Seperti edisi pertama Hari Bertemu Pelanggan – Vol 1 yang terdahulu, hari ini saya ingin menjawap beberapa surat cinta yang dihantar kepada saya melalui Hubungi Saya.
Ada beberapa email telah saja jawap dengan kadar segera bergantung kepada keutamaan kes dan kelapangan diri saya sendiri. Email sekadar untuk exchange link, saya telah buat tindakan dengan kadar segera tetapi email untuk masalah dan tutorial blog mungkin menghambil masa.
Sejak cuti sekolah, saya memang Kesibukkan TERlampau. Tetamu saya siliih berganti dan untuk pertama kalinya tahun ini saya menjadi tuan rumah di Aidiladha dimana 10 dari 11 adik beradik suami saya menyambut Aidiladha di rumah saya kerana emak mertua saya ada di sini.
Kemudian saya menerima pesakit yang patah kaki menjelang korban Aidiladha .
Setiap musibah atau bencana pasti ada hikmahnya – saya minta maaf sekiranya itu juga membuka pintu rezeki untuk saya. Saya harus akui bahawa Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa atau pun tragedi tanah runtuh di Ulu Yam secara tidak langsung telah menyebabkan banyak projek sekarang. Dalam minggu ini ada beberapa BQ yang sediakan dan suami saya mendapat 2 projek baru. Salah satunya kerja-kerja baikpulih cerun di Cameron Highland.
Melalut-lalut pula saya… balik pada topik asal.
1 – A Letter From Heaven – ajie
ajie wrote:
salam.. biarpun mama tak kenal saya, tapi sy da lame blaja buat blog dgn tutorial mama.. tanx alot mama.. leh ke panggil mama ni.. cume nk tau lg cmne nk masukkan nasyid fm, tv, tolong ye mama.. da berbulan2 sy try xbleh gak..
tanx mama byk tlg sy.. cmne sy nk balas budi mama, lgpn sy sukar utk dpt kasih syg mama, wish u hepi family ye mama, assalamualaikum wbt.. -ajie-
Sama-sama – mungkin sifat semulajadi seorang blogger berstatus ibu, sedaya mungkin akan memenuhi setiap permintaan anak-anak..
2 – A Letter From Heaven – ckin ( ingat ke Ekin si Mawi tu… nak juga bagi petua² rumahtangga )
ckin wrote:
sonok baca kisah hidup akak..
bahagia..
– Sebenarnya, saya dan suami adalah dua individu, kami sangat berbeza dari segi pendapat atau pandangan tetapi kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain. Bahagia adalah pilihan kita, bahagia bukanlah destinasi tetapi bahagia itu perasaan yang dikaitkan dengan hati, jiwa dan fikiran atau rohani. Rasa ini tidak dapat diterjemahkan dengan ketetapan ayat tetapi dapat dilahirkan atau terbit melalui jasmani seperti keceriaan, bersemangat dan bermotivasi. Orang yang bahagia akan jelas dan amat tahu matlamat hidupnya dan menghargai diri sendiri.
3. A Letter From Heaven – arif
aarif wrote:
akum,, just nak tau mcm mana nak kasi dia berbunga pasal tau tanam jerk,, kursus pin tak pernah
arif wrote:
akum,, harap balas email saya … just nak tau bulan keberapa boleh berbunga kan dia ,, dan bagaimana nak berbunga kan pokok vanilla
– Saya pasti email ini mesti merujuk kepada posting saya mengenai penanaman pokok vanila. Saya syorkan saudara berhubung terus dengan Rentak Timur atau di forum Bicara Jutawan – topik penanaman vanila. Banyak maklumat saya dapat dari situ.
4. A Letter From Heaven – dharajuku.com
dharajuku wrote:
salam alaik..
kak jie camne nak wat pautan cam teman tapi mesra tuh ek??
– Inilah pertanyaan paling banyak… ramai sungguh berminat dengan ‘Taman Tapi Mesra’ saya. Mula-mula kena faham link open new window. Faham cara-cara untuk membuat kod url yang di klik akan membuat window baru.
