Apabila bercerita tentang kereta, saya ada banyak kisah pahit yang manis yang boleh dikongsi. Saya adalah pemandu yang aktif sejak ada lesen memandu tahun 1995. Antara kisah-kisah kereta yang sangat terkesan dalam kehidupan saya adalah
- Hari pertama dating, dah kena tolak kereta kerana rosak. Balik rumah jalan kaki kerana tertinggal bas . Macam drama kan? Baca di sini – Macam Mana Mama Jumpa Abah ?
- Selepas lahirkan Along, balik dari klinik bersalin dengan kereta baru, bau kedai lagi – baca entri yang suami saya tulis – Tidak Akan Ku Lupa
- Pernah segerombolan polis trafik bermotosikal datang ke rumah kerana satu ke – Syukurlah Hidung Masih Penyet
Saya ada satu file kulit keras khas untuk kereta di rumah. Pernah dalam satu masa kami ada 6-7 buah kenderaan kereta dan motorsikal. Agak keraplah berulang alik ke pejabat ejen insuran dalam setahun untuk urusan insuran dan cukai jalan ( roadtax ).
Dulu tak ada lagi perkhidmatan syarikat yang uruskan insuran dan roadtax secara online seperti yang dilakukan oleh RichPlan4U.com. Korang tahu RichPlan4u tu apa? RichPlan4U.com adalah adalah syarikat yang menawarkan servis perbaharui insuran kereta dan cukai jalan . Perkhidmatan dalam talian ini menjimatkan masa dan mudah untuk diproses.
Bermula dari 1 Mac 2014 sehingga 31 Mac 2014, pihak RichPlan4U menawarkan potongan harga sehingga 15% ke atas NCD sedia ada melalui kempen Smart Driver Sweet Discount 2014 Campaign.
Untuk menikmati tawaran potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac boleh dibuat dengan mengisi borang di sini -.Smart Driver E-Application.
Kalaulah insuran dan roadtax korang lambat lagi nak renew, boleh buat pre-booking . Pada borang tersebut ada bahagian Renew Option, pilih untuk pre-book. Boleh gunakan code number yang diberikan apabila memperbaharui cukai jalan nanti. Ini adalah tawaran hebat yang tidak boleh dilepas begitu sahaja. Salah satu cara untuk berjimat cermat dan menjadi pengguna yang bijak.
Syarat untuk mendapatkan tawaran tersebut.
- Tahun pembuatan kereta mestilah tidak lebih daripada 13 tahun atau di antara 2001-2014.
- Kempen ini hanya layak untuk insurans kereta dan cukai jalan yang tamat pada 2014.
- Diskaun ini hanya boleh didapati dalam tempoh 1 Mac 2014 sehingga 31 Mac 2014.
- Diskaun pra-tempahan hanya terpakai semasa tempoh kempen.
- Minimum caj penghantaran akan dikenakan .
- Salinan geran kereta diperlukan untuk memproses permohonan.
- Proses akan dibuat apabila pelanggan telah membuat pembayaran.
- Nota perlindungan insuran dan cukai akan dihantar dalam masa 2-3 hari bekerja.
Pihak RichPlan4u melalui Salam Media menganjurkan peraduan “Pengalaman Aku Dan Kereta” dikalangan blogger. Penyertaan sangat mudah, hanya ceritakan apa saja pengalaman dengan kenderaan, kereta atau motor dan berpeluang menangi sebuah iPad Mini dan 5 power bank.
Salah satu kenangan yang paling sukar untuk dilupakan adalah bersama Nissan Serana pada tahun 2009. Kejadian berlaku selepas 3 bulan suami ke Algeria. Pertama kali saya akan memandu balik ke kampung sendirian bersama anak-anak menempuh jarak hampir 400 KM .
Sebelum bertolak, saya service kereta dan telah pun mengambil langkah-langkah yang wajar. Apapun takdir mengatasi segala.
Sewaktu melepasi KM 230.5 arah utara sebelum Changkat Jering tiba-tiba air tersembur keluar menerjah cermin depan kereta. Enjin kereta terus mati serentak. Dengan momentum yang ada, saya bawakan kereta ke tepi lebuhraya.
Perkara pertama yang saya lakukan adalah bawa anak-anak jauh daripada lebuh raya sebagai langkah keselamatan.
Selepas menelefon Plus Ronda, kami menunggu di dalam longkang di tepi lebuh raya. Tiba-tiba sebuah trak penunda polis berhenti. Dua orang anggota polis berhenti bertanya masalah kami.
