Pagi tadi sambil-sambil bersarapan dengan ‘pesakit saya’ terbaca berita perkahwinan Rita Rudani dan Aidil Zafuan.
Kenal mereka ini? Saya kenal Rita Rudaini sebagai bekas isteri penyampai berita sukan TV3, Akbar Shaari dan Aidil Zafuan Abdul Radzak dan kembarnya Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai pemain bola sepak kebangsaan yang hot…sangat popular bagaikan artis.
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan disahkan berkahwin di Songkhla , Thailand sejak bulan Februari 2008. Ucapan tahniah yang terlewat semoga rumahtangga mereka bahagia , kekal sepanjang hayat.
Rita Rudaini disahkan hamil 2 bulan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Emak mertua saya tidak sihat, disyaki jangkitan chikungunya. memandangkan hanya emak dan adik perempuan ipar saja di kampung, saya berhasrat membawa emak tinggal bersama.
Puas dipujuk puas dirayu, emak masih memberi berbagai alasan menolak. Kebetulan hari ini hari akhir adik ipar lelaki saya di Politeknik, kemudian bercuti.
Penyakit Chikungunya – petikan blog Kementerian Kesihatan
Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah βself-limitingβ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.
Pagi tadi telefon, emak beritahu keadaan beliau semakin baik, jangan risau. Ikutkan perancangan saya sendiri akan balik menjemput emak mertua saya memandangkan suami terpaksa melawat tapak di Bidor. Saya memang rapat dengan emak mertua. Tiga kali saya lahirkan anak ( melalui pembedahan ) emak mertua saya yang datang dari kampung menjaga sewaktu berpantang.
Mertua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mertua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mertua, keempat bapa dan bapa mertua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.Β Perasaan mertua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mertuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Β©Kujie – untung baik dengan mak mertua ni….suami buas degil sikit boleh telefon mengadu..hakhak…siap abang…cakap kat mak!
Entri ini bukan bermaksud saya ini menantu yang riak baik , tetapi untuk peringatan kepada diri sendiri juga kawan-kawan saya yang mana sekarang ini menjadi menantu dan akan datang Insyaallah akan berstatus mertua – dah tua nanti , tinggal dengan anak lelaki jangan bertegas suruh anak perempuan kita yang jaga kerana anak perempuan kita adalah menantu orang lain. Dia ada tanggungjawap dengan keluarga suami dia pula seperti mana kita sekarang yang mempunyai tanggungjawap kepada keluarga mertua kita.
Tiap kali menghadiri kelas pengajian, ustazah saya kerap kali berpesan seperti ini.
Demam tu tengah hot kat Kedah, risau jugak bila teringat family kat kampung π
Wah Kak Jie, siap dengan amaran manja lagi, how sweet
hehehe… my relationship with my mak mertua tak rapat sebab ada halangan berperingkat dari adik ipar perempuan saya! wah wah wah! ngadu saya kat kak jie
tapi itulah kenyataannya! namun saya hormat mak mertua sangat2 sebab dia mak saya juga, technically π
btw, best kak jie sebab baik dengan mak mertua π
nuruls last blog post..CINTA ZULAIKHA
wah benda ni baru kuar paper..
kak jie dah tulis..
Callisters last blog post..Keys and worm
dia org kawen mmg sep ar. xde gempar sane gempar cni. zariel.net yg kije skali ngan adik/abg rita pun rilex je xbgtaw ape2. huhu!
Sweet Thinkers last blog post..Ukuran Iman Dari Pemakaian
erkkk…ye ke?? baru tau depa dah nikah…harap depa bahagia dengan keputusan depa π
iss last blog post..Sadness
neeza lebih suka mak mertua jaga masa pantang berbanding mak sendiri sebab dia rajin mandikan neeza air daun.. mak neeza tak reti sangat.. tapi malu sikit la sebab dia gosok segala genap badan neeza heheee…
rita tu nape kawin senyap2 yek? pelik sungguh laaa…
mm,jauhnye kawen kat songkhla..awat tak gi Italy ke mcm maya karin tu..lagi best..hehe.. Takpelah,asalkan mereka bahagia,cukup..:mrgreen: jgn ade gosip2 pns plak lagi lepas ni..
Mmg best kalau baik ngan mak mentua..yela..kita mesti anggap mak mentua tu mcm mak sendiri,baru life rumahtangga kita tambah bahagia coz dpt restu dan doa dr orang2 tua.. π
nadinezuharras last blog post..:: Popcorn pun ada yang berperisa b_bi..
bestnye dapt mak mertua yang kamceng..nak la gak..hehehe π
izzahs last blog post..Sebuah buku..satu inspirasi..
hmm..
best kalo dpt mak mertua yg sporting kan..
intan slalu doa supaya intan dpt mak mertua yg bule trime intan seadanya..
hehhe
geng la kita kak jie
kadang2 suami usik kita lebih-lebih
siap la abang..ngadu kat mak..
hahaha!
kan dah kena… π
anasfadilahs last blog post..::jujur amanah tabligh fatonah::
time kasih kak jie ngan petikan tu….. time kasih gak sebab mengingatkan taraf saya sebagai menantu…….
nape lak kawin kt thailnd,cm kt mlysia x leh kn? =p
my fwen pun kena skt cmni tp doc kt denggi..
ntha la..
nsb baik da ok!
nem0s last blog post..lepax d bangi lagi…
Eh..napa pulak mereka tu nikah kat Thailand?? Kat Malaysia tak best ke?? Hi hi..kepoh betul..
Wah..memang best kalau kamcing dengan mak mentua ni…..kalau hubby buat pasal, boleh gi report macam kujie buat tu…he he..
Akak ni minat pot laa…
sket2 nak repot ngn mertua…tak acila gitu..
abg akak tak repot kat mak akak ke kalau akak degil…?? π
ChekguBHs last blog post..Burpp…Ekskius Mii…
uiks…dah dekat setahun ke kawen??
lorr…
org tatau pown, tpi teammate aidil musti tau nih…
erm..apela, kawen pon sampai nk ke songkla, musti something fishy in it…
nk kawen, takyah jauh2, kat masjid wilayah pown ok what?? π
ChekguBHs last blog post..Burpp…Ekskius Mii…
ape pasai la kawen kat thailand??
aduh laa
eh hensem laaaaaaaaa pemain bola sepak tu!!!
waaaaaaaaaaaaa
yonnas last blog post..berkelah di pantai yang indah :p
Betul Kak Jie… kdg2 tel MIL gosip2 pasal anak dia. Hahahaha
vavava..cepat je ngadunya…hehee