Contoh : Sila klik Jie akan menghasilkan : Sila klik Jie
Oleh kerana ramai yang bertanya adalah pengguna blogspot, jadi tutorial ini adalah berasaskan setting layout blogspot.
Dashboard > Layout > Add a Gadget > Text ( jangan pilih Link List )
Configure Text masukkan Title > contoh : Teman Tapi Mesra
Taip code seperti dibawah, code color boleh ditukar dan taipkan url link yang dikehendaki.
color: #ff0000 = warna merah.
5. A Letter From Heaven – srisufi
srisufi wrote:
salam sis Kujie…sri dah banyak kali mengalami kegagalan ni…alahai…sri ada beberapa masalah yang tak selesai sejak sri berjinak ngan dunia blogging nih…tolong lah sis Kujie..jenis kegagalan:
1.nak tukar 2 kolum kepada 3 kolum
2.nak tambah 3 kolum di bahagian bawah blog(spt dlm tutorial Sis Kujie..
3.meletakkan ruangan tetap utk pengenalan diri di bahagian atas blog
4.susunan widget .hurmmm…naik pening sri dibuatnyer…tolong sri Sis..
kalau leh studi direct pun takper coz umah kita tak jauh…sri dok batang
kali…n salu ke rawang.kalau tak keberatan sri nak minta phone number…alahai gagal lagi.
019xxxxxx SRISUFI
Sebelum saya jawap soalan ini saya perlu beritahu bahawa saya menggunakan wordpress berhosting sendiri dan sudah tentu blog kita berbeza.
Srisufi masih lagi menggunakan blogspot template klasik. Tutorial saya buat multi kolom di footer dan buat sidebar kiri dan kanan atau pun menambah 2 kolom kepada 3 adalah untuk template minima baru ( original ) blogspot.
Soalan no 3 & 4 – kalau gunakan template baru, cuma perlu klik dan drag to rearrange widget yang terdapat di sidebar. Kalau mahu bahagian pengenaland diri ( about me ) di letakkan di atas. Klik dan drag ke bahagian atas. Kalau gunakan template klasik… bawa kesemua code mengenai ‘about me’ ke bahagian atas.
srisufi wrote:
salam Kujie..maaf mengganggulagi satu sri nak wat kolum komen mcm sis punya…suka lah blog sis…kemas…
– Saya guna plugin wordpress tetapi untuk blogspot boleh rujuk tutorial saya di [SINI ] atau tip pemblog membuat komentar terkini.
Untuk blogger yang menggunakan blogspot membuat ‘contact form’ seperti ‘ Hubungi Saya’ , lihat tutorial saya di [SINI]
6. A Letter From Heaven – maniq
maniq wrote:
kak kujie, camne nak wat website cam akak nih. saya tak tau nak guna
wordpress..bleh akak tlg ajarkan
– Saya bukan pakar wordpress – mungkin boleh merujuk kepada Forum SK untuk belajar. Nasihat saya sekiranya ingin menulis blog , gunalah blogspot kecualilah jika menggunakan domain dan hosting sendiri.
WordPress.org dan WordPress.com tidak sama. WordPress.org perlu ada web server sendiri dan mempunyai hak mutlak untuk mengubah segala code. WordPress.com adalah seperti blogspot.com
– untuk Yonna , A letter from heaven adalah ‘subjek’ setiap kali sesiapa hantar email kepada mama melalui ‘ Hubungi Saya ‘
©Kujie – stop dulu, saya ada tetamu dari Bentong untuk makan malam hari ini…Saya luangkan masa 1 jam 32 minit untuk entri ini
26 thoughts on “Hari Bertemu Pelanggan – Vol 2”
Comments are closed.
Sis Jie!
sebagai seorang bekas pelanggan dlm erti kata membetolkan html blog adinda,adinda berpuas hati dgn kerja2 kekanda!
Thanks utk jasa2 itu! Malangnya…Ferhad,adinda tak minat…Adinda cadangkan kekanda dengar Stevie Ray Vaughn…Takpun,layan instrumental Steve Vai…Pehhhhh!
