Saya seorang ‘ulat blog’ – selalu membaca berbagai jenis blog. Dalam penjelajahan saya baru-baru ini saya terjumpa satu kumpulan blogger yang membincangkan topik – blogger wordpress yang ada domain dan hosting sendiri sombong, mereka tidak akan komen di blog blogspot.
Saya rasa kasihan dengan mereka ‘di bawah tempurung ‘ kerana tidak faham kenapa blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri tidak gemar tinggalkan komen di blog seperti itu.
Blogger yang berdomain dan hosting sendiri biasanya matang dan fokus pada blog yang berinformasi dan berkualiti bukan hanya kepada contens blog yang ‘syok sendiri’, tulisan bling-bling, smiley icon mencacatkan mata. Blogger berdomain dan hosting sendiri keluarkan duit untuk beli domain dan hosting paling kurang rm 100 setahun bukan untuk berblogging suka-suka . Mereka ada fokus dan tujuan yang lebih berfaedah.
Sebab kedua – yang paling penting kerana ianya bermula dari diri sendiri. Ramai blogger blogspot lupa , blog mereka tidak dikomen oleh blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri adalah kerana diri mereka sendiri.
Komen box yang di setting secara salah.
Kalau setting macam ni, kami ( blogger wordpres berdomain dan hosting sendiri ) tidak dapat meninggalkan komen kerana akaun google yang digunakan tidak membawa link ke blog sebenar.
Ubah setting pada komen:
Dashboard > Setting > Comments > Who Can Comment > Tick Anyone
Blogger wordpress berdomain dan hosting sendiri boleh tinggalkan komen dan isi pada Name/URL.
Lagi satu, Word Verification
Bagi manusia, captcha adalah satu benda yang sukar dibaca, dan leceh untuk ditaip.
Pergi Dashboard > Setting > Comments > Show word verification for comments? > tick No > Save
Comment moderation.
Rasa tak best, lepas komen dengan berbagai halangan bila preview komen tidak dipaparkan seolah-olah kehadiran kita tidak disenangi. Cuba tengok blog lain yang lebih terkenal, adakah mereka menggunakan setting yang tidak mesra ini ?
Ubah … Barack Obama kata “Plan for Change” !
Dashboard > Setting > Comments > Comment moderation > Tick Never atau Only on post older than – setting berapa hari yang dikehendaki .
Takut spam? Sehari berapa ratus spam masuk blog ? Sebanyak spam ke blog saya yang baru berusia 1 tahun 6 bulan?
Takut Anonymous ? kalau takut bermain ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jangan bersangka buruk pada orang sedangkan ianya berpunca dari diri sendiri. What you give you get back – kalau awak tulis baik-baik dan baik dengan orang, balasan baiklah yang awak akan dapat.
Lagi satu yang last – trend masa kini. Letakkan iklan statik di tepi yang akan ikut scroll bawah dan atas. Memang cool sebab anda nampak advance dari orang lain tetapi kalaulah ruangan komen pun tertutup – tak payahlah bising-bising orang tak komen.
©Kujie – kak jie dah mula berleter , bising macam cikgu Tahun Satu baru buka kelas hari pertama kat sekolah
kirnggggg….. loceng dah bunyi.
oppp…lagi satu ” Cinta tak kan dapat kalau tak dicari, kita tak kan dapat kalau tak memberi”
NOTA PENTING : Kalau komen di blog wordpress , JANGAN sesekali letakkan link dibahagian komen – Komen kamu automatik akan dihantar ke kotak SPAM. Tak perlu lagi letak link iklan blog kamu kerana kebanyakkan blog wordpress memasang plugin Commenluv yang akan detect entri terbaru kamu. Letak saja URL blog kamu di bahagian yang disediakan.
p/s – Entri betul-batul macam kelas Tahun Satu – ada banyak gambar….
©Kujie – bilalah loceng rehat nak bunyi ni…
Nampaknya Kak Jie membuatkan saya untuk berkomen di sini. Hehe.
Kita sama dan sependapat dalam hal ini. Saya setuju!
KakJie, nak amik copyright post kali nie ciket bleh? hehe, memang dah ramai kengkawan blogspotter yang kata saya nie kedekut komen.. haha, biar diorang dapat pengajaran sket kat sini…
paling benci bila nak komen, kuar satu screen popup.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….
lu pikir la sendiri… 😀
‘Komen box yang di setting secara salah.’
faktor besar yg menyebabkan saya taknak komen,haha.
