SEO lagi lagi SEO. Hidup seorang blogger yang fokus kepada apa yang dilakukan tetap perlu mengetahui perkara ini. Walaupun kita boleh cakap buat blog saja untuk suka-suka, tapi apa salahnya kalau suka-suka tersebut kita berilmu, kita menghasilkan sebuah blog yang cantik. Cantik pada pandanga mata dan cantik pada keperluan teknikalnya.
Blogger suka sangat dengan SEO, sampai ada pelbagai jenis ebook mengenai SEO. Ada blogger fokus kepada SEO sehingga nampak jelas dan ada yang main SEO secara diam-diam tetapi berisi. Paling menarik, ada blogger yang keluarkan entri panduan SEO tetapi bila di semak blog dia sendiri, SEO Score tak sampai pun 60%.
Saya sebenarnya tak berapa nak rajin menulis entri tetapi hari ini terlampau rajin pula menyemak score SEO blog beberapa blogger secara random. Selepas busy body intai blog orang, terasa perlu juga dihighlightkan disini beberapa kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh blogger. ( saya semak blog self hosted sahaja )
Antara Kesalahan SEO yang dilakukan oleh blogger
1 . Heading Elements
- Heading Elements adalah tajuk blog yang membina satu jadual kandungan bagi dokumen secara automatik. <H1> adalah yang paling penting. Gunakan <H1> untuk tajuk blog, <H2> untuk description blog .
2. Website Description
Meta description tag merupakan salah satu faktor penting dalam mengoptimalkan on page SEO. Masukan target keyword ke dalam meta tag description.
3. Website Keywords
- Setiap kata kunci letak tanda (,) tidak lebih dari 20 dan sebaik-baiknya letak 10. Setiap keyword yang diletakkan biarlah bersesuaian dengan kandungan blog. Jangan nak main-main guna keywords panas sensasi semata-mata nak tarik pelawat, itu mungkin ‘kejayaan’ jangka pendek. Boleh tukar keyword mengikut kesesuaian keadaan.
Ini adalah perkara paling penting dan ramai blogger yang tidak memilikinya. Ingat pesan saya, SEO adalah bentuk teknikal dan bukan teknikal. Kalau boleh kita seimbangkan kedua-duanya secara bijak. Boleh juga baca entri terdahulu di sini – Ciri-ciri blog yang baik
Antara kesalahan lain yang dapat dikesan adalah pengunaan iframe.
4. IFrame
- Iframe adalah satu bentuk bingkai ( frame ) yang mengandungi beberapa dokumen (html) di dalam satu website. Elakkan jika tidak perlu.
SEO Score yang bagus bukan petanda 100% blog kita mendapat limpahan trafik yang tinggi, tetapi ini adalah salah satu perkara dari beberapa perkara yang diambil kita. Ada blog hebat, score hancur tetapi trafik tetap tinggi. Blog istimewa seperti ini hanya ada beberapa sahaja. Bagi kita blogger biasa yang berkerja keras untuk mencapai sesuatu peringkat, perlukan usaha.
Nota : Ada banyak tool untuk menyemak score SEO blog, boleh saja gunakan yang mana sesuai. Jadikan ianya sebagai rujukan atau tanda aras bukan bermaksud tool ini baik , tool itu tak baik. Saya gunakan Seo Tools, Check My SEO dan Free Seo Tools
Thanks Kak Jie, sy nak check score blog seo sy hihi.
Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Takziah Kepada Mangsa Banjir dari WarisanHerba.com