Ingat tak entri saya tahun 2013 mengenai pinjaman perumahan yang saya telah selesaikan lebih awal. Sepatutnya 2 bulan selepas itu, urusan telah selesai tetapi entah di mana saya terhilang surat peguam. Hari berganti hari, bulan berganti bulan sehinggalah awal tahun ini baru saya mencari file rumah untuk mendapatkan nombor telefon peguam tersebut.
Bukan senang juga nak berurusan tanpa nombor rujukan tetapi alhamdulillah, bila saya telefon , file saya dapat dijumpai dengan mudah. Awal bulan Februari saya pun ke pejabat peguam untuk membuat bayaran urusan discharge of charge atau melepaskan gadaian.
Proses ini adalah untuk mengeluarkan nama bank daripada tercatat di dalam geran milik kita.
Peguamcara akan bawa Receipt & Reassignment dan Power of Attorney yang telah kita tandantangan dulu masa beli rumah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ( kes saya di Kuala Lumpur ) untuk membatalkan Power of Attorney (PA ) tersebut di dalam dokumen Receipt & Reassignment (R&R).
Secara rasminya bank telah menyerahkan rumah tersebut kepada kita sebagai pemilik.
Baca entri lain sebagai rujukan:
- Blogger Pun Boleh Mencarum Di KWSP
- Berjaya Bayar Pinjaman Perumahan Lebin Awal
- Yuran Guaman Pelepasan Gadaian
Selepas semuanya selesai, peguam akan serahkan semula semua dokumen asal – First Party Assignment, Facility Agreement, Power Of Attorney dan Sale & Purchase Agreement bersama Deep Of Receipt and Reassignment kepada pemilik rumah. Simpan semua dokumen ini ditempat yang selamat. Kalau hilang kena buat laporan polis dan perlukan masa untuk diselesaikan.
Jadi, inilah dokumen yang kita perolebih apabila selesai membuat pinjaman perumahan.
Walaupun isteri tidak bergaji tetapi dengan atas sifat keperihatinan seorang suami , saya mendapat kemudahan carumah kwsp sepanjang perkahwinan kami. Tiap bulan suami saya bayar caruman kwsp dan dengan caruman tersebut saya boleh membeli dan mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP bagi mengurang baki pinjaman perumahan.
Saya telah berjaya mempengaruhi adik lelaki saya untuk membuat caruman kwsp untuk isteri beliau ( adik ipar ). Saya telah membuktikan apa yang saya buat 20 tahun dulu ada kebaikan sekarang dan saya juga mahu adik-adik saya mengikut langkah yang serupa.
Saya bukan nak menunjuk-nunjuk suami saya ye..cuma saya nak berkongsi dengan adik-adik yang baru memulakan alam perkahwinan – ambillah mana yang baik, yang busuk tentang kami, abaikan saja. Kami pun manusia biasa ada sisi gelapnya.
lama lagi nak habis bayar rumah ni
Tahniah kak. Doakan giliran saya pula lepas ni ye. Mudah mudahan tahun ni. Ameen
Untungle dah habis bayo duit rumah…. tahniah ..
awok tak tau pun yg kita boleh je mencarum KWSP utk isteri yang tak berkoje….. … kalo isteri yang berkoje tapi tak mencarum KWSP …..rasanya kita still boleh mencarum KWSP utk dia jugak … bagoih jugak…. akan datang bleh dia tolong kita….
Boleh rasa lega apabila sudah mempunyai pegangan 100%.
Syukurlah akak ye perancangan dari dulu membuahkan hasil..
Rasa lega kan bila geran rumah ada dalam tangan.
benda simple jer..tapi kalau dah xda dan x complete ambik masa juga nak settle kan.
hmm.macam macam
owh dah tau cra
Ini saat yang dinanti ramai 🙂
cantiklah rumah dah jadi milik..
Tahun depan inshaa Allah giliran saya pulak
bagus juga yer KWSP nie..acc lama masih ade lg..hehe
bagus utk tambah ilmu ni Kak Jie. Aina dok bertanggung lagi sebabnya copy S&P dah hilang dari simpanan kena mintak semula dgn MRCB dah request kena penalty Rm50 tunggu2 tak de pun reply kemudian dah malas nak ambik tahu…entah bila nak selesai.
Seronoknya.. saya pun ada lagi baku dlm kwsp.. untuk simpanan hari tua