.-= blowie´s last blog ..[Quickpress] Telefon Masa Banjir =-.
Uish! Mana ada sombong, mungkin ada la dua tiga yang sombong yang pandang pengguna Blogspot sebagai blog picisan. Tapi, bergantung pada banyak faktor. Salah satu, budi bicara blogger itu sendiri, kalau dia mahu komen, dia komen’lah dan vice versa.
Salam Kak Kujie,
Saya pengguna blogspot yang banyak menggali ilmu dari pengguna wordpress macam akak. Selama ni jadi silent reader sahaja. Tetapi entry kali ini memanggil-manggil saya untuk turut memberi komen.
Sekarang saya membina sebuah lagi blog menggunakan wordpress dengan banyak merujuk kepada ajaran2 akak di sini. Tanpa sedar, ilmu akak banyak membantu. Seronokkan.. Saya juga teringin nak memberi ilmu seperti akak. Diam2 tapi berisi..
Apapun, terima kasih sebab telah menjadi guru saya secara senyap.. 😆
psstt.. sangat pening bila terbaca blog yang keterlaluan dalam menggunakan singkatan perkataan. Seperti menulis sms sahaja layaknya…
.-= KIla´s last blog ..Selamat Tahun Baru… =-.
aduh memang terkena atas dahi..
dah takbleh elak dah..huhuhuh..
menaikkan semangat saya untuk ada hosting n domain sendiri ney…
.-= kentank91´s last blog ..2010 sudah tiba =-.
mungkin betul cakap you,sekarang i dah tukar DISQUS comments syatem,mungkin dapat sambutan yang baik.
.-= techgravy´s last blog ..Totem Destroyer 2 : Online Game =-.
saya tak perlu reply komen lagi ye……..apa sy nak cakap tu..dah cakap kat entri
bab lagu auto saya tak sentuh sebab saya lebih berminat fokus kepasa cara-cara teknikal yang mungkin blogger baru terlepas pandang.
bab lagu, bab sidebar macam kedai accessories kereta, bab template, bab bling-bling , font, background , justify post, – tu mungkin akan disentuh semester depan..hehehe 😆
@Kujie, cikgu jangan risau. anak murid yang dah faham akan cuba sedaya upaya menolong rakan2.
.-= beliamuda´s last blog ..Pelikkah Lelaki Berbicara Soal Hati? =-.
terima kasih cikgu jie..
.-= arin´s last blog ..Sepupu Sepapat =-.
salam.. ada betul juga apa yg di katakan oleh kujie nih.. eh nak panggil apa eh.. kujie bole?? even saya tak penah pun pakai blogspot tu.. dulu pakai blog.com je kemudian apabila wp release, trus jatuh cinta dan di menggunakan wp sehingga ke hari ini…
so berbalik kepada topik, saya sokong 100% apa yg di katakan itu walaupun saya lebih suka menjadi silent reader @ blog stalker… 😆 kepada blogger blogspot jgn mudah terasa atau marah dengan entri ini kerana ada benarnya apa yang di katakan oleh kujie ini… so selepas ini, harap buatlah apa yg di sarankan… semoga selepas ini tiada lagi komen mengenai pengguna wp yang sombong…
sekian… terima kasih
.-= Nasz´s last blog ..Pindah Wang Dari Paypal Ke Bank Tempatan =-.
Hari pertama pergi sekolah, memang banyak kena bebelkan…
Cikgu Jie dah bagi taklimat panjang lebar.
Suka sangat dengan post ni sebab banyak kali juga tak lepas bila nak komen beberapa entri menarik di blogspot.
Kak Long pun fikir yang ada antara mereka yang terlepas pandang tentang perkara ini.
.-= Kak Long´s last blog ..Takwim Persekolahan Tahun 2010 =-.
Salam kakjie 🙂
Selamat tahun baru buat kakjie keluarga 🙂
Hehe mungkin blogger kurang matang tu yang bagi komen sebegitu 🙂 hehe
*notes*
– err saya tak guna wp atau blogspot pun 🙂
Cikgu perut saya lapar ni, bila boleh kita pergi rehat ni. Mak saya dah bagi duit belanja ni, rugilah kalau tak guna. (haha)
Ayoo! Cikgu Kujie dah beleter, tulah korang jangan buat topik perbincangan yang tidak berasas. Kan dah kene setepek kat muka kita sendiri.
