
Petang tadi ada kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bas henti-henti dari Genting ke Kuala Lumpur telah berlaku di KM 3.6 3.5 3.3 Jalan Genting – Kuala Lumpur berdekatan Tokong Chin Siew. Kemalangan berlaku sewaktu bas bergerak turun dari puncak Genting Highlands pada jam 2:26 petang.
Bas yang membawa lebih 50 penumpang itu terjunam lebih kurang 50 meter ke dalam gaung. Bas ulang alik dari Genting Highlands ke Hentian Pekeliling ( Jalan Tun Razak ) ini macam bas Rapid yang boleh membawa 48 penumpang duduk dan 20 berdiri.
Pada 29 Oktober 2010, 7 mangsa maut dalam satu kemalangan Lebuh Raya Karak selepas mengunjungi Genting Highlands dan mangsa adalah berasal dari kampung saya di Baling, Kedah. Baca di sini – 7 Maut Kemalangan Lebuh Raya Karak
Maklumat terkini mangsa kemalangan Genting Highlands ( pada jam 9.30 malam )
Semua mangsa telah dikeluarkan dengan jumlah mangsa 53 orang dan 37 orang daripadanya terkorban termasuk warga Bangladesh, Thailand dan China.. Unit Anjing Pengesan (K9) kini menjalankan pemantauan di sekitar tempat kejadian.

- Jumlah Mangsa Yang Dinaikkan – 53 orang
- Mangsa Meninggal Dunia – 37 orang
- Bangsa : Melayu ( 2 ) , Cina ( 32 ) dan India ( 3 )
- Mangsa Cedera – 16
Kemalangan ini berlaku di Kilometer 3.3 dari puncak Genting Highlands sebelum Gohtong Jaya bukan di Lebuh Raya Karak.
Takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat.
Bila baca berita-berita seperti ini, teringat pengalaman menaiki bas ekspress 2 tingkat melalui Lebuh Raya Karak dan saya duduk di keresi paling depan ditingkat atas – Pengalaman naik bas 2 tingkat

Rumah saya dengan Genting ni 45 minit dah sampai, hari-hari nampak puncak dengan kilauan bangunan disimbah cahaya matahari atau kadang-kadang disapu awan. Bila hujung minggu atau cuti umum, berderet kereta mendaki atau menuruni puncak sehingga persimpangan Batang Kali jadi sesak.
Trivia : Julai 1996, 17 orang termasuk 6 kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada pusat peranginan Genting Highlands
Rujukan : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
mengerikan sekali jalannya,,, belok dan berliku,,,
takziah kpd semua keluarga mangsa yg terlibat.
Jom terjah post menarik dari Pengedar Shaklee Malaysia ..Cara Cepat Hamil?
Nauzubillah Min Zalik…. Takziah bagi keluarga mereka.
Jom terjah post menarik dari profhariz ..MyKad Smart Shopper – Daftar, Diskaun, Point, Tebus
Emm fobia untuk seketika mereka semua..emm terkejut gak lah..
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Sedu Sendawa – Tolonglah Hargainya
Jalannya saja sudah bertebing, sangat bahaya tu..
Semoga arwah korban di terima di sisi Tuhan
Jom terjah post menarik dari Sirkan Gozali ..Tips To Find A Job Abroad Evalueserve Careers
memang terkejut gak dengar berita ni semalam..
Jom terjah post menarik dari titan ..Bayaran Komisen ke 4 dari Jomniaga.
dah lama tak pergi….hurm..tak sangka jadi macam tu..dengar cite bas tu lebih muatan?ye ke?
Jom terjah post menarik dari reezluv ..RM10.00 Punya Pasal
Saya memang takut naik ke Genting ni…pernah cuba sekali dengan keluarga tapi patah balik sebab rasa tak sedap hati…biasanya duduk kat kaki bukit Janda Baik tu saja dengan family
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Adakah blogger seorang usahawan?
Jarak rumah saya dengan Genting tak jauh. Memang kedengaran siren ambulans bermula sekitar jam 3 sampai la malam… tak putus-putus bunyi…
Semua pihak harus mengambil pengajaran dari peristiwa ini agar ianya tidak berulang pada masa akan datang.
Jom terjah post menarik dari Eddie ..Doa Minum Air Zam Zam
Kemalangan bas jatuh didalam gaung di Genting Highlands adalah yang tragis. 🙁
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Misi diet selepas Raya
dah lebih 10 tahun tak daki puncak Genting highland nie……
Jom terjah post menarik dari sukma ..Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
takziah kepada semua mangsa yang terkorban..ajal boleh sampai di mana-mana sahaja
Jom terjah post menarik dari kak ina kl ..Nasi Ayam Istimewa Jasmine Basmathi King
Sedih dan Takziah kepada keluarga mangsa.
Bagi kita yang menyaksikan peristiwa berdarah itu, berhati-hati memandu.
Kengkadang bukan kesilapan kita, tapi kita yang jadi mangsa.
Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Trend Mengabungkan Huruf Dan Nombor Menjadi Perkataan
ish, seram… mcm mana lah kemalangan tu boleh berlaku agaknya? =_=”
Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Kebun Terbakar Dibelakang Rumah
Bila tengok kejadian yang macam ni rasa takut nak naik bas… ingat lagi kejadian yang hampir sama berlaku di cameron highland dulu….
Jom terjah post menarik dari saljuhumairah ..Bila Blogger Berpoligami
saya tak pernah pergi genting. takleh imagine naik genting dgn jalan pusing2, takut mabuk… apatah lagi takut dengan jalan2 yang bergaung semua tu. btw, takziah buat mangsa.
Jom terjah post menarik dari Azah ..Tips Pelajar Baru USM Kubang Kerian
Dari rumah di PJ dulu Genting Highland ni lampu2 dia nampak macam UFO di waktu malam.
Terkejut dengan kemalangan ni. Lesen perniagaan syarikat bas tersebut perlu ditarik balik dan diharamkan beroperasi.
Jom terjah post menarik dari Khairi ..Apakah itu sunnah Allah?
Subhan Allah… Sebahagian besar penumpang dalam kejadian kemalangan ini terkorban… Ini merupakan rekod terburuk dalam kes kemalangan yang pernah berlaku di Genting Highland…
Jom terjah post menarik dari Anuar ..Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku…