Biskut Almond London Ke Algeria?
Resepi

Biskut Almond London Ke Algeria?

Musim raya dah dekat ni, mesti ramai mencari almond untuk buat Biskut Almond London. Ada yang mencari bahan nak buat Biskut Almond London dan ramai juga yang mencari pembeli untuk pasarkan Biskut Almond London.

Dalam sibuk² mencari almond, apa kata kita kenali pokok almond. Mungkin ramai yang belum pernah tengok.  Gambar yang dikirimkan oleh encik suami semalam.   Pokok almond yang berada di dalam kawasan kerja yang perlu ditebang untuk memberi laluan kepada lebuhraya yang akan dibina.


Ini rupanya pokok almond atau badam ( puas dok fikir apa nama almond dalam BM ).  Kat Algeria memang payah nak nampak rumput – togel je!

Ini rupanya buah badam yang belum matang – masih hijau


Ini pula bila buah badam yang matang. Dah boleh dipetik .  Kalau dibiarkan buah ini akan kering , berwarna cokelat dan merekah sendiri.
Ini buah badam yang dipetik.  Kadang-kadang buahnya akan merekah dan pecah sendiri atau kita perlu pecahkan untuk dapatkan isinya @ biji.
Inilah rupanya biji di dalam buah badam tersebut.   Tak macam rupa badam yang biasa kita tengok kan?   Tunggu……………………. bukan ini yang dimakan.  Ada proses lagi.  Bahagian seperti tempurung ini perlu dipecahkan lagi.

Inilah biji terakhir yang kita makan atau buat biskut.  Badam adalah sejenis kacang boleh dimakan mentah, dikukus atau dibuat kuih dan mengandungi lebih banyak protein, gula, lemak dan karbohidrat jika dibandingkan dengan bijirin lain.

Macam mana nak buat biskut? Senang je kalau ikut resepi Mat Gebu yang famous amos keluardalam Majalah Jelita baru² ni. Bila dekat² nak  raya selongkar balik folder² lama cari resepi.   Zaman sekolah dulu belajar  Sains Rumahtangga buku resepinya tebal seinci. Buatnya tidak….:lol: Zaman sekarang simpan resepi dalam folder kat komputer.

Resepi Almond London ( Badam )

Bahan Utama:-

  • 125 g mentega
  • 75 g gula aising
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
  • 335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-

  • 300 g coklat masakkan (mat  gebu guna coklat masakan jenama “tulip”)
  • 1/2 camca besar lemak sayur
  • Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
  • Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-

  • Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus dipukul hingga berkrim.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap.
  • Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 – 12 minit. Sejukkan atas jaringan.
  • Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  • Ambil sebiji biskut yang “botak” tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut.
  • Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.

Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara….selamat mencuba!!!!

Bukan saja resepi dari blog Cik Mat Gebu , gambar pun dari sana….kalau boleh dengan balang² biskut pun nak ambil dari sana.

p.s Mat – memandangkan almond ini dari Algeria, kita tukar nama ye…. Biskut Almond Algeria.. Kat London tu ade ke tidak pokok almond ni :roll:

©kujie- Intan masih demam- saya bawa dia juga ke Shah Alam tadi  – naik kereta – teksi – komuter – bas – kereta serena saya dah ada orang nak beli, jadi pergi hantar untuk beberapa urusan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

54 thoughts on “Biskut Almond London Ke Algeria?

  1. sedap dan menyelerakan. pasti menjadi kegilaan ramai utk belajar membuat. Dikesempatan ini saya mengucaplkan selamat berpuasa dan salam ramadan al-mubarak.

Comments are closed.