Betul apa yang diperkatakan, sebelum sy guna wp dan hosting sendiri pun sy menggunakan blogspot. Ada sahaja kawan2 blogger dari wp dan hosting sendiri yg datang berkomen, berbincang paling kurang pun datang melawat.
Bak moto Ubuntu “linux for human beings,” apa kena mengena fikirlah sendiri. Biarlah blog tu sedap mata memandang dan user friendly cam kotak komen korang, yg paling penting isi tersirat dan tersurat yg ingin disampaikan. Kalau rasa nak wat disko kat blog sendiri (blink2 dan pasang lagu secara auto) jgnlah mengharap orang nak datang selalu. Kami datang bukan nak spam kotak chat korang. Kebanyakkan blogger yg menggunakan wp dan hosting sendiri ni ingin mencari ilmu dan entri yg sarat dgn dengan pengetahuan yg mampu menarik minat semua blogger tidak kira dari blogspot atau wp pun.
Apa2 pun, majulah blogger untuk kemajuan bukan kemunduran.
Katak bawah tempurung yerk. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda =-.
salam.
entri terbaik.. terasa macam kembali ke sekolah. bagus cikgu kujie. most of what you say is true.
komen pun kena la user friendly!
hehe.. cikgu jie… *angkat tangan*
err.. loceng dah bunyi cikgu.. hihihi..
semoga blogger blogspot termakan cili.. haha.. pening dengan diorang ni.. sendiri bikin salah, sendiri tuduh orang lain lak yg salah.. hehe.. tp x smua blogger blogspot camtu.. cuma segelintir je yang bodoh sombong.. hohoo..
Wah tepat ke hidung mereka Kak Jie membalas kata kata yg blogger wordpress sombong, saya sokong semua point2 akak diatas
saya tambah lagi blogger blogspot/wordpress yang ada yg play music yg takleh nak stop dan punya skrip java yg berat sampai lambat loading, juga salah satu faktor kami berasa sombong
Jie..
harap2 maza tak tergolong dlam kalangan org yg tak disukai..
tapi kalau tak suka juga.. alahai.. apa nak dibuatkan?…
psst: maza suka yg simple.. simple & direct to the point stress gitew..
hheheheheh
sbb tu ler, blog maza kosong2 aje. heheheh
dan pemeriahnya.. adalah.. anda! ANDA! ANNNNDAAAAA!!!
.-= maza´s last blog ..Selamat Jalan! (EL250) =-.
Salam,
Terima kasih dengan panduan yang panjang lebar dan penuh info ni. Siap dengan gambar gajah lagi 😀 sesuai sangatlah untuk saya yang tak berapa IT ni hu hu hu
Semua yang Kak Jie kita terangkan ni memang selalu saya alami juga. Buat penat je tulis komen panjang2, lastly bila send, macam-macam benda yang timbul. Huruf2 yang blur la, iklan2 yang tutup ruang lah…macam2 ragam. kan ke dah hilang mood nak taip lagi sekali.
Selamat tahun baru 2010, moha2 tahun ini lebih bling2 dan membahagiakan berbanding tahun sebelumnya.
.-= Anyss´s last blog ..Bercerita Tentang Lagenda di Pulau Indah Lagi =-.
mengikut komen terhangat di blog ni ramai jejaka-jejaka tampan je ke?
.-= denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang =-.
entahlah kadang pelik sungguh nak kena letak passwordlah, mesti login googlelah dan macam-macam yg buatkan malas nak komen…setuju sangat dengan teguran ni ..tu yg belum termasuk paksa orang dengar lagu yg mereka minat tapi kita tak minat…
.-= denaihati´s last blog ..Selamat TINGGAL blogku sayang =-.
@denaihati, sebab tu ke beralih guna third party comment box?
@beliamuda, guna 3rd party sebab ada banyak fasiliti tapi akhirnya baru perasan terlalu berat untuk blogspot tapi dah terbanyak komen nak pindah memindah malas pulak…sebab berat tu ramai juga yg tak mahu tinggalkan komen heeeee…
@denaihati, memang berat sikit pun nak load kalau pakai third party.
