Hari Sabtu masa bersiap siap nak ke majlis perkahwinan Eny & Zelo, saya ternpandanglah tangan Intan yang bergelang emas. Buka main kau… dah macam mak-mak. Saya yang mak-mak ni pula tak pakai apa gelang seurat pun.
Sebenarnya kisah gelang tangan emas seurat tu ada kisah romantik yang kelakar. Saya share untuk kita-kita ajelah, sebagai selingan hari Isnin.
Kisahnya berlaku akhir bulan lepas sewaktu kami sekeluarga bercuti ( baca : Sewa Apartment 2 Bilik Di Pork Dickson ).
Sewaktu makan malam sekeluarga kami 5 orang di tempat penginapan, kami adakan sesi luah perasaan. Ini perkara biasa kalau kami berkumpul sekeluarga. Masing-masing akan bercakap tentang diri dan apa saja yang nak diluahkan.
Sewaktu giliran suami, dia cakap ada kejutan. Ada hadiah untuk saya. Terujalah kan, siapa tak suka kejutan sebab rasanya dalam suasana gembira macam ni tak mungkin ada kejutan yang sebaliknya, mestilah kejutan yang best.
Dia keluarkan rantai tangan ini dan minta dihulurkan tangan. wah…. perempuan mana tak suka barang kemas, kan. Menggebu-gebulah rasa cinta sambil hulurkan tangan.
Macam babak romantik drama tiap petang tu kan…. tapi kali ini pasangan lewat usia di depan anak-anak dalam majlis keluarga. Kali terakhir dia buat kejutan Habib Jewel masa kali pertama balik selepas bertugas di Algeria. Penghargaan untuk seorang isteri yang sering ditinggalkan, katanya.
Sambil gelak ketawa anak beranak tu, sambil tangan dihulur dan sang suami sedang memakaikan isterinya rantai tangan emas tiba-tiba ….. jeng jeng jeng!
Tak celuih!
Rantai tangan tu tak muat untuk dikancingkan pun. Macam kena prank! Lagi kuat kena gelakkan. Anti klimaks betul. Patut ending romantik, sekali jadi lawak mega.
Cubalah korang bayangkan…. adengan romantik kat meja makan sepasang kekasih lewat usia cuba menyulan cinta menyemai kasih tetapi endingnya macam ni…..bayangkan orang lainlah
Nota : Tak dapat pakai gelang emas tu tak sesedih bila sedar tangan memang gemok ~ ha ha ha
hahaha kesian kakjie … tgn gemuk tu tk leh terima ..
Hahaha. Memang kelakar. Takpe, yang penting memang niat nak bg hadiah 😀
waduh kenasipan nie..memang betul-betul takde rezeki nie..
Sangat tragis kak jie. Tapi takpa leh buat lain. Hihihi
xpa, itu x disengajakan, yang penting dia belikan dengan niat untuk isteri kan
*komen tiada kaitan dengan enty;
Smart sungguh tema blog ini. Hee..
Sedihnya kejutan pakai gelang emas tidak menjadi. Lain kali cik abang perlu ukur saya pergelangan tangan senyap-senyak. 🙂
haha..boleh pulak x muat
hehe…sangat anti klimaks dan sangat sadis, mungkin dimata sang suami masih melihat kujie yang zaman berchenta dooloo-dooloo
Haha suspen sungguh, ending gelang rupanya tak celuih..
Kalaulah boleh coverline kan, tak lepas gelang, bagi cincin pulok.. wah.. 😛
Rezeki Intanlah jawabnyer hehehe…
Saspen sungguh! LoL
Lain kali bagi hadiah iPad mini je. Tak perlu ukur tangan 😉
ini memang kes sadislah adakah abang dah lama tak ukur tangan?? Next time kena check betul-betul tu abang nasib baik ada anak dara boleh lah turunkan …
kelako k jie… abis cam no tuh…
hahaha lawok lawok, ini kes sang suami membayangkan pergelangan tangan si isteri masih seperti 10 tahun yang lepas
hahaha..sangat comel.. epic sungguh kejutan tu kak..
teringat mak saya pernah cerita.. ayah saya belikan dia baju..konon nak bagi surprise.. sekali baju tu singkat nampak pusat..hihi..
hihihi.. serius.. kelakar giler entri ni.. opsss.. sorry teman bukan nak gelak.. tapi memang kelakar entri ni.. aduiii.. geli perut teman ni.. maknanya en. suami kena ukur siap2 .. nanti taklah terjadi kejadian serupa akan datang hi2..
Dan jadilah rezeki Inatn, tak pasal2 dapat hadiah terkejut…
Mmg ending yg mengacau jiwa btullah…
niat nak bagi hadiah pun dah boleh buat hati isteri berbunga..betul ke kak jie?
adoilahhh…rugilah cmtu..hehe..sabor jela
Lama tak dengar.. tak celuih! Hehe. Patut lah rantai tangan tu jatuh kat intan kan. Jadikan tu motivasi utk kak ji kecilkan pergelangan tangan 😉
hihihihi…..mmg kelakar.tu la erk makna nya kita ni makin berumur makin kembang.tu yang tangan pun ikut kembang….sy mmg x suka gelang.tp sy suka cincin.bila masuk kat jari sti tersangkut kat tgh2….rasa sedih sgt.tu yg azam tahun ni nk diet.hehehehehe