Memandu balik dari sekolah tadi, terdengar berita ringkas mengenai isu terkini PMR atau PBS atau PBSMR . Sejak tahun 2012 saya dah tulis dan ikut isu PBS kerana anak saya yang berada di Tingkatan 3 terlibat dengan sistem yang sedang diuji ini. Selepas hampir 3 tahun dan peperiksaan tinggal beberapa bulan saja lagi, saya harap ini adalah keputusan akhir yang akan kita teruskan.
Dah penat dah. Guru lagi lah kan… murid pun sama. Sampai saya ambil jalan mudah pesan dengan anak – tempuh saja apa yang datang, ini jalan hidup yang perlu awak hadapi. Benda-benda ni hanya sistem yang dicipta oleh orang dewasa .
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
Berita ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di bangunan Parlimen semalam.
PT3 – susah nya nak sebut, paling mudah PTT
Disebabkan dah kerap sangat menerima berita kejap on kejap off dengan PBS ini, sebagai ibubapa yang anaknya terlibat secara langsung saya mencari maklumat di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah apa siaran media seperti yang dikeluarkan oleh KPM ( Rujukan : Kenyataan Media PT3 )
Ringkasan Mengenai PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga)
- PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.
- PT3 bagi Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study)
- PT3 bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
- Pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP).
- PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
- Guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini
- Guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit selain rekod perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru
- Guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Sejarah Ringkas PBS
- Pada 17 Disember 2010 Jemaah Menteri bersetuju PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan dengan pelaksanaan di sekoleh rendah pada 2011 dan sekolah menengah pada 2012.
- Pada 11 Februari 2014, PBS ditangguhkan dan digkaji semula pelaksanaannya.
Trivia PMR
1957 – Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE)
1960 – Diganti dengan Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
1985 – SRP menggantikan LCE sepenuhnya
1993 – Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menggantikan SRP
2014 – PMR diganti Pentaksiran Tingaktan 3 ( PT3)
Nota : Tak sabar nak tunggu Intan balik sekolah hari ni, nak dengar apa yang dia faham dari penerangan guru dan apa pendapat rakan-rakan sekelas. Saya selalu dengar cerita rakan sebaya anak-anak.
Minggu ini sekolah agak sibuk, kelas tambahan dibatalkan dan hari ini kokurikulum pun dibatalkan. Cikgu berdebar kot nak tunggu Keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan pada hari esok 20 / 03 / 2014.
Apa yang saya faham, PMR ditukar nama ke PT3 dan peperiksaan ini menggunakan sistem PBS. Betul ke pemahamana saya ni, atau salah?
Terima kasih kpd blogger atas perkongsian. Saya rasa itu dari segi teknikalnya. Berikut adalah pemahaman saya tentang KONSEP PBS pula.
Mula2, kita kena bezakan antara SRP/LCE, PMR, dan PBS. Sebenarnya ia dah digambar melalui namanya. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berasaskan SIJIL berkonsep peperiksaan utk mengred pelajar. Kita mewarisi sistem itu drpd Inggeris.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula suatu PENILAIAN tetapi berpusat. Ia dilaksanakan slps kita mula sedar bhw para pelajar tak sepatutnya terlalu awal digredkan yg akhirnya berlaku ‘budaya peperiksaan’ yg menguji intelektual semata2.
Manakala Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) ialah PENILAIAN tetapi berdasarkan penguasaan individu terhadap kemahiran2 yg ditentukan. Ia dibuat oleh pihak sekolah merangkumi semua aspek yg diperlukan manusia iaitu intelektual, emosi, rohani dan jasmani.
Nampak macam sama tapi konsepnya berbeza. Ada proses2nya yg perlu dilalui.
Bagi saya semua pihak perlu faham konsep PBS. Jika tidak, PBS akan jadi sama seperti PMR yg akhirnya tiada bezanya dgn SRP apabila pihak sekolah mengambil jalan pintas bagi menjaga prestasi akdemik sekolah.
PMR telah gagal menjadi alat penilaian yg berkesan apabila guru2 mula mengumpulkan soalan2 ramalan dan pusat2 tuisyen dibuka bagi melatih pelajar teknik menjawab soalan periksa.
Aspek intelektual dianggap raja segala kejayaan manakala aspek-aspek rohani, jasmani dan emosi dianggap tidak penting padahal ia adalah teras dalam falsafah pendidikan negara.
Akhirnya apabila terhasil penjenayah pintar barulah kita sedar kesilapan besar kita dalam memberi pendidikan semasa di sekolah lagi. Kita ada beberapa pengalaman ngeri apabila ada pelajar cemerlang SPM menjual maruah di luar negara!
Apabila semua pihak sudah faham konsep PBS maka kita takkan bimbang lagi dgn PT3. Hal ini kerana keputusan PT3 akan terhasil sendiri apabila PBS dilaksana dengan ikhlas dan amanah.
Jangan terlalu fikirkan peperiksaan!
Bagi memastikan PBS dilaksanakan sedemikian maka beberapa instrumen telah disediakan oleh pihak berkenaan.
Peranan semua pihak amat penting bagi menjayakan PBS. Paling ditakuti ialah jika ada ahli politik yang ambik kesempatan. Mereka mampu mempengaruhi rakyat dan mendesak kerajaan.
Akhirnya kerajaan yg bimbang terjejas dlm PRU mengambil keputusan kembali pada sistem kuno kita dan usaha pakar2 pendidikan selama berpuluh tahun terkubur begitu shj.
masa zaman aku dan 2 adik aku merasa la PMR ni, PT3 ni rasa macam lagi mencabar je, harap ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan kita
Tahun ni tak ada anak yang ambik PMR
Adik saya antara batch yang pertama. hmmm
teringatlah kat PPSMI
mesti intan bagitahu cikgu tak cakap apa-apa pun lagi..hehe
tak berapa faham PBS ni huhuhu…
tak berapa faham sgt..hehe
sebab tak terlibat, jadi tak berapa nak ambil kisah
Tunggu nanti kesudahannya pada akhir tahun…
saya yang dah baca ni pun masih kurang jelas akan sistemnya, hehe
Semlm ke sebuah sekolah, jumpa HEM yg muda… mengeluh nak berenti, makin susah jagi cikgu katanya.
Harap perubahan membawa kebaikan buat semua pihak..guru, pelajar dan ibu bapa.
Terima kasih kak jie berkongsi. Walaupun anak sya masih kecik, paling kurang dapat tahu apa yg sedang berlaku sekrang…
moga2 para guru lega dan murid2 akan lebih berjaya…
Perbezaan paling ketara dgn pmr adalah “Pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor”. Menarik juga tu..
Harap perlaksanaan PT3 tidak menghadapi sebarang masalah seperti pelaksanaan BPS sekarang ni….