Kayuhlah biduk anda tetapi jangan halangi biduk orang yang lain
Anak

Kayuhlah biduk anda tetapi jangan halangi biduk orang yang lain

Awal pagi saya dah keluar ke Shah Alam. Kereta saya dah ada orang nak beli, jadi kena hantar ke Shah Alam. Adik ipar yang akan uruskan. Dari rumah seawal 7 pagi – sesak teruk hampir 2 kilometer sebelum memasuki lebuhraya. Simpati sungguh pada mereka yang terpaksa menempuh suasana begini setiap hari. Bersyukur dengan kedudukan saya sebagai surirumah.

Selepas hantar ke TTDI Jaya, saya ambil teksi ke Stesen Komuter Batu Tiga. Intan pun ikut. Dia tak pergi sekolah – demam dari semalam. Nak tak nak saya terpaksa bawa dia juga – nak tinggal kat rumah dengan siapa?

Tunggu tren komuter lamaaaaaaaaaaaaaaalah sangat. Intan dah la tak sihat, berdiri lama-lama, dia pun dah bosan. Bila tren sampai, berdiri lagi dalam tren.  Sampai KL Sentral, turun lagi untuk transit komuter ke Rawang. Tunggu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi!

“Jangan merungut ye Intan, kita ni masih beruntung dibandingkan orang lain yang ada keldai saja…”
nasib baik tak patah pinggang keldai tu…hahaha  6:45 petang waktu Algeria – terang benderang langit biru lagi…sekarang musim panas – 8 malam baru masuk maghrib.

Sampai Rawang , dalam panas lit lit kami dua beranak melintas jalan sesak berabuk berdebu mencari farmasi. Baru sempat nak cari ubat demam Intan. Selesai di farmasi, nak cari stesen bas pula – aihhh…. nak tunggu bas kat mana. Tanya kakak yang jual kuih , dia kata kat tepi Telekom pun boleh.

Naiklah bas lompat-lompat. Tiba-tiba teringat masa naik bas klasik kat Penang dengan Yonna dua tahun lepas. Tapi bas ni 20 kali ganda lagi best dari bas klasik kat Penang tu…ada air cond.

Jauhnya perjalanan saya hari ini – dari 7 pagi sampai 1.30 petang.  Dengan kereta, teksi, komuter dan bas.

Sebenarnya ada cerita lain yang saya nak kongsi.  Kat Rawang tu kami pergi ke McDonald.  Intan minta bubur nasi.  Orang demam, kan…  mengidam itu ini kita kena sabar sajalah.  Saya order bubuk nasi dan regular set ayam 2 ketul.  Saya makan seketul je pun – niat seketul lagi tu nak bungkus bawa balik saja.

Tengah sedap² makan, masuklah 4 budak² lelaki sekolah rendah.  Berpeluh dengan uniform comot sana sini.  Alahai…. hati ibu macam saya ni, mudah belas.  Mulalah bayang anak² sendiri.

Kesianlah budak² ni, mesti berpanas berpeluh penat…macam² lagilah yang dok fikir!

Budak² tu tak order makanan pun, mungkin tak ada duit cuma nak rehat sejukkan badan.  Saya ni bukan boleh tengok budak² macam tu…anak² sendiri yang kita jemput depan gate sekolah berpeluh berjalan dari kelas pun dan melimpah ruah simpatinya, apa lagi tengok budak² umur 11-12 tahun macam tu.

Saya nak telan ayam pun rasa macam terlekat kat kerongkong.   Akhirnya ayam berbaki tu saya hulur kat budak² tu suruh mereka kongsi.

” terimakasih makcik… terimakasih makcik…. “ cerianya suara!

Saya tau kat McDonald boleh refill air, jadi saya sedut air minuman saya sampai habis .   Saya pergi refill kat kaunter dan bagi pada budak² tu.

