Blogger  WordPress Sombong?
Blog Tutorial

Blogger WordPress Sombong?

Saya seorang ‘ulat blog’ – selalu membaca berbagai jenis blog. Dalam penjelajahan saya baru-baru ini saya terjumpa satu kumpulan blogger yang membincangkan topik – blogger wordpress yang ada domain dan hosting sendiri sombong, mereka tidak akan komen di blog blogspot.

Saya rasa kasihan dengan mereka ‘di bawah tempurung ‘ kerana tidak faham kenapa blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri tidak gemar tinggalkan komen di blog seperti itu.


Blogger yang berdomain dan hosting sendiri biasanya matang dan fokus pada blog yang berinformasi dan berkualiti bukan hanya kepada contens blog yang ‘syok sendiri’, tulisan bling-bling, smiley icon mencacatkan mata. Blogger berdomain dan hosting sendiri keluarkan duit untuk beli domain dan hosting paling kurang rm 100 setahun bukan untuk berblogging suka-suka . Mereka ada fokus dan tujuan yang lebih berfaedah.

Sebab kedua – yang paling penting kerana ianya bermula dari diri sendiri. Ramai blogger blogspot lupa , blog mereka tidak dikomen oleh blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri adalah kerana diri mereka sendiri.

Komen box yang di setting secara salah.

Kalau setting macam ni, kami ( blogger wordpres berdomain dan hosting sendiri ) tidak dapat meninggalkan komen kerana akaun google yang digunakan tidak membawa link ke blog sebenar.

Ubah setting pada komen:

Dashboard > Setting > Comments > Who Can Comment > Tick Anyone

Blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri boleh tinggalkan komen dan isi pada Name/URL.

Lagi satu, Word Verification

Bagi manusia, captcha adalah satu benda yang sukar dibaca, dan leceh untuk ditaip.

Pergi Dashboard > Setting > Comments > Show word verification for comments? > tick No > Save

Comment moderation.

Rasa tak best, lepas komen dengan berbagai halangan bila preview komen tidak dipaparkan seolah-olah kehadiran kita tidak disenangi. Cuba tengok blog lain yang lebih terkenal, adakah mereka menggunakan setting yang tidak mesra ini ?

Ubah … Barack Obama kata “Plan for Change” !

Dashboard > Setting > Comments > Comment moderation > Tick Never atau Only on post older than – setting berapa hari yang dikehendaki .

Takut spam? Sehari berapa ratus spam masuk blog ? Sebanyak spam ke blog saya yang baru berusia 1 tahun 6 bulan?

Takut Anonymous ? kalau takut bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jangan bersangka buruk pada orang sedangkan ianya berpunca dari diri sendiri. What you give you get back – kalau awak tulis baik-baik dan baik dengan orang, balasan baiklah yang awak akan dapat.

Lagi satu yang last – trend masa kini. Letakkan iklan statik di tepi yang akan ikut scroll bawah dan atas. Memang cool sebab anda nampak advance dari orang lain tetapi kalaulah ruangan komen pun tertutup – tak payahlah bising-bising orang tak komen.

©Kujie – kak jie dah mula berleter , bising macam cikgu Tahun Satu baru buka kelas hari pertama kat sekolah

kirnggggg….. loceng dah bunyi.

oppp…lagi satu ” Cinta tak kan dapat kalau tak dicari, kita tak kan dapat kalau tak memberi”

NOTA PENTING : Kalau komen di blog  wordpress , JANGAN sesekali letakkan link dibahagian komen – Komen kamu automatik akan dihantar ke kotak SPAM.  Tak perlu lagi letak link iklan blog kamu kerana kebanyakkan blog wordpress memasang plugin Commenluv yang akan detect entri terbaru kamu.  Letak saja URL blog kamu  di bahagian yang disediakan.

p/s – Entri betul-batul macam kelas Tahun Satu – ada banyak gambar….

©Kujie – bilalah loceng rehat nak bunyi ni…:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

123 thoughts on “Blogger WordPress Sombong?

  1. seronok baca entry anda dan apa yang boleh saya katakan, apa yang anda kupas itu benar2 belaka.. saya sependapat~!

  2. “tidak dapat meninggalkan komen kerana akaun google yang digunakan tidak membawa link ke blog sebenar” Saya setuju dengan perkara ini. Kebanyakan setting blogspot mengkehendaki komen melalui akaun google, Itu yang membuat jadi “kureng skit” nak komen

  3. Awak kena paham tentan perkataan “blogger” tu sendiri. Blogger tu lebih merujuk kepada user yg register di blogger.com utk user.blogspot.com. blogger/blogspot lebih dikenali sbg BS dan penggunanya dikenali sbg BS user. Manakala WordPress lebih dikenali sbg WP dan penggunanya dikenali WP user. Jgn samakan istilah blogger dgn wordpress.

