Cara Semak Sejarah Tweet di Twitter
Blog Tutorial

Cara Semak Sejarah Tweet di Twitter

Ingin menyemak tweet terdahulu?   Manalah tahu nak membelek ucapan-ucapan nostalgia dulu atau convercation bersama seseoaang yang semakin menjauh. Paling manis nak imbau balik tweet pertama yang dilepaskan di dunia siber.

Sebenarnya ada cara untuk memuat turun arkib yang kita ada di dalam akaun Twitter dan mendapat semua Tweet (termasuk Retweets) .

@kujie Tweeting Since: 2007-05-25 23:32:00 .  Hampir 6 tahun dok merapu meraban di situ.  Tweet tahun 2007 tak ada dalam arkib.  Kalau ada pun seketul dua je… masa tu tak ramai lagi yang ada akaun Twitter.

tweet pertama
Ini bukan tweet pertama tetapi tweet paling awal yang tersimpan dalam akaun Twitter.

Your Twitter Archive

Kita boleh menyemak kembali sejarah tweet akaun Twitter sejak tahun 2008. Boleh tengok semula kenangan atau merasai semula perasaan yang diluahkan di laman micro sosial tersebut. Nasib baik saya agak bertapis-tapis untuk luahkan apa saja di laman sosial, bila baca semula tak adalah…owh menyesalnya dulu pernah buat macam ni.

Cara Download Arkib Twitter

  • Buka Dashboard akaun Twitter di twitter.com
  • Kat icon gear kanan atas , Pilih Setting
  • Scroll bawah sampai jumpa  Request Your Archive , klik button dan pengesahan akan dihantar ke alamat email.
  • Buka email yang digunakan mendaftar akaun Twitter dan klik link yang diberikan.
  • Klik Download. File akan didownload dalam .zip

sejarah Twitter
Inilah catatan sejarah akaun Twitter saya.

  • 23 Jan 2008 – 1 tweet
  • 27 Feb 2008 – 1 tweet
  • 20 Nov 2008 – 1 tweet
  • Dec 2008 – 2 tweet
  • Sepanajang tahun 2009 – 1182
  • Dunai Twitter semakin meriah selepas tahun 2010
  • Tweet paling banyak pada bulan Julai 2012 = 1397
  • 2013 – graf semakin menurun. Lebih membaca dan ikuti tweet orang dari mengambil bahagian.
  • Sumber :  Twitter/blog

Kliklah dan tengok tweet yang pernah kita taip mengikut bulan, atau mencari arkib tweet dengan kata-kata tertentu, frasa, hashtags atau @ nama pengguna.

meroyan di twitterAntara tweet-tweet yang meroyan di Twitter! 30 September 2008 tu ada gempa bumi.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Cara Semak Sejarah Tweet di Twitter

Comments are closed.