Roger!
ramai pelanggan kak jie …
Alhamdulillah
waah…
rajin nyer kak jie nih buat tutoriol
nak panggil auntie ke kak ek?
better auntie kan?
he3
ya ya
untie jie..
loques last blog post..Loque In Love ?
salam kak jie, lama tak dapat masuk blog kak jie.. arinih tetiba dapat lak.. hehe
Junaidixs last blog post..Cameron Highland
hi kakjiee ittewww.. good info.. keep it up..
nah… tu dia entri bermakna dari seorang wanita, isteri, ibu dan suri rumah sepenuh masa. sangat kagum!
Syams last blog post..Jurutera Sebagai Pasangan Ideal?
cakkkk! salam jie…uisskkkk, nak jd pelanggan gak camni..hehe. jie sihat? seronok raya ramai2 ek? mak mertua dh balik k? jun pun bz tahap mega cuti ni.iskkkkk!
juns last blog post..Away…but not far
Wah dalam sibok2 sempat ada “Hari Bertemu Pelanggan” nu. Respek lah kat Kak Jie atas kebahagiaan dan ke’tera’an dalam dunia nyata dan maya…. 🙂
itu dia entri dari seorang isteri yang berilmu dan bertanggungjawab. saya percaya bukan semua mampu berada pada tahap sedemikian.
sebagai seorang yang sudah berumahtangga juga, saya tak lari dari salah faham. kadang-kadang tu hal kecil boleh jadi besar!
saya sendiri seronok membaca entri kak jie yang menceritakan perihal keseronokan rumahtangga kak jie.
megats last blog post..Trajedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Bicara Dari Langit
@megat, megat ni kan..buat kak jie kembang dua tiga mangkok jela…
sebenarnya ada kalau search kat tenet tapi dia org ni suka je tanya kat kak jie
aiyo… advancenye kakjie.. Nak tanya.. kakjie dah cuba wp 2.7… best gile.. pasni am agak.. kakjie tak gila theme dah.. sebab plugin library dalam wp extend boleh disurf melalui blog admin jer..
@am, tadi try update…tapi slow je….esok2lah upgrade pula
kak jie..
nnt kalo ade pape intan xphm sal blog intan tanye kak jie eh..
tengkiyu.. 😀
@intan.dayana, tak de hal… 😆
kak jie memang tidak pernah menghampakan. syabas
@cikgu panji, erk..minat kot 😀
a ah penah tny.
err
tp maybe yonna x bc jawapan mama kot :p
tq mama!
yonnas last blog post..siapa yang dah tgk cicakman 2?
@yonna, tak pe….sok2 tanya lagi ye…
kaunter pertanyaan sentiasa on call
ahahaha. tempat diya mana lah ada benda entertaining, wayang2 gitu ma. diya dok ceruk pedalaman gitu. nak kuar pegi bandar KB pun amek ms sejam. tu pun dating ngan mak ayah jelah. heee =D
diyas last blog post..D207 : Aku Stacy Mara Ke AJL
@diya, huhuhu…..ala cian dia tu..berkepit je ye.
oh oh, diya suka baca entri letter from heaven yg mama dapat =D paling suka yang bahagian kedua tu. setuju dengan ckin, keluarga mama nampak bahagia =)
dan jawpan mama sangatlah best
“Bahagia adalah pilihan kita, bahagia bukanlah destinasi tetapi bahagia itu perasaan yang dikaitkan dengan hati, jiwa dan fikiran atau rohani.”
=D
diyas last blog post..D207 : Aku Stacy Mara Ke AJL
@diya, uikk..korang berdua ni ade depan pc..tak g keluar jejalan hujung minggu ke?
dating ke..tgok wayang ke…tak kan dah jadi suri rumah mcm mama je..dok ceruk dapur.
mama..
yonna wondering..
maksud letter from heaven?
@yonna, hahaha..rasanya dh byk kali dia tanya dan banyak kali gak mama dah jwp..