  4. blogger ni terbahagi pada dua. Satu yang betul-betul serius berblog. Satu lagi berblog just for fun. Dan saya pengguna setia wordpress berblog just for fun. Untuk cari ilmu baru, kawan baru. So, sepatutnya isu ni tak perlu timbul kot. Oh, satu je benda yang saya tak berapa senang dengan blogger blogspot. Suke sangat letak lagu(autoplay) kat blog diorang(kebanyakan blog blogspot yang saya pergi). sakit telinga
    .-= highcarl´s last blog ..Kedai makan mamak ke india? =-.

  5. Salam Kak Jie, saya amat berminat untuk copy paste artikel yang sudah lama saya cari-cari ini ke blog saya. Begitu juga blog kujie2.com ni saya nak masukkan dlm. senarai link saya di http://www.arabmykrk.com/links. Senang saya nak masuk ‘kelas’ balik. 😆

    Keizinan Kak Jie saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 😉

  6. Salam..em saya setuju sangat….tak perlu nk buat statement mcm tue kalau kita tak tahu hujung pangkalnya…at leat bersangka baik dahulu dalam apa jua perkara…anyway thanks 4 ur info..byk yang saya belajar…;)

  7. td ada cuba nk bg komen kat 2 entri di blogspot…memang betul apa yg kakjie ckp, siap kena subsribe apa tah, pastu hanya boleh guna google account…seb baik sy de google account…sy guna gak blogspot tapi tkde pun block komen dr anonymous, tkde nak kena subscribe ke apa…tu sumer menyusahkan org nak komen, byk sgt karenah, konpem tak jd komen…

  8. kiterr kawann kannns.. ekeke
    .-= en_me´s last blog ..My first career: Looking Back (1989 – 2009) =-.

  9. “Cinta tak kan dapat kalau tak dicari, kita tak kan dapat kalau tak memberi”
    suka sangat madah berhelah kak kujie ni…terror ar…

    p/s tuk diri sendiri: lain benda yang org dok bebelkan, yang paling kamu perasan madah berhelah…ish..ish..

  10. tak suka kalo kotak komen ada word verification tuh…

    tips nih mmg sesuai untuk saya kak jie thanks..sebagai pengguna blogspot…hehe
    .-= Nine´s last blog ..Tukar Domain Sendiri Di Blogspot =-.

  11. salam…

    Saya tertarik gak dengan tajuk ni..tetapi ikut kemahuan kita juga kan kalau nak bagi komen ke tak selagi mampu mengadap komputer & internet walaupun kerenah streamyx dan broadband yang slow macam kura-kura..by the way thanks yer sebab bagi tips yang amat berguna ni
    .-= wazy´s last blog ..Sesi Persekolahan Bermula =-.

  12. Terima kasih Kak Jie..
    Memang setuju sangat dgn ulasan panjang Kak Jie. Terbayang Kak Jie cekak pinggang..then bla.. bla..bla..uishh..seram plak..heheh 😛

    Ape-apepun, pada saye mane2 blogger akan cube tinggalkan komen jika blog yang dilawati kene gayenya..mane ade sombong weiii..

    Terima kasih utk tip-tip yang teramatla berguna :mrgreen:
    .-= hafizmd´s last blog ..Penangan Tahun Baru =-.

  13. salam kak…hehehe..saya pun baru je jd ahli wordpress self hosted nie. maklumlah baru sedar diri..kikiki…mmg setuju dgn apa yg akak tulis kt entry nie…nk cilok entry nie serba sedikit…nk kasik sedar sikit kt depa tu 😆

  14. ada pun entri macam ni.sy pun dah pernah bincang dengan anarm bersama blogger2 yg lain pasal ni.Harap lepas ni pengguna blogspot faham ye.
    .-= loq´s last blog ..Hari Pertama Bersekolah Di Tingkatan 5 =-.

  15. Saya lak ada domain name ngan hosting gi hentam letak kat blogspot .. what a waste .
    .-= touya´s last blog ..Ayat untuk pikat awek =-.

  16. Betul tu, tak bole sombong la blogger wordpress 😀 Semua sama saja kan 😉
    .-= jawatan kosong 2010´s last blog ..E-Freight Technology Sales Executive Vacancy =-.

  17. Kak jie…memang betol pun. Kadang-kadang saye nak comment kat blog-blog blogspt memang susah. Saye ni punyela semangat nak join contest ke, nak blogwalking ke kan dah frust. Saye tak kesah pun blogspot ke wordpress ke. Kite kan same-same blogging ape ade hal kan…

  18. setuju cikgu! lebih baik semua blogspot intall 3rd party comment system mcm disqus atau intense debate. lebih effective dan efficient. comment system yg sekarang ni walaupun byk option nye – Google ID (blogspot user bleyh ah) Open ID (rmai ke yg register bende ni?) byk yg useless. :mrgreen:
    .-= naz´s last blog ..Bagaimana Lady Gaga ajar aku blogging =-.

