Saya seorang ‘ulat blog’ – selalu membaca berbagai jenis blog. Dalam penjelajahan saya baru-baru ini saya terjumpa satu kumpulan blogger yang membincangkan topik – blogger wordpress yang ada domain dan hosting sendiri sombong, mereka tidak akan komen di blog blogspot.
Saya rasa kasihan dengan mereka ‘di bawah tempurung ‘ kerana tidak faham kenapa blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri tidak gemar tinggalkan komen di blog seperti itu.
Blogger yang berdomain dan hosting sendiri biasanya matang dan fokus pada blog yang berinformasi dan berkualiti bukan hanya kepada contens blog yang ‘syok sendiri’, tulisan bling-bling, smiley icon mencacatkan mata. Blogger berdomain dan hosting sendiri keluarkan duit untuk beli domain dan hosting paling kurang rm 100 setahun bukan untuk berblogging suka-suka . Mereka ada fokus dan tujuan yang lebih berfaedah.
Sebab kedua – yang paling penting kerana ianya bermula dari diri sendiri. Ramai blogger blogspot lupa , blog mereka tidak dikomen oleh blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri adalah kerana diri mereka sendiri.
Komen box yang di setting secara salah.
Kalau setting macam ni, kami ( blogger wordpres berdomain dan hosting sendiri ) tidak dapat meninggalkan komen kerana akaun google yang digunakan tidak membawa link ke blog sebenar.
Ubah setting pada komen:
Dashboard > Setting > Comments > Who Can Comment > Tick Anyone
Blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri boleh tinggalkan komen dan isi pada Name/URL.
Lagi satu, Word Verification
Bagi manusia, captcha adalah satu benda yang sukar dibaca, dan leceh untuk ditaip.
Pergi Dashboard > Setting > Comments > Show word verification for comments? > tick No > Save
Comment moderation.
Rasa tak best, lepas komen dengan berbagai halangan bila preview komen tidak dipaparkan seolah-olah kehadiran kita tidak disenangi. Cuba tengok blog lain yang lebih terkenal, adakah mereka menggunakan setting yang tidak mesra ini ?
Ubah … Barack Obama kata “Plan for Change” !
Dashboard > Setting > Comments > Comment moderation > Tick Never atau Only on post older than – setting berapa hari yang dikehendaki .
Takut spam? Sehari berapa ratus spam masuk blog ? Sebanyak spam ke blog saya yang baru berusia 1 tahun 6 bulan?
Takut Anonymous ? kalau takut bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jangan bersangka buruk pada orang sedangkan ianya berpunca dari diri sendiri. What you give you get back – kalau awak tulis baik-baik dan baik dengan orang, balasan baiklah yang awak akan dapat.
Lagi satu yang last – trend masa kini. Letakkan iklan statik di tepi yang akan ikut scroll bawah dan atas. Memang cool sebab anda nampak advance dari orang lain tetapi kalaulah ruangan komen pun tertutup – tak payahlah bising-bising orang tak komen.
©Kujie – kak jie dah mula berleter , bising macam cikgu Tahun Satu baru buka kelas hari pertama kat sekolah
kirnggggg….. loceng dah bunyi.
oppp…lagi satu ” Cinta tak kan dapat kalau tak dicari, kita tak kan dapat kalau tak memberi”
NOTA PENTING : Kalau komen di blog wordpress , JANGAN sesekali letakkan link dibahagian komen – Komen kamu automatik akan dihantar ke kotak SPAM. Tak perlu lagi letak link iklan blog kamu kerana kebanyakkan blog wordpress memasang plugin Commenluv yang akan detect entri terbaru kamu. Letak saja URL blog kamu di bahagian yang disediakan.
p/s – Entri betul-batul macam kelas Tahun Satu – ada banyak gambar….
©Kujie – bilalah loceng rehat nak bunyi ni…
Salam Kak Kujie…
Dah berminggu2 Alin carik info bab komen ni. Patutlah Alin tak blh komen disesetengah blog setelah Alin bertukar kepada wordpress.
Terima kasih banyak2 Kak Kujie. Jika sudi silalah jenguk2 blog baru saya. Jika ada yang tidak kena silalah beri tunjuk ajar.