Teknikal SEO : Kesalahan Kerap Dilakukan Oleh Blogger
Blog Tutorial

Teknikal SEO : Kesalahan Kerap Dilakukan Oleh Blogger

SEO lagi lagi SEO.  Hidup seorang blogger yang fokus kepada apa yang dilakukan tetap perlu mengetahui perkara ini.  Walaupun kita boleh cakap buat blog saja untuk suka-suka, tapi apa salahnya kalau suka-suka tersebut kita berilmu, kita menghasilkan sebuah blog yang cantik.  Cantik pada pandanga mata dan cantik pada keperluan teknikalnya.

Blogger suka sangat dengan SEO, sampai ada pelbagai jenis ebook mengenai SEO. Ada blogger fokus kepada SEO sehingga nampak jelas dan ada yang main SEO secara diam-diam tetapi berisi.  Paling menarik, ada blogger yang keluarkan entri panduan SEO tetapi bila di semak blog dia sendiri,  SEO Score tak sampai pun 60%.

Saya sebenarnya tak berapa nak rajin menulis entri tetapi hari ini terlampau rajin pula menyemak score SEO blog beberapa blogger secara random.  Selepas busy body intai blog orang, terasa perlu juga dihighlightkan disini beberapa kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh blogger. ( saya semak blog self hosted sahaja )

 

Antara Kesalahan SEO yang dilakukan oleh blogger

check seo blog
Contoh Score SEO

1 . Heading Elements

    Heading Elements adalah tajuk blog yang membina satu jadual kandungan bagi dokumen secara automatik. <H1>  adalah yang paling penting.  Gunakan <H1> untuk tajuk blog, <H2> untuk description blog .

2. Website Description

Meta  description tag merupakan salah satu faktor penting dalam mengoptimalkan on page SEO. Masukan target keyword ke dalam meta tag description.

3. Website Keywords

    Setiap kata kunci letak tanda (,) tidak lebih dari 20 dan sebaik-baiknya letak  10. Setiap keyword yang diletakkan biarlah bersesuaian dengan kandungan blog. Jangan nak main-main guna keywords panas sensasi semata-mata nak tarik pelawat, itu mungkin ‘kejayaan’ jangka pendek.  Boleh tukar keyword mengikut kesesuaian keadaan.

 

Ini adalah perkara paling penting dan ramai blogger yang tidak memilikinya.  Ingat pesan saya, SEO adalah bentuk teknikal dan bukan teknikal.  Kalau boleh kita seimbangkan kedua-duanya secara bijak.  Boleh juga baca entri terdahulu di sini – Ciri-ciri blog yang baik

Antara kesalahan lain yang dapat dikesan adalah pengunaan iframe.

4. IFrame

    Iframe adalah satu bentuk bingkai ( frame ) yang mengandungi beberapa dokumen (html) di dalam satu website. Elakkan jika tidak perlu.

iframes

 SEO Score yang bagus bukan petanda 100% blog kita mendapat limpahan trafik yang tinggi, tetapi ini adalah salah satu perkara dari beberapa perkara yang diambil kita.  Ada blog hebat, score hancur tetapi trafik tetap tinggi.  Blog istimewa seperti  ini hanya ada beberapa sahaja.  Bagi kita blogger biasa yang berkerja keras untuk mencapai sesuatu peringkat, perlukan usaha.

Nota : Ada banyak tool untuk menyemak score SEO blog, boleh saja gunakan yang mana sesuai. Jadikan ianya sebagai rujukan atau tanda aras bukan bermaksud tool ini baik , tool itu tak baik. Saya gunakan Seo Tools, Check My SEO dan Free Seo Tools

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

75 thoughts on “Teknikal SEO : Kesalahan Kerap Dilakukan Oleh Blogger

  1. bagi saya SEO ni untuk mudah kita mengajar google membaca dan mengenalpasti input di web kita..lagi mudah google baca dan kenalpasti keyword content kita, maka lagi mudah google nak indexkan blog dan web kita

  2. Hehe..terima kasih kak jie sebab kongsikan..saya masih tak mampu nak buat yang terbaik untuk SEO..masih dalam proses pembelajran lagi..hehehe

  3. memang selalu cek seo guna ni, bulan lepas cek dpt 82%, hari ni lepas tukar theme turun 52% je dah… byk kena perbaiki lagi ni, terima kasih atas perkongsian ini

  4. Saya memang menitik beratkan teknikal berkaitan seo. Dan alhamdulillah result saya adalah 100 % – Congratulations!.

    Selain itu saya amat berat tentang Google Webmaster Tools iaitu Crawl Error. Memang tak senang duduk kalau ada. Huhuhu.