  19. yg atas tu mmg sangat2 stuju
    huhu
    tp
    ku masih jalan2 ke blog kawan2 lama
    xde la dikatakan bohong terus
    😉

  20. :mrgreen: wah topix panas, tapi tak semestinya yang ada domain sendiri guna wordpress kan ? dan yang paling saya benci pasal pengguna blogspot ni,tak semua suka tinggalkan mesej kat chatbox suruh melawat blog diorang,lepas tu bila melawat teringin nak bagi komen bila klik komen, satu alert keluar yang saya tak boleh bagi komen, tak best betul lah
    .-= ishak´s last blog ..Banner kedua geng blogger =-.

    1. @Orang Blogspot, nak host apa pun tak apa -cumanya kena berilmu.

      kenal pasti blog sendiri – target sendiri – apa yg buat kita gembira dgn blog kita, teruskan – masalahnya ada kalangan blogger yang menyalahkan blogger wordpress sombong sebab tak komen di blog dia – tapi dia tak tahu ciri-ciri tak mesra pengguna tu

      kalau orang tu tak kisah – org komen ke , org tak komen – entri ini tidak ditujukan kepada dia. 😆

  21. blog hana adlh blink2..dgn smiley dan tidak matang langsong!~~huhu~~~tp ruang komen xde yg slh..ngee..bangga2!!kikiki~~

    cane nk ubah bg mtang dan tidak blink2 ini????

    saye syg blog saye itu..ngee..
    .-= hana zaty´s last blog ..im 84!!!!! =-.

    1. @hana zaty, tak kisah – blog apa pun – itu adalah hak mutlak pemilik blog cuma kalau kita hendakkan trafik yang ramai – friendly SEO – ada babyak yang mesti dikorbankan.

      Bak kata org tua-tua ( org tua – bukan Kak Jie 😆 ) – kita tak mungkn dapat semua dalam hidup – kita kena buat pilihan

  22. hehe, boleh dikatakan semua betul..
    and ape yang zul rasa, semua ada…
    pada para blogger sekalian…
    berubahla…
    kan dah ada tutorial diatas 2… wahahah!
    .-= Zul´s last blog ..Sepucuk Surat Cinta =-.

  23. Bila Kak Jie dah berleter panjang.. Huhu.. Sy mtk maaf kalo2 kak jie pn mghadapi kesukaran nk ltk komen kt blogspot sy yg setahun jagung tu. Sy bdk baru belajar, klu ada silap, tlg ajarkan. Ngeee.. 😉

    Teringin nk ada domain sndri gk. Tp.. X abes menuntut lg.
    .-= Fathiha Zainal´s last blog ..Siap nak pasang spy. Apa kes? =-.

  24. psst: bagi maza-lah kanzzz..

    tak kiralah dari domain mana, punca mana.. kalau sudah dinamakan ‘buah kelapa, dicampak manapun tetap menjadi berguna’ heheheh

    kalau memang baik orgnya, baik tulisannya, baik persembahannya.. ahaks.. dibantu pula dgn pasaran yg berkesan.. insyallah menjadi fokus tumpuan gitew…

    tapi kalau hebat mcm sekali pun domain kita miliki, tapi isi tidak padu, ruang sempit dan melemahkan, maka tak jadi juga blog yg superb gitew..

    hehehhee

    tapi apa2 hal pun, nak jadi yg terbaik, kena belajar gak kanzz..
    tips kujie berguna utk lebih cemerlang, gemilang bukan temberang!

    hehehehe

  25. saya x kisah..selagi line tenet saya ok..wp n blogspot klu isi menarik,saya komen je.hehehe
    .-= azizan4444´s last blog ..Jangan Salahkan Orang Lain Untuk Menutup Kelemahan Sendiri =-.

  26. Jap! Ke mana perginya komen2 yang dihantar dekat entri ni? Kalau ikutkan, berpuluh2 komen yang ada. Ni mesti sebab paged comment punya angkara ni…
    .-= CypherHackz´s last blog ..Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah =-.

  27. oo. begitu caranya nk dptkan traffic. letak url dlm box url. sy da letak. sila klik. jd kawan sy. sbb sy x sombong 😯 hehe
    .-= Sweet Thinker´s last blog ..Segala Khayalan Adalah Ecstasy =-.

  28. yup, btul2…snang je nak komen kat wordpress berbayar ni…tambah2 yg ade comment luv tu…snang je trus masuk…traffic kan penting~
    .-= sayang2kita´s last blog ..demam exam datang lagi~ =-.

  29. salam. Ape yg kak jie ckp kt atas ade kebenarannya. Paling penting ‘comment box’ tu,setting diorg yg salah. Kringggg….Yeah,da rehat. Terima kasih cikgu. huhu
    .-= finalcross´s last blog ..11 Unique New Year 2010 Wallpapers. =-.

  30. mungkin lepas nie, kak jie boleh ajar cara nak integrate Intense Debate atau Disqus kat dalam blogspot.
    .-= aman´s last blog ..Mac OS X 10.7 Di Panggil Clouded Leopard? =-.

Comments are closed.