.-= beliamuda´s last blog ..Pelikkah Lelaki Berbicara Soal Hati? =-.
nah ambik ko (pengguna blogspot)! nasib baik kak jie yang sound dulu, itu pun ala-ala cikgu darjah satu setelah anak murid nakal tak dengar nasihat pertama, kedua dan ketiga (ha3).
isu ini rasanya dah berulang kali bagi tau, tapi derang ni macam sombong pula, lalu kata pengguna host & doman berbayar sombong (hu3) pelik kan jadi orang?
terima kasih atas usaha kak jie menghasilkan entri bergambar ala-ala kamus bergambar tahun 1 (ha3), so sweet.
ps – entri yang sama pun saya sedang tulis tetapi sebab berbentuk tutorial, banyak gambar dan step, terpaksa dibatalkan (hu3)
.-= megat´s last blog ..Jodoh Yang Baik, Siapa Yang Tidak Suka? =-.
@megat,
lor , buat jugak le bro megat..hehe
.-= zikr the jalanan sepi´s last blog ..Pengguna internet di malaysia bertambah! =-.
saya ingat, masa saya guna blogspot dulu. saya pernah ditegur kerana ‘Word Verification’ tu~ sejak itu, saya padam terus Word Verification tu agar tidak mengganggu visitor yang nak komen diblog saya.
oh ya, pasal plugin Commenluv tu~ rasanya saya kena cari dan install kat blog wordpress saya. sbb banyak visitor dari innit yang komen sambil tinggalkan URL blog dia org. pastu terus masuk dlm SPAM~ kesian mereka~ 🙄
.-= Akuro San´s last blog ..New Year Planning: Why So Serious? =-.
Nak kena check nih… 😆
.-= kruel74´s last blog ..Property investment : One expensive property or a few smaller one? =-.
Caiyolah kak Jie. Bebenda
tuh seme takde kat blog cheq
tp komen still kurang. Salah
penulis jugakkah?? Hehehe!!!
.-= Eriyza´s last blog ..Kuruskan Gambar Dengan Weight Mirror =-.
alamak kak jie..terasa plak..banyak2 gambar..huhu..
anyway thanks for the info…terima kasih cikgu.. 😉
.-= Bb Hussain´s last blog ..JJCM at Chamek Kopitiam =-.
nampaknya kak jie dah menjawab
persoalan kenapa blogger “WP-Self hosting”
sombong dan tak mau komen kat blogspot.
harap lepas ni depa paham.
seperkara lagi, sorry to say… aku pon bermula dari blogspot.
blogspot ini macam tadika asuhan supaya kamu menjadi
penulis blog yang berjaya dan berpindah kepada wordpress.
kalau kamu mendidik diri sendiri di blogspot seperti
kanak-kanak dalam tadika, maka hasilnya tadak sapa
lah yang berkomen atau kurang berkomen sebab
tak suke dengan sikap kebudangan dengan kekerapan
menggunakan perkataan yang agak pelik dan jelak, seperti aku = aq
lebih = lbh,
itu satu perkara la.. yang perkara lain membuatkan pembaca ilang mood
adalah kerana nkorang meng-CENTER-kan keseluruhan perenggan.
dah macam jadi lirik lagu, nko kata “blog aku.. aku punye suka lah”
lepas tuh.. bila orang tak komen.. nkorang kate kiteorang sombong pulak.
abis macam mana? nkorang punye attitude tuh kene perbetoi terlebih dulu.
ada banyak lagi sebenarnya kriteria dalam menulis. menulis dan berkomen
saling bantu membantu dalam menaikkan nama blog kamu. sekiranya kamu
rasa bersungguh untuk memiliki blog, aku cadangkan supaya berpindah
ke WordPress self Hosting. Tapi sekiranya kamu dalam pembelajaran,
memang aku amat syorkan Blogspot. Dalam masa yang sama, perhatikan
apa kekuatan yang ada pada penulis di WordPress tapi tidak terdapat dalam
penulisan kamu di blogspot.
xceli aku nak buat jugak entri pasal ni. tapi seolah-olah menangguk di
air yang keruh. jadi aku perbetoikan mind seting blogger kita kat sini. aku pon
baru jugak berdomain sendiri. dari bermulanya penulisan carca merba,
lama-kelamaan.. menggunakan penggunaan bahasa melayu yang betul.
meskipon kadang-kala mencampurkan antara percakapan pasar dengan
formal, itu sebenarnya untuk menampakkan penulisan itu tidak terlampau
formal seprti blog informasi.
nama pon dah blog peribadi. ianya akan melambangkan ciri-ciri keperibadian
kamu sebagai seorang penulis. ada manusia menilai manusia melalui
penulisan. jadi berhati-hati dengan setiap yang apa kamu tulis,
thanks untuk topic yang hangat ni kak jie~
terima kasih cikgu… nnt senang cikgu sila komen di blog saya yea 😀
.-= cHiQuE CoMeL´s last blog ..Aktiviti niuyer 2010 =-.
tajuk yang menarik!
