Blogger

5 In 1 – Kisah Aku, Kau Dan Mereka

Salam kak jie,
ape kabar?hope agak n family sihat.nak tny sket, macam mn sy nak register jadi member di blog akak(follower). sy tak jumpa link utk register.just ade utk login jer. lg satu sy mcm try nak bg comment kat n3 akak tp bila sy bubuh link blog sy, nape ek dia retrieve n3 sy yang lame, not the latest n3? adekah sbb sy tak jadi follower blog akak. maaflah kak byk tny, im newbie in blogging. harap akak sudi menjawab kemusykilan sy ni. thanks.

p/s: if akak sudi jemputlah melawat blog ku yang masih baru lagi ni..

Saya dapat email ini – pusing kepala baca dan nak faham apa yang ditulis. Lain kali kalau berhubung dengan saya tulislah bahasa mudah yang orang tua macam saya ni boleh faham.

Ada dua isu yang dibangkitkan – lain kali guna perenggan ye dik, kesian cikgu BM kita di sekolah dulu.

Follower – Maaf, blog saya tiada sistem follow mollow ribu riban tu. Tak glemerkan blog ni….. Chemisty antara saya dan pengunjung blog ini berlaku secara bebas.   Sesiapa bebas datang dan pergi tanpa ada ikatan dalam bentuk ‘rela-paksa’

Sistem komen di blog – Kerana blog ini bebas tiada ‘ikut – ikutan’ jadi masalah komen bukan sebab tidak menjadi follower blog ini. Seperti yang saya tulis di entri ini – Feed Commenluv Error – to fix the problem visit http://comluv.com/member/unban-url – masukkan url blog untuk reset semula.  Sesiapa yang mempunyai masalah latest entri tidak dipaparkan pada sistem commenluv, reset url blog di link tersebut.

Mungkin boleh membaca beberapa entri lama seperti Cara Menulis Komen di kujie2.com atau Kenapa Tak Approve Komen untuk lebih memahami sistem komentar di WordPress.   Sistem keselamatan WordPress akan menapis komen yang dianggap spam dan menyimpan komen di ‘spam box’ sehingga diapprove oleh admin secara manual.  Baca juga entri Blogger, tolong hormat blog orang lain supaya tidak ditakrifkan pengemis trafik.

*******************************

p.s – agak stress kerana cuba menyelesaikan satu masalah tapi gagal.  Telefon CIMB – cik telefon nombor ni ye…….. telefon nombor tersebut …. owh…cik kena telefon nombor ni ye…….. dah 3 nombor akhirnya diberitahu saya tidak boleh mendapat apa yang diminta kerana kereta adalah atas nama suami.  Saya cuma minta amount untuk buat full installment kereta saja – saya nak bayar habis.

p.s – intan pergi sekolah dengan memakai penutup  mulut dan hidung ( mask ) kerana selesema dan batuk.  Kawan dia tegur ” awak ada H1N1 ye.?”

Apa Intan cakap?  ” saya batuk dan selesema, saya tak nak awak kena juga “

p.s – Ngeri baca orang baik² dok mencaci kat fanpage Facebook – Nor Azita Osman Hina Negeri Johor.  Waktu hati sedang marah siapakah yang bersorak gembira?   Fikirkan!  Dulu kes Hani Tarmizi dengan wanita Sarawak… tak juga serik-serik nak kawal diri .

p.s –  erk… apa lagi ye?  macam banyak nak update status :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “5 In 1 – Kisah Aku, Kau Dan Mereka

  1. esok lusa minggu depan, kak jie settlelah
    cuma tak puas hati…kita perlukan amount
    sbb nak keluarkan duit nk g bank

  2. mula2 tu nk update kes lain..sedap dgt menaip
    semua nak diupdatenya
    mcm byk sgt isu…hehehe

    biasalah makcik2….pok pek pok pek..bersambung2

    bab fanpage nak benci2 , anti2 tu… ,mem le dia org tu tak pernah buat salah

  3. ingat nak buat mcm ni lah..pergi je mana2 CIMB , terus bayar semua….telefon tu sebab nak tau berapa jumlahnya..sedang nak bajet

  4. sungguh tertekan lau kena kol byk kali tapi still tak dapat.. kak jie tegur je, senang.. setahu saya lau nak tanya pasal full payment kereta sgt senang.. entahlah.. huhuu.. sabar ye kak jie.. dunia skg ni mmg terlampau advance dah…
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Tempat Menarik TapiMy Profile

  5. salam perkenalan kak jie! 🙂
    entri yg pendek n simple tp banyak ceritanya..hehe

    kesian kak jie susah nak paham tulisan peng’email’ tu…biasalah kak jie, gaya bahasa org skrg..hahaii (updatelah dkatakan bahasanya)

    huhh..x reti jage hati customer betul diorang tu…

    hehh!! mmg x sudah2 dngn caci maki diorang tu…bawak2 lah sedar….hmmmm 😥
    Jom terjah post menarik dari Munir ..Tak STOP Lagi Dengan Nor Azita OsmanMy Profile

  6. Cik CIMB ni …orang nak bagi duit pun tak nak…tak paham. Saya anak jati johor ..hmm
    tiba tiba jer ..ter-recall lyric lagu negeri johor 😆

  7. CIMB nie mmg camnie, sy nak bayar habis personal loan pun sm. Lepas call dept nie, die pas plak kat dept lain…hmmm xfhmla apa masalah die..

  8. Apa ada orang kutuk negeri JOhor..sapa tu geram ni geram ..pandai2 kutuk negeri aku ya!!!! Johor ni lah satu-satunya negeri yang tak pernah di Jajah oleh pejajah…negeri yg supply air ke Singapore …geram betul lah budak2 muda ni tak sayang maruah betul lah..
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Blog Ariffshahcom pilihan bukan suatu kesilapanMy Profile

  9. Heh. Gud. N3=entri. Br phm. 🙂
    apa pn pasal fan page x mahu ckp bnyk. Dulu gitu juga. Hehe. Hbt kak jie ada org email 😉

Comments are closed.