pun sama…
ayam panggang cendawan shitake ini bisa jadi menu masakan tuk berbuka nanti
terima kasih resep sedapnya ya Kak Jie
sedapnya, ganti ayam tu dengan ayam kampung boleh ke, liat la pulak kot. ayam tu je la yang boleh makan sekarang ni.
idea yang menarik…
terliur dibuatnya…mesti sedap sehingga menjilat jari nih…;)
serius sedap ni, saya x pernah lagi makan ayam dengan cendawan, leh cuba nih
first time dgr nama cendawan ni, jakunnya saya..tp mcm menarik, harus sedap ni.
tengah2 baca tiba2 nampak ayam panggang, ken scroll ke abwah laju2 bagi x nampak! =.=’
macam cedap aje ni. bak sepuluh ayam panggang..
Hehe…memang terbaiklah kak jie…
wow, nampak simple sangat tu, kecur liur tengok time pagi2 ni.
tq kak for sharing.
yang simple tu la yang sedap kan kak..tapi yang buat lagi sedap, sebab air tangan ibu tu. =)
MasyaAllah. .sedap nyer..
cendawan shitake lebih sedap dr cendawan tiram , kalau di luar negara cendawan shitake boleh di olah jd ala2 daging .. okay pengaruh tgk rancangan masakkan negara luar … hehehee
Cendawan Shitake tak salah saya saiznya besar. Ada kah rasanya sama seperti cendawan tiram.
memang terliur juga tengok gambar masakan nie..
Pemanggang ajaib yang banyak membantu kerja2 memanggang…nasib baca dah malam..kalau siang sure bebuka nanti pi cari ayam percik.
ingat lagi dulu, masak ayam masak kurma..ayam jadi keras gila..hahaha
pakai pemanggang ajaib ke tu kak??
hehe….
perh..
nasib baik buka post malam..
kalo siang..
mau terliur..
hahaha
Ini bukan menu simple dah ni..ini menu menjilat jari nama dia..
Perghh..meleleh air liur tengok ni kak jie..
nampak macam sedap je tu haa…ok..next week suh wife masak..:P
memang menarik ayam panggang cendawan nie…
baru sekali jerpakai pemanggang ajaib kak..hahaha
lom lgi cuba resepi lain…
wahhhh…………… memang ajaib tu! hahaha
kak sumi simpan kat mana pemanggang ajaib tu, jumpa dah ker…hehe