Saya dah tersenyum melihat tajuk entry ini, dlm hati dah berfikir mesti pasal komen, widget dan bling2 animation. Betul, saya lebih sukakan blog yang sedap mata memandang, direct komen. Lagi satu, pasal letak lagu-lagu, autoplay pula, kadang-kadang terkejut pun ada. haha.
Bukan semua pengguna blogspot begini, tahniah juga kepada yang memahami keadaan, ceewahh.. 😉
.-= arynet´s last blog ..Cubaan Untuk Enjin Carian =-.
terbaiklah kak jie. satu kebenaran. terima kasih sebab dapat menyampaikannya dalam nada yang nada yang tegas, matang dan boleh diterima.
fuiyohh hebat r kujie…xpenah tau pon benda2 ni
thank-u ah
seb bek aku xpenah ckp blogger wordpress sombong
btw, mahal gle?rm100 setaun
.-= ARC´s last blog ..Contest Cik Ros. Ntah ape hadiahnye =-.
@ARC, hosting ke tu? ade je yg murah. serendah rm5 pun ada, tapi kena tgk servis dan apa yg kita mahu la…
arrgggghhhhhhhhhh!!!! kak jie dah ambil entri saya…hahaha..baru terpikir nk buat entri mcm ni…tapi xsama la…hahaha…
nantikan entri hampir sama dgn kak jie yg bertajuk ” Saya Anti Blogspot ” hehe..
.-= syin´s last blog ..Tahukah Anda? =-.
@syin, nnt leh wat entri style sendiri. tak de hal terus-menerus mengingatkan…
Ha ha.. blog Tie dulu memang ada lagu sebab kita suka… nasiblah sesiapa yang tak suka !
Tulis pun ikut selera sendiri. Lagipun blog Tie agak peribadi. Sesiapa yang selesa dipersilakan datang dan komen. Tak ada paksaan pun. Tie sendiri jadi bengong bila ke blog yang pelik-pelik. Naik berpinar mata bila tengok blink-blink tu…
Satu lagi, bila terlalu banyak widget, iklan dll… jadi satu kerja pulak nak cari entry sebenar.. kena scroll down dan bila baca entry pulak… entah apa-apa… (Pandai pulak nak mengata…hihi) tak faham langsung.
Tie buat bloglist di Blogspot tu ada 2 tujuan. Pertama senang nak tengok blog kengkawan bila mereka update. Kedua kerana ada sesetengah blog (blogspot) hanya terima komen dari google account je. Tie cuma tinggalkan link di blog bloglist tu supaya mudah kiranya mereka ingin berkunjung balas. Err… mokcik kan baik hati, hi hi…..
Ooo…. lupa pulak. Blog bloglist tu ada lagu jugak ! Waakakaa………. 😆
.-= Tie´s last blog ..bubur asyura =-.
@Tie, ..
dolu2 maza suka blog.friendster..
dari Cik Fidah memperkenalkan pada maza perihal blog.friendster, maka terus melekat
malang tak berbau, gambar selalu menjadi halangan..
kemudian dihasut pula oleh si Tie, Mat Lan dan Kujie juga..
ada kepatut katanya friendster mcm budak2 remaja.. huhuhu.. (tapi memang pun maza selalu remaja gitew… wakakakak)
sudahnya beralih ke blogspot..
.-= maza´s last blog ..Selamat Jalan! (EL250) =-.
@maza,
tapi kat blogspot lak.. huhuhu
setelah kujie release entry berbisa menusuk kaki ini, harap2 dia tak jemu bersama2 kawan2 jengah ke blogspot maza..
huhuhu
siapalah maza kanzz.. huhuhu
pembloger yg tak der bakat
syok sendiri
dan sambil2an gitew
uwakkkkk!!!!
apa2 hal pun, tanpa kalian siapalah kalian kanzz.. huhuhu
eh!..