Saya berharap, orang lain pun akan pandang dan belas dengan anak² saya pada ketika anak² saya perlukan pertolongan.

rindunyalah nak tatap wajah anak² yang sedang tidur – satu – satu

©kujie – duduk dalam komuter pun ada masalah – jangan bertentang mata dengan saya – hati saya mudah cair dan simpati.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Kayuhlah biduk anda tetapi jangan halangi biduk orang yang lain

  1. saya jugak sama ngn kak jie, ni bukan rekaan ekk.. mudah simpati sgt2 kat org…tak tau la kenapa…mungkin agaknya kerana saya ni lahir dari keluarga yang susah kot…saya bukan orang senang….alhamdulillah…

  2. Kak Jie , terharunya saya . Kak Jie memang baik hati . Setakat ni , saya tak pernah nampak or baca macam apa yang kak Jie buat kat budak budak tu .

  3. ha…ha… 😆
    k.jie, sy pnh bwa huby naik bas mini(naik bas tu kira survival)
    muka cam ayam berak kapur
    dia x pnh nek bas, itu la yg first n last

    🙁
    yeah….tau jg rasa itu
    pnh duduk bertinggung dpn nenek tua(minta sedekah)
    sakitnya jiwa tgk keadaan dia, terbayang mak sendiri

  4. Kak Jie. Tu la kan..bila melihat anak orang lain…kadang2 kesian..sebab tu lah kita tak nak perkara yang sama berlaku pada anak kita kan…Murni sungguh hati Kak Jie..

  5. Salam,kak kujie tersentuh hati kecil saya :),insyallah apa yang dilakukan pasti akan mendapat balasan dunia mahupu akhirat :),sungguh menebal sifat keibuan akak kujie :).

  6. Mesti selalu ingat bahawa setiap hari ada orang yg lebih tidak bernasib baik daripada kita supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada.

  7. tak kisah pun nak naik bas lompat2
    kena biasakan anak2 naik bas juga
    nnt satu hari depa nk berdikari – cari loceng bas pun tak reti 😆

  8. kena banyak bersabar…sabar…sabar
    sesekali mungkin raja enjoy….
    orang lain yang alami keadaan macam tu hari2..entah mcm mana rasanya

  9. semlm kan jumaat – panas lit lit..budak2 tu ade juga berbisik sama sendiri – ‘aku tak de duit, ko ade…”

    lagi pun mmg dah tertulis – itu rezeki dia org

  10. Jauhnya perjalanan.. baca cerita kak jie pun saya dah letih. Kenapa tak roger saya, org kampung akak ni, boleh pegi amik akak kat Rawang.. kan senang.. saya pun suka tolong orang.. jangan takut saya baik :mrgreen:

  11. memang kadang terharu nk tolong orang, tapi kadang-kadang perasaan takut+syak wasangka lagi menguasai diri.. sebab pernah terkena dulu. hukhuk

  12. betul lah kakjie, sy pun mudah simpati, pernah saya tumpangkan seorang ibu dengan anak kecil yang tengah menunggu bas di tengah panas.

    tapi bukan selalu niat kita nak menolong tapi orang tak sudi, mungkin takut kot banyak sgt kes dan mcm2 lagi..culik dan sgbinya, jadi ada sesetangahnya yg sangsi dan curiga dgn pertolongan kita

  13. hati ibu kak jie……

    p/s: teringat kat arwah ibu yang meninggal tahun lepas..dah nak bulan ni sayu betul hati saya kak jie…teringgat panggang ayam terakhir yang ibu saya buat untuk saya masa 4 hari sebelum raya..2 bulan sebelum dia meninggal 🙁

  14. Sabor je lau tunggu tren komuter,memang lame giler Kak Jie,dulu hanset sya pernah kena seluk masa berasak2.Terus serik nak naik tren smpai sekarang… huhu

  15. kdg2 bagus ada banyak rasa simpati dalam diri, dari jadi heartless kan ma? yonna pun sedih jugak kalau tgk budak2 sekolah yang comot, tak iron baju seluar, tudung komot T___________T aihh.

    budak2 tu mesti happy mama bagi ayam dengan air tu 🙂 heee even sikit, sure akan dihargai hehe.

    p/s : LOL bas tu dah tak wujud dah kat penang,ma! skarang semua rapid je hehehe.

Comments are closed.