Tidak lama kemudian, kakitangan Plus Ronda pun sampai. Water pump Cik Serena bermasalah, kereta kami perlu ditunda.
Anggota polis yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Taiping sudi menunda kereta kami keluar dari lebuh raya di Changkat Jering.
Sebelum bergerak, sempat juga kakitangan PLus Ronda bertanya ” Puan ni siapa?” ” Kenapa polis yang datang?”
Ha ha ha… saya cuma jawap kebetulan saja polis yang lalu dan ternampak kami.
Bersyukur kepada Allah kerana dengan sedikit ujian dan diberikan kami berganda-ganda pertolongan. Semuanya selesai hanya dalam masa 20 minit.
Kami dihantar ke workshop yang paling hampir dengan plaza tol. Lebih satu jam barulah water pump dapat dibaiki dengan sedikit ubah suai kerana sukar mendapatkan alat ganti kereta Serena.
Kemudian kami masuk semula ke lebuh raya untuk teruskan perjalanan. Bergerak dalam 5-10 kilometer, terasa sesuatu yang tak kena. Saya terus memandu sehingga sampai ke stesen minyak di Bukit Merah. Sekali lagi saya hubungi PLus Ronda.
Bertungkus lumus kakitangan Plus Ronda cuba mencari punca masalahnya. Ada kebocoran pada paip water pump. Mereka cuba menutup buat sementara dan mengesahkan kami selamat untuk meneruskan perjalanan.
Memandangkan dah malam, saya bersama anak-anak membuat keputusan untuk keluar dari lebuh raya ke bandar Parit Buntar mencari hotel untuk bermalam. Kami tidak mahu mengambil risiko di tengah malam. Lebih baik teruskan perjalanan di waktu siang.
Alhamdulillah, esok paginya dapat teruskan perjalanan ke kampung dan dapat kembali semua tanpa masalah.
Dah selamat semua, barulah saya ceritakan kepada suami yang ketika itu di Algeria. Tak dinafikan, terasa jugalah sedih bila dikenang terpaksa harungi sendirian tanpa suami, tetapi semua yang kita lalui adalah satu pengalaman yang sudah tentu menjadi begitu berharga untuk dikenang sekarang.
Sebenarnya ini bukan pengalaman terakhir saya bersama Serena dan Trak Tunda, sebelum dijual, saya sekali lagi menaiki trak tunda di GCE bersama Serena! Saya suka kereta ni, sedap bawa dan selesa ruang dalamannya tetapi apakan daya, hati suami yang jauh di luar negara lebih risaukan keselamatan anak isteri yang ditinggalkan.
Sebelum ini tiada masalah, mungkin bila dah umur meningkat, Serena pun mula sakit sendi, sakit lutut atau lemah jantung.
Akhirnya saya beli Proton Saga FairLady. Kereta pertama atas nama sendiri walaupun sebenarnya suami yang bayar tiap bulan.
Pengalaman beli kereta baru sendiri juga ada banyak kenangan dan peristiwanya… hihi..kalau saya tulis nanti, habislah peluang orang lain nak menang hadiah utama, baik saya berhenti saja di sini.
Kalau ada peraduan lagi, bolehlah saya sambung cerita , maklumlah description blog Kisah Hidup Yang Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Erti
mesti banyak cerita kat longkang tu sementara menunggu plus ronda sampai. hehe
kat longkang tu selain anak sendiri ada anak sedara belah suami yang pertama kali ikut kami balik Kedah
mesti dia akan ingat pengalaman perjalanan jauh dia nak pergi kampung Mak Uda dia ni
sampai kena bermalam di pertengahan jalan…tapi budak2..seronok aje dia tau
Adat dunia… yg baru jadi lama, yg lama diganti baru…
saya ingatkan SERENA tu apa, hehehe
Tarikh tersebut adalah hari pertama saya masuk company sekarang.
Susah payah, jerih pilu, suka duka, lara dendam, kereta juga yg membawa dari a ke b. kadang kala sedih nak jual kereta yg sudah dipakai lama.