.-= maza´s last blog ..Selamat Jalan! (EL250) =-.
selepas komen yg first tadi sy trus pegi check kat dashboard sy. semua sedia ada seperti yg cikgu sebut tu so tak perlu ubah apa2.
legaaaaaaaa dashboard sy sama dgn yg cikgu ajar
.-= kenari´s last blog ..Thank you for this friendship =-.
@kenari, Saya kan ada kunci masuk Dashbord Kenari , mestilah setting ikut silibus ..hehehehe 😆
Suka dgn kak jie yang tak sombong.. 😉
.-= srikandi´s last blog ..Bersama gadis pencuci kereta yang seksi… =-.
@srikandi, tapi hari ini, kak jie sibuk sikit opp banyak – tak dpt nak layan blog
Sy baca blog dan sy komen..
Sape baca blog dan nak komen silakan…kalo xnak xpe…
Bg saya dunia blog indah…dan amat indah jika kena caranya…kita berblog untuk berkongsi…
Nak ada domain sendiri…masih dalam perancangan…semoga 2010 ia akan terjadi
SALAM
thumps up for this post…..penjelasan yang ringkas, tapi cukup padat & terang 🙂
p/s: pasal lagu auto-play, bagi saya kalau tahu nak menjelajah blog….pandai2 la off sound laptop sekejap….hehehe….saya pun suka je nak letak lagu….tapi banyak pulak orang tak suka….huhuhu
.-= HURULAINI´s last blog ..Queen Seon Duk =-.
Kak Kujie~!
Thanks for the info
😉
.-= zida´s last blog ..Nuffnang, GengBlogger and blablabla =-.
hohoho nasihat yang bersifat keibuan gitu.. nasihat beserta penyelesaian.. hohoho kagum la dengan kak jie.. hehehhee
.-= topo´s last blog ..mode hibernasi.. =-.
Selamat pagi cikgu…murid tegar lari2 datang nak komen w/pun kerja tengah banyak
Tak kisahlah blogspot atau wordpress, kalau kandungan blog menarik dan tuan blog pandai promosi blog dia tentu komen datang banyak2 😉
Masa Kak Jie pakai blogspot dulupun dah meriah, tukar domain sendiri tambah meriah. ikutlah nasihat cikgu ini 😎
.-= iza~de~bintang´s last blog ..Di Bius Panah Lelap… =-.
Hahaha… Dats why kami blogger WordPress tidak mahu bagi komen pada blogger Blogspot (isu panas ni). Salah satunya, sebab kami jarang meninggalkan komen kerana cara nak menghantarkan komen yang kompleks. Siap kena click pada link apa semua untuk submit comment. Lebih mudah buat seperti WordPress yang boleh submit komen direct.
.-= CypherHackz´s last blog ..Selamat Tahun Baru 2010 =-.
tu dia akak taiko wp blogspot dah mengajar… 😆
tapi betul apa yg kak kujie ckp nie, lazaac 100% sokong…
bukan blogger wp ni sombong, sbb kita semua manusia biasa, suma sama jer…
1. ttg blogger blogspot yg suka letak bling2 dan teks warna pelangi tu, nak tarik perhatian ckit2 ok la, jgn sampai org menyampah nak baca.. be normal kan..kan…kan…
2. pasal comment box, mmg majoriti blogger blogspot ada masalah ni.. mereka kena sedar dan peka dgn komen box kerana blogger secara fitrah nyer suka meletakkan link blog mereka selepas meninggalkan sepatah dua komen supaya blog mereka dapat dijejaki, tapi kalo dah pakai profail Google, mmg half2 la (50-50), nak komen ke tak nak..
3. pasal komen moderation tu, xyah la kan… buat menyusahkan jer… sbb mcm biasa, fitrah blogger mereka suka dan terhibur (aiks) bila tengok komen berguna mereka terus masuk dalam ruangan komen, berbanding dengan blog yg terpaksa menunggu admin nyer approve komen tersebut, kalo ada mcm tu, confirm pelawat cari butang “X” warna merah kat atas sebelah kanan owh…
p/s : posting kak kujie mmg menarik…
.-= lazaac´s last blog ..Aksi Deface Situs Malaysia =-.
kadang-kadang kita dah cuba tinggalkan komen tetapi masalah teknikal yang membuatkan submission kita tu error. Bila dah berkali-kali camtu.. jari ni terus sahaja tutup browser atau komen di ruang shoutbox jika ada.
.-= nuaeman´s last blog ..8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mempunyai Blog =-.