    Terima Kasih atas perkongsian ilmu ini. Walaupun sudah lama wujud tetapi ramai yang lupa dan tak tahu…

  5. Yang penting kita tau apa significance setiap item yang di check.
    Contohnya:
    Meta keywords -sebenarnya dah lama Google tak pandang (berdasarkan kenyataan Matt Cutts pada 2009) sebab selalu di spam.
    IFrame -ia ianggap “bad” kerana kandungan di dalam iframe tak akan diindeks oleh Google, itu saja. Biasanya iframe yang wujud dalam blog datang dari sesetengah social share button dan widgets, dan comment form (untuk Blogger) -benda-benda ni bukan kita nak indeks pun, jadi tak perlu risau.

  6. SEO sekarang cam x berkesan je.. apa yang perasan la.. lepas google update algoritma dia ritu. kena ada support sampingan dari facebook, twitter atau blogroll baru la boleh duk kat depan tu..

    1. kejayaan bukan kerana satu sebab…kan dah cakap
      kerana banyak sebab..dan seo adalah salah satu dari beberapa sebab
      benda tak keluarkan modal, kita buatlah untuk menampung kekurangan yang mungkin blog kita gagal capai dari sebab yang lain tu

  7. Saya selalu semak guna Chkme ni, kadangkala dapat gak la 100 peratus, kadangkala takat 70-80.

    Selalu semak bila letak widget baru atau tetiba ubah layout. Tak boleh tahan bila tak dapat score yang baik, walaupun hakikatnya masa sekolah dulu selalu gak tiru nak dapat 100.

    1. sebenarnya benda ni bukan sebab utama, cuma kita dah ada blog, nak juga kita tau tanda aras blog kita macam mana..kalau kita tak semak, kita tak tau
      lebih baik tau dari tak tau…kan

    1. baca entri tu di perenggan akhir

      ” Ada blog hebat, score hancur tetapi trafik tetap tinggi. Blog istimewa seperti ini hanya ada beberapa sahaja. Bagi kita blogger biasa yang berkerja keras untuk mencapai sesuatu peringkat, perlukan usaha ”

      so encik titan tak termasuk dalam golongan kami yang sedang berusaha ni…blogger dah hebat tu

      1. Saya pernah dikejutkan dengan blog yang mempunyai SEO mantap. Mana taknya meletakkan sekeping gambar dan hanya beberapa baris ayat mampu berada 1st page Google.

        Kita ini bagai nak rak mengikut pantang larang dengan karangan minium 300 patah perkataan belum tentu terselit dengan baik.

    1. mana ada sangat.. ini asas saja ni.. benda yang selalu pakar-pakar bagi tau
      cuma kadang2 kita tak pasti blog kita ni dah ikut apa yang disarankan atau tidak
      bila kita cek… kita tau lah mana yang boleh dibetulkan

  8. mmg teruk result blog sya =)

    agaknya sbb themes baru ni…yg lama mmg >80%

    thanks kak jie peringat…lama tak check…ingat semua ok..hohoo *perasan

    1. tak apalah… meh sama-sama kita baiki
      kak jie pun semalam tak dapat 100%
      lepas semak, tau mana kurang, betulkan….

  9. Ilmu yang berguna buat blogger… saya lambat mengetahuinya, maka dah banyak entri sebelumnya yg silap, nak betulkan satu persatu mungkin tidak termampu, maka akan kekallah di tahap 93%. Rasanya dah Ok lah utk saya.

    1. 93& tu dah ok… benda ni ada orang cakap penting, ada orang cakap tak penting
      sebenarnya ada juga kesan walau pun sedikit…sekurang2nya kita tau aras blog kita mcm mana dan kita cuba menjadi yang lebih baik

    1. H1 lah tu… mula-mula agak pelik bila ramai blogger gagal bab H1
      makin canggih blog makin lawa sampai hilang element penting tu

    1. semua orang bermula macam tu…sampai skrg pun masih suka-suka
      cuma bila kita suka-suka kena fikirkan juga supaya masa yang kita luangkan tu tidak sia-saia…

    1. okay, dah betulkan dah. score 100% untuk hari ni. terima kasih kak jie tlg bagi reminder. bulan2 depan remind lagi untuk check score. 😀

      1. kan…. lepas baca memasing menjadi lebih baik dari sebelumnya
        ok lah…kan kita selalu berdoa untuk menjadi lebih baik dari hari semelam..

        kehkeh…. tak de keje kak jie nak ingat tiap bulan…:p

  10. sy punya 68% jer. sy stuck kat H1. kenapa jd 13. sepatutnya satu jer. dah puas godek. rasanya masalah kat setting plug in seo yg sy guna kot

  11. wah… berbaloi baca entri ni.. tapi masih blur…tang meta tag.. description..keyword dan iframe.. banyak lagi kena belajar tentang SEO..hmmmm..

Comments are closed.