Zaman saya bujang, saya selalu berhenti tgk kereta terkandas. Selalu saya bagi bekal keropok dan air mineral serta payung untuk tahan panas.
mesti syg sgt kan,,hehe
Serena dulu pun sayang…sedap bawa, maklum 2.0cc..saga ni 1.3 saja
tapi minyak pun kuat..hehe
Kena tolak kereta tu yg tak tahan
Macam2 betul kisah kak jie
Ada banyak sebenarnya, cuma kalau ditulis, senak perut korang nak baca
hehehe
p/s – Saga FairLady = Saga FL
nampal?
baru jugak join segmen ini tadi.. hihi..
dah tengok….satria biru berkilau kilau
Rasanya dulu pernah baca artikel Kak Jie dengan Serena ni. Hihihi
Tahun 2009 , ada blogger yang update siaran langsung
Kak Jie dah rezeki Allah tentukan macam tu, demi keluarga terpaksa berjauhan dgn keluarga juga. Aina setakat ini belum lagi ada masalah dengan kereta sebab cik saga tu beli baru skrg dah 6 tahun tak lama lagi dtg le semputnya. Risau sebab selalu balik Perlis dgn anak2 ja.
Itulah, jangan kata kereta dah tua, kadang2 kalau nak jadi kereta baru dalam warranty pun boleh jadi
saga ni , bulan pertama lepas 1000km pertama tukar minyak hitam , balik dah leaking
3-4 bulan lepas tu lampu depan masuk air
mmg ada mcm mcm kisah kalau bab kereta ni, kita berusaha apa yag patut dan baca doa
oh,proton dah keluarkan versi fairlady ehh ? Hehehe
he he he… tak dapat fairlady betul, dapat nama pun jadi lah
Nak share jugak lah.pengalaman dengan kereta… haha..
share pengalaman….tulis benda yg kita alami sendiri ni best sebab kita lalui
ada peraduan dari RichPlan4u.com, mana tau dapat hadiah
maza sudah bertukar tiga buah kereta…. kesemuanya tidak disimpan secara serentak…
sebuah kereta simpan bawah pokok akibat accident.. heheheh
sekarang mahu menjengah kereta yang lain pula.. sesuai dengan kata2 kak jie, makin berusia kereta, semakin banyak lemah lutut dan sendinya longar2.. huhuhu
Roadtax dah renew tahun ni?
Kalau belum dah boleh buat pre booking…. bebila masa tahun ni boleh renew guna diskaun yg diawarkan tu..banyak juga 15% tu.
Sama mcm kita la …dah bertambah angka umurnya mulalah sengal sana sini
proton fairlady membawa sinar baru.. hehehee
uruskan sendiri beli kereta fairlady tu
abg tak ada kat malaysia masa tu
gelabah jugalah…pertama kali nak berurusan dgn banyak pihak
tag line yang menarik..
saga fairlady… wow
ha ha ha …fairlady tu motivasi utk diri sendiri
nama je, fairlady asal tak pernah pun rasa mcm mana…hahaha
biasalah kak jie bila kereta dah lama, mesti ada masalah punya…
anyway good luck..
tapi serena tu 2.0 cc…sedap bawa, dalaman pun luas.
bawa anak-anak dia org selesa
tapi..minyak pun kuat juga hehehe
saga ni sesuai lah utk makcik2 mcm kak jie, dah tua tak boleh nak merempit sgt
Kereta pertama saya adalah Iswara berwarna hijau metalik. Ada yang mengelar model ini kereta kebal dan saya telah lepaskan kepada pemilik baru. Setiap yang pertama tentu ada kenangan manis dan pahit.
Baru perasan post entry ini agak panjang. 🙂
fuh lega takde sambungan dah lepas beli kereta baru..risau gak krem jari dok skrol baca entri ini..hehe
acik ni siapa sampai polis datang tolong? soalan yang kekal tiada jawapan konkrit kpd abang2 plus tu, harap2 mereka tak stress cari jawapan…hehe
hahahaha…macik ni nak memulakan perenggan pertama je susah sikit, kalau dah start tak reti nak berenti
rasa mcm2 benda nak tulis sebab topik ni memang dah kita lalui
Pengalaman yg bila diingat balik, mesti manis walaupun masa kejadian…mesti juga ada terselit rasa sedih..
apapun, itu semua kenangan terbaik…
thanks kak jie berkongsi…ada ilmu dapat hari ni =)
Betullah tu, kita ditimpa musibah, masa tu mesti kita sedih juga
sekarang bila dikenang….. mahalnya harga pengalaman
nampak gaya k jie kena beli kereta baru..hehe.
Ini cerita tahun 2009, kak jie dah beli Proton FairLady
Kalau kereta rosak lagi kakjie..sewa kereta sy…kalau tak patah kaki nanti…boleh bg diskaun cun2..:)