Autoplay tu memang mengganggu la. Tambah lagi bagi blogger yang agak tua(mcm sy). Kekadang tu jenuh cari punca sound tu datang dari mana.
.-= Dr House´s last blog ..13 free wordpress themes untuk dicuba =-.
@Dr House, kalau xde butang stop kadang kadang terpaksa blah je terus dari blog tu.
Alamak.. K.Jie fire blog blogspot…
p/s – terkena sipi-sipi kat bahu saya… 😛
.-= samdaddycool´s last blog ..Koleksi Fesyen Baju Kurung Modern 2010 =-.
@samdaddycool, kalau tak bising2 org tak komen, tak pe
ini – bersangka buruk pada org yg tak komen sendangkan dia tak nampak puncanya dari diri sendiri 😆
@Kujie, Betul tu, kalau post kurang menarik / tak menarik kalbu.. sapa mau komen kan? Lagi satu, kena buat ‘user friendly’ (macam tutorial entry ni) untuk pengomen-pengomen tegar senang meninggalkan komen..
Tima kasih sifu 😉
.-= samdaddycool´s last blog ..Koleksi Fesyen Baju Kurung Modern 2010 =-.
slmt pagi cikgu,
sy kena baca ulang2 + practice on the spot
nnti ada kelapangan sy akan siapkan tugasan ini
terima kasih cikgu 😉
.-= kenari´s last blog ..Thank you for this friendship =-.
yup. setuju. skg ni tengah duk jenjalan sambil dengar lagu. dalam kepala dah set, mana2 blog yg ada lagu, saya nak pangkah terus.
banyak input dalam ni. harap blogger2 lain faham. kadang2, ada yang tak best masa nak komen kat blogspot – word verification untuk komen yang embedded tu kadang2 tak kuar.
ps: lihat link saya di bawah ya.. hehe
.-= beliamuda´s last blog ..Penyumbang Trafik Tertinggi Sepanjang 2009 =-.
rasanya pengguna blogspot tak perlu bimbang pasal tak guna captcha masuk spam. sebab selama saya pakai blog blogspot dulu, tak penah pun ada spam. (mungkin blog hits tak banyak sangat kot, dalam lingkungan 100++)
pasal ramai tak tinggalkan komen, salah satu sebab lain ialah, ada diantara mereka suka letak widget mp3 yang autoplay. Memang mengganggu dan biasanya bila saya tahu blog tu guna widget mp3 dengan autoplay, saya akan terus tutup. Tak baca pun entri dalam blog tu, habis tu macam mana nak komen? 😆
masalah kat sini bukan sombong, tapi mereka kena perbaiki dan cuba mencari kelemahan di mana kekurangan yang menyebabkan tiada komen ditinggalkan. kadang-kadang bila saya tulis entri, ada sesetengah entri saya tak anggap akan dapat respon sebab saya tahu entri tu macam mane. Lagi satu, mereka juga kena tahu, kebanyakkan blogger berhosting sendiri dengan wordpress ni bermula daripada blogspot jugak. hehe.. 🙂
kak jie dah tulis penjelasan yang jelas untuk mereka, harap mereka perbaiki penyampaian dalam blog mereka.
Salam..
Hoho…entri yg betul2 memberi kesedaran pd pengguna blogspot..part nk komen tu mmg betul kak jie..kdg2 komen kt shoutbox jer..hehe
.-= oh!dawie´s last blog ..Happy New Year 2010 =-.
Itu diaa… 😀 satu ‘ceramah’ panjang yang bagus dari kak jie..
.-= zuls´s last blog ..Poll : Tambah kawan atau tambah follower Twitter =-.
@zuls, sama-sama kita ambil pengajaran. persepsi macam ni patut ditepis kan?
@beliamuda, hehe.. memang betul tu.. saya pun walau guna blogspot., tetap prefer untuk komen di blog wordpress… blog wordpress saya akan berfungsi sedikit masa lagi..
.-= zuls´s last blog ..Poll : Tambah kawan atau tambah follower Twitter =-.
@zuls, oh, nak berpindah ke wordpress juga ya. nnt dah berfungsi, hebah2 kan la ya.
.-= beliamuda´s last blog ..Pelikkah Lelaki Berbicara Soal Hati? =-.
@beliamuda, blognya dah lama ada.. cuma tak sempat nak setup and biasakan diri.. itu yang guna blogspot dulu tu..
.-= zuls´s last blog ..Poll : Tambah kawan atau tambah follower Twitter =-.