Berapa hari sekolah cuti raya 2013?
Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013
Mengikut Jadul Persekolahan 2013 , cuti hari raya puasa adalah pada 8hb Ogos dan 9hb Ogos 2013 yang berada di dalam Jadual Cuti Pertengahan Penggal 2.
Nampaknya tahun ini cuti hari raya lebih panjang. Kebanyakkan sekolah mengambil cuti pada 5hb Ogos dan 6hb Ogos. Kalau dicampur dengan cuti penggal, jumlah cuti 16 hari. Raya sakanlah anak-anak!
Cuti Berganti Sekolah Sempena Hari Raya 2013
Sekolah anak saya bercuti pada 5hb Ogos dan 6hb Ogos . Salah satu hari perlu diganti, satu hari tak perlu diganti .
Cuti Intan dah settle, Angah tak ada masalah sebab dia memang bercuti. Along belum bagi tahu jadual cutinya, universiti dia cuti seminggu kot.
Suami saya bercuti dari 7hb Ogos hingga 12 ogos ( 6 hari ) .
Selepas kerja 6hb Ogos dia balik sini, esoknya 7hb Ogos saya sekeluarga balik Kedah. Kali ini giliran raya pertama di Kedah. Raya ke -2 balik ke Sabak Bernam pula. Raya ke -3 balik ke rumah sendiri. Ribu-ribu kilometerlah kami anak beranak beraya di jalan raya. Kami perlu berada di rumah sendiri kerana ini adalah kampung anak-anak saya.
Bila cuti agak terhad, kena susun jadual cuti yang padat dengan sebaiknya. Suami saya bekerja di Terengganu, jadi dia perlukan masa untuk berada di rumah sendiri juga. Masa ni nak melawat jiran tetanggan.
Harap-harap tahun ini kami tak alami lagi peristiwa pelik di Terowong Menora seperti Kenangan Aidilfitri 2007!
Korang cuti lama tak? Raya kat mana tahun ni?
Nota : entri cuti raya tapi dok feeling kenangan raya dulu-dulu.. saya ada pengalaman raya yang pelbagai.
saya tahun ni start cuti 7 haribulan..so 6 haribulan habis kerja tu tros gerak balik utara..harap2 x jem teruk laa..huhu
Macam iklan TM dalam tv dah tu.. time raya berhubung dengan video call.
Nasib baik gaklah sekali ngn cuti sekolah…boleh plan cuti lama2 sikit…hehe
Tahun ni belum muktamad lagi nak balik penang or terengganu…
PM pagi raya di Seremban , petang raya pula balik Ijok…nasib baik dokat…hehe
saya pon cuti panjang gak, 9 hari weh, hehehehe
Saya royo nang Banting. Bojo ne wong Kg. Kundang.
Kena raya sanalah jawabnya tahun ini, tahun lepas raya di Pahang.
cuti 3 hari je kak..sehari sebelum raya dan juga dua hari lepas raya..selasa petang tu dah gerak balik ke JB..amek wife kat Bagan Datoh..terus ke Johor tahun ni..:D tahun lepas di kampung saya..:D
tahun ni beraya di perantauan…sedihnya..huhu..
Aya sambung cuti raya lama, 18 hari.. sambung terus dari cuti bersalin 3 bulan..hehehe
masih lagi raya diperantauan… rindu beraya dengan keluarga…
rumah kat kg Telok Rimba, Muar. je, raya pun kat kg, saudara masa semua kat sini..jiran sebelah menyebelah je….tapi raya tahun ni lain skit sebab atok2x semua dah takde..
kak kujie balik sabak bernam? area mana tue kak? fyna orang sabak bernam.
Sungai Tengar
lai lai lai.. meh datang simpang lima… =)
SA cuti start 7hb sampai rabu 14hb, khamis start kerja semula…
raya di teluk intan tahun ni..nak dua minggu jugak la cutinya..
lama la jugak cutinya. hoho
Wah jauh perjalanan kak jie ye…
Saya raya ke 3 dah standby isteri nak bersalin…due 10 Ogos…
kitorang raya melaka je tahun ni.. ow kampung akak dekat sabak bernam ya, saya study poli sabak bernam dulu..hehe
Satu minggu semuanya raya kan. 7hb akan diberikan oleh Kementerian Pendidikan sbg cuti extra. So, ganti satu hari sahaja nanti. Alright gak tu..
raya keseluruhan nya di rumah mak sendiri tahun ni 🙂
tahun ni raya pertama kat Kedah jugak..kat Labu Besaq Kulim..kemudian raya ketiga lalu grik balik Klate
Hari Raya setiap tahun membawa cerita dan kenangan tersendiri.
Raya tahun antara yang terbaik. Dapat cuti penuh sepanjang cuti persekolahan.
Tahun ini Raya di Kuala Lumpur. Bekerja sehingga akhir Ramadhan. 🙂
tanggal 5 sudah mulai cuti, senangnya ya, kita jadi punya banyak waktu untuk mempersiapkan hari raya
kahwin dengan orang sama negeri ini tak menyusahkan pagi balik rumah saya tengahari dah balik ke rumah mentua..so takk der masalah cuti sekolah tu…
Tahun ni kami cuti seminggu..bermula pada hari raya pertama bawa ke seminggu lebih..lokasi raya tahun ni, Ipoh Perak..
sama juga, cuti dari 5 smpi 16 hb, 3 hb tu dah balik SP, lps tu balik, Seberang Perai Utara .. . Tahun ni raya sebelah rumah suami pulak 😀
Tahun ni saya tak banyak cuti yg tinggal,ambik 4 hari tak termasuk sabtu ahad…tak.macam tahun lepas.Dah tak lama